Written by cahayaislami
Wednesday, 11 June 2003
TAJUK : SUATU HARI DI PERSIDANGAN BANGSA2 SYAITAN SEDUNIA
LOKASI : VILLA IBLISSIYAH, PUNCAK SYAITANNIAH, GENTING HIGHLAND
TARIKH : 00-00-5000 TAHUN SYAITAN
Menjelang penghujung tahun , bermacam-macam persidangan telah diadakan untuk membentangkan laporan aktiviti. Dikalangan bangsa-bangsa syaitan sedunia juga turut mengadakan persidangan mereka untuk membentangkan laporan dan mengambil langkah-langkah wajar untuk terus meyesatkan golongan manusia.
Suatu persidangan syaitan-syaitan sedunia baru-baru ini telah diadakan di puncak VILLA IBLISSIYAH bersebelahan KASINO di Genting Highland.Persidangan ini dihadiri oleh setiap wakil-wakil syaitan dari seluruh pelusuk dunia bermula dari BERMUDA TRIANGLE sehingga dari negeri di Kutub selatan..
Majlis ini diadakan untuk memebentangkan laporan-laporan aktiviti syaitan-syaitan sedunia. Majlis itu telah dirasmikan oleh IBLIS LAKNATULLAH yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Setiap yang hadhir akan membentangkan laporan-laporan terperinci serta pelan-pelan tindakan yang akan diambil untuk menyesatkan golongan manusia.
Laporan dimulai oleh seekor syaitan yang bermata juling bernama BAILL Klentong yang datang dari AS.
IBLIS : Apa yang kau nak lapurkan kepada kami wahai BAIL? tanya iblis
Baill : Wahai raja segala syaitan... aku telah berjaya menghasut seorang Raja yang bernama Soddom yang tinggal berhampiran negara Babelon, lalu ia dengan kekuatan tenteranya telah menyerang dan melakukan kerosakan ke atas negara jirannya. Akibatnya negaranya megalami sekatan perdagangan dari PBB PERSIDANGAN BANGSA2 BERSYAITAN SEDUNIA. Akhirnya rakyatnya yang tidak berdosa menderita sebab tak cukup makan..
Syaitan-syaitan yang lain bersorak sambil menggoyangkan ekor masing2.
IBlis : Bagus kerja kau ni Baill..Cuba pertingkatakan kualiti kau di masa-masa depan..
Berikutnya bangun pula seekor syaitan yang bernama Brutus Galihole yang datang dari negeri Mesir untuk memberikan laporannya.
Galihole: Boss... aku berjaya mnenghasut sepasang suami isteri yang akibat dari hasutan aku mereka telah bercerai berai..Adalah punya buduhhhh pasangan itu, sebab pasal ikan bakau pun mereka sanggup bercerai..si suami tu beli ikan pari, suruh isteri dia bakau tetapi aku lalaikan isterinya suruh rebus dengan tempoyak..suami dia melenting lalu diceraikan isterrinya..Itulah sebabnya kalau tidak bersabar dan tidak beriman..
Haaa.haanaa Syaitan-syaitan yang lain tergelak besar mendengarkan cerita Galihole..Iblis hanya tersenyum sahaja tanpa memberikan reaksi.
Kemudian ia memanggil pula syaitan yang bernama Redhovan Kelicik yang berasal dari Serbia...
Redhovan: Wahai IBLIS... KL sekarang ni dah banyak berubahlah..dulu masa aku datang tak de pun KL Tower... .nasib baik tak terlanggar tadi, aku ingatkan menatang apa yang bercahaya-cahaya dari jauh ni... kau tahu tak kat KL jemm punyalah teruk... .masa jem tu lah aku racun fikiran dia orang tu... ada sorang tu tension sangat pasal jem sehingga bila orang lain hon dia, dibunuhnya orang tuu... padan muka dia ..sekarang ni ada kat PUDU JAIL... besok mati dah tentu sama-sama dengan kita kat neraka...
Kemudian bangunlah seekor syaitan yang buta sebelah matanya bernama S.Vellooo berasal dari negara tuan rumah, Malaysia..Berkata S.Vellooo." Wahai raja ku... kat tempat aku dulu mulanya ramai yang rajin sembahyang .. tapi selepas aku goda mereka dengan kemewahan dan macam-macam lagi bentuk hiburan maka ramai yang tidak sembahyang, mereka asyik khayal dengan wayang 3Dlah, dengan judilah, dan macam-macam jenis hiburan kat luar tuu.. kalau ada juga yang sembahyang aku ganggu dia masa dia sembahyang sehingga start sembahyang sampai habis asyik tak khusyuk je dok fikir ekonomi yang meredumlah, airlah, saham GENTINGlah ,TELEKOMlah yang jatuh... ada juga yang berjaya ku pengaruhi supaya jangan sembahyang awal waktu..sehinggakan ada tuu yang sampai nak habis waktu zohor baru sembahyang sebab lepas tu boleh terus sambung dengan Asar..tak payah nak makeup 2 kali... Aku yakin TUHAN TAK AKAN TERIMA SEMBAHYANG ORANG SEPERTI ni.. Mudah-mudahan kat akhirat nanti ramai le kekawan kita.
Selepas itu muncullah pula seekor syaitan bernama JOSOP.. JOSOP : Sebenarnya kerja aku bukannya apa-apa..cuma main-main sahaja..
IBLIS : Apa main-main pulak niii... kita semuanya mesti seriuos dalam usaha meyesatkan golongan manusia... Haa cepat berikan lapuran kamu..
JOSOP : Wahai tuanku..sabar lah sampai aku beri lapuran... gini,,kerja aku cuma hasut orang tukar agama ,,tuuu jelah kerja akuuu... Baru-baru nii..heboh satu Malaysia pasal kes apo bondonya... riddah..murtadlah tuu..Si Ecah tuuu... aku punya kerjalah tuuuuu..Anak tok sheh nuuu.kau orang ingat senang nak pujuk dia..Bukan setakat tuu,,,beribu-ribu orang sedang diproses permohonannya ... .cuba periksa kat JAWI ke JAIS ke, PUSAT tak ISLAM kalau tak caya..kata JOSOP dengan bangga..
Maka bertanyalah sahabat-sahabatnya..apakah rahsia kejayaan JOSOP... Jawab JOSOP "Kat Malaysia nii... mana ada undang-undang nak cegah... aku pujuk-pujuk dengan sedikit kemewahan le... dengan jantan lee..dengan betina le... hancussss... . semuanya boleh pulun... La niii depa tengah dok bising-bising pasal nak jalankan undang-undang murtad... Aku masuklah leee jarum akuuu..Aku suruh diaorang pakai undang-undag 356... tahu tak apa apo bondonya... 3 tahun penjara, 5,000 RM dan 6 sebatan... kalau setakat undang-undang manusia gerentinya kita boleh makan..yang aku takut undang-undang ALLAH..kalau mereka laksanakan habislah kita...
IBLIS menganguuk kepalanya sambil berkata "Syukur aku ada syaitan macam kau ni" teruskan usaha... mungkin hujung tahun aku akan bagi sedikit insentif kepada kau ...
Seekor syaitan remaja yang berasal dari utara Kedah pula bangun memberi lapuran "Aku ni syaitan muda..kerja aku goda teman setia aku yang sebaya dari kalangan manusia untuk buat maksiat..cuba nengok tuuu... betapa punya banyaklah bohjanleh..bohsia_lee..ntah apa-apa boh lagi...
Tak dengar ke baru-baru ni kan ada pesta seks remaja... aku punya kerja le tuuu..sekarang ni masih boleh jalan la sebab pemimpin mereka tak tegas nak basmi..mereka lebih sibuk dengan urusan rebut jawatan... .Syoknya nengok remaja-remaja nuu buat kerja-kerja terkutuk tuuuu... eehmmmmm.
Seekor syaitan yang gendut perutnya dengan badan yang berkurap bangun mencelah untuk memberikan laporannya... Katanya dia datang dari Bangunan MALL sebelah HOTEL LEGEND. " Tuanku... dulu masa aku mula-mula menetap kat MALL tuu..taklah teruk sangat..sekarang nii nak naik lif aje kena tunggu beberapa minit..Masa dulu ramai yang pakai tudung tutup kepalanya... lepas tu aku berusaha bersunguh-sungguh sehingga akhirnya ramai yang dah tak pakai tudung lagi... Ade pulak tu yang mana-mana pakai tu aku hasut dia supaya di pakai kerana supaya dipandang cantik... Jadi dia pakai bukan kerana ALLAH..tentu ALLAH tak terima... nanti kat akhirat nanti tentu kena pakai tudung dari cairan tembaga yang mendidih... aduhhh sakitnya ... ... .
IBLIS mencelah " Bagus kerja kamu semua niii... Ada sapa-sapa lagi yang nak beri laporan... " Masing-masing berpandangan anatara satu sama-sama lain..Tiba-tiba dari pintu belakang bangunlah seekor syaitan yang bernama WAK LENTOK atau nama samarannya WAK TERKUTUK yang tempang kakinya. Ia berjalan menuju ke hadapan terhencot-hencot dengan tongkat daripada tulang ba_bi... Syaitan-syaitan yang lain terdiam sambil masing-masing dalam hati berkata "Apa pulak yang nak diperkatakan oleh sitempang ni... "
WAK LENTOK : Wahai IBLIS... Raja segala-syaitan" katanya dengan kuat..IBLIS yang waktu itu terkhayal mungkin terkenang masa dia diusir dari SYURGA dulu akibat tidak patuh perintah ALLAH dan puas hatinya bila dapat menyesatkan manusia, terkejut dengan kata-kata WAK LENTOK..
WAK LENTOK menyambung lagi...
" Dengar sini semua... sepanjang hidup ku ini... aku hanya menjalan suatu aktiviti sahaja iatu menghalang manusia dari belajar atau mengajar ilmu agama ... Inilah sahaja kerja aku sepanjang hidupku..Warisan orang tua ku... .Bila ada sahaja majlis ilmu aku akan lalaikan mereka... Ada yang pergi lepak-lepak main game lah, ada yang seronok-seronok pergi makan... ada yang aku hasut supaya pergi tidur le nengok tv laa dan macam-macam lagi. sebab tu aku lewat sikit tadi sebab sebelum tuu aku singgah sebentar kat tempat orang buat surat kabau kat Sg. Besi tuu..Aku tolong kawan aku tulis TULISAN YANG SESAT LAGI BOLEH MENYESATKAN MANUSIA ...
Lepas tu aku singgah kejap kat bawah tempat persidangan kita nii..Kau lihat kat sebelah persidangan kita..Berapa ramai yang sedang main judi tuuuu... JADILAH MEREKA ORANG YANG JAHIL DALAM ILMU AGAMA DAN APABILA MEREKA BERAMAL, MEREKA BERAMAL TANPA ILMU AGAMA DAN HANYA IKUT-IKUT SAHAJA. INI SUDAH TIDAK SAH DAN TIDAK AKAN DITERIMA OLEH ALLAH ... sudah tentu kat akhirat nanti ramai le teman-teman kita dari kalangan manusia... .
Mendengar penjelasan WAK LENTOK tersebut, IBLIS melompat kegirangan sehinggga terkentot-kentot mengeluarkan bau yang sangat busuk... Syaitan-syaitan yang lain-terkejut kehairanan sambil menutup hidung mereka lalu bertanya kepada IBLIS...
" Apa yang bagus sangat si tempang tuu buat sehingga kau terlalu gembira sedangkan kami ni dah buat kira lagi hebat... " Maka jawab IBLIS sambil menepuk-nepuk bon_tot IFRIT "Inilah yang kau tak tahu ni... Kamu semua mesti giatkan usaha untuk menghalang orang dari mancari ilmu... Marilah aku tunjukkan kamu akan kelebihan ILMU AGAMA.
Maka mereka beramai ramai menuju sebuah tempat kalau tak silap di daerah pantai timur..Sungai Golok namanya..Di sana ada seorang tua yang sangat rajin beribadat... Kemudian IBLIS bertanya kepada orang tua... .
"PAKCIK ... saya tak tahu nii... nak tanya satu soalan lah pakcikk..Boleh ke tuhan memasukkan bumi nii dalam sebiji telur... ."kata iblis yang menyamar sebagai orang muda..
Termenung orang tua yang jahil itu memikirkannya..iyelah... macammana Allah nak masukkan dunia yang besar ni dalam sebiji telur..katanya dalam hati... .Kemudian ia berkata "" Enntahhhlah... pakcik pun tak tahu rasanya tak boleh kut. "Baiklah pakcikkk kata iblis lalu ia dan pengikutnya chow dari tempat itu menuju ke tempat lain bernama Kg Rawa...
Berjumpalah mereka dengan seorang ustaz yang sedang mengajar... . " Ustaz... nak tanya satu soalan... .boleh tak tuhan memasukkan bumi ni ke dalam sebiji telur... Maka dijawab oleh ustaz tersebut Sudah tentu boleh sebab tuhan Maha Berkuasa, bila tuhan berkata JADI, MAKA JADILAH... wallahuallam... " "Iyeke pakciikk..mustahil dunia yang besar ni boleh dimasukkan dalam sebiji telur..kata IBLIS untuk meniupkan rasa was-was dalam hati ustaz tu..
"Tiada perkara yang mustahil bagi ALLAH..Bagaimana caranya wallahhualam "terima kasih pakcik..Kata IBLIS sambil meminta keizinan untuk berambus... .
Kata iblis kepada sahabatnya... "Kau lihat bagaimana mudahnya seorang itu menjadi kafir apabila berkata ia tidak tahu samada tuhan boleh memasukkan bumi dalam sebiji telur akibat tidak berilmu... .dan bagaimana sukarnya untuk menyelewengkan orang yang berilmu.. Oleh itu aku minta kamu semua supaya berusaha bersungguh-sugguh mencegah orang daripda mencari ilmu mudahan berkat usah kamu ramaile kekawan kita kat neraka nanti... . SESUNGGUHNYA AKU LEBIH TAKUT DARI SEORANG YANG BERILMU DARI 1000 ORANG YANG RAJIN BERIBADAT TANPA ILMU...
Kesimpulan...
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH..Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh IBLIS dan konco-konconya... Marilah kita bersama-sama memantapkan ilmu agama kita agar tidak mudah ditipu oleh syaitan dan memenuhkan majlis-majlis ilmu di mana-mana saja kita berada..
Semoga ada manfaatnya dari kisah benar ni... ... ----
KETAKWAAN MEMERLUKAN KEIMANAN -----KEIMANAN TIDAK AKAN DIPEROLEHI TANPA ILMU YANG MANTAP
wallahuallam... ..
Wahai anakku,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam.Ramai manusia yang karam di dalamnya.Jika kau mahu selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya iman, dan layarnya; tawakal kepada Allah.
Like Blog Ini...
Wednesday, September 3, 2008
Nukilan: Beruskan gigimu itu
Written by UnderTaker
Thursday, 26 February 2004
Artikal dinukil bicara bermula,
Hasil terjemahan penulisan manusia,
Mencari nokhtah buaian wanita,
Mari merenung di manakah kita
---------------------------------------------------------
KOngsi: Berus gigimu itu
Wahai anakku sayang,
Lidah kita perlu diberus
Tanpa ubat ini
Siapalah kita di bumi?
Beruskanlah dengan 2 perkara,
Yakni…
Zikir kepada…
Allah Subhanahu wata’ala…
MAHA KUASA
Serta Selawat ke atas junjungan MULIA
Rasulullah Salallahu ‘alaihiwassalam (S.A.W)
AKHLAK TOTAL…BEGITU SEMPURNA
Insya-Allah…
Sekurang-kurangnya 2 perkara itu tadi
Sudah cukup untuk memberus lidah kita
Yang selalunya cukup liar …biar terus dijinakkan!
Wahai cahaya mataku,
Selawat dah diketahui akan lafaznya
Zikir pula luas skopnya,
Maka bijaklah engkau memilihnya
Engkau dan kita sudah besar akalnya
‘‘Bonda’’ Cuma memberi..
Maka pilihan atas dirimu jua..
Bila-bila masa kita boleh bertasbih
Bila-bila masa jugalah kita boleh Bertahmid (Alhamdulillah),
Bila-bila masa jua lah….
Kita boleh….
Bertakbir (Allahuakbar),
Bertahlil (Laa ilaa ha illallah)
dan sebagainya.
Wahai Putera-Puteriku sayang,
Alangkah bahagianya hatiku ini
Untuk melihat
Untuk memandang akan kesungguhan kamu dan kita
Sekiranya kamu memiliki sikap rendah diri
Akhlak Islam yang amat sukar kita miliki
Sekiranya kamu menakluki akhlak yang sukar dipenuhi...
Lawan diri dengan rentetan jiwa dan rohani
Lawan juga nafsu diri
Kerana ia bisa
Tidak sudi sehidup semati...
Lantaran...Terpaksalah kita
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya nanti
Ketahuilah Jua Putera-Puteriku,
Merendah diri kerana inginkan pujian Elakkanlah.
Merendahkan diri kerana harta dan orang perseorangan pula...
Lupakanlah…
Kerana takut,
Mungkin kita akan diuji dengan sikap ujub
Atau takjub dengan diri sendiri
Akhirnya berbangga diri.
Oleh itu dengarlah nasihatku,
Wahai anak-anakku,
Apabila suara perasaan itu menjelma di dalam jiwamu,
Cepat-cepatlah kita BERSELAWAT
Ke atas junjungan besar dan mulia
Baginda SALALLAHU ‘ALAIHIWASSALAM (S.A.W)
Apabila datang bisikan dalam jiwa atau hati..
"Aku ini cantik,
Aku ini smart,
Aku ini handsome’’ dan sebagainya
SEKURANG-KURANGNYA …
Cepat-cepatlah kau
BERISTIGHFAR DAN BERSELAWAT
Sedarlah putera-puteriku,
Bila kita kata : KITA PANDAI…
Kita pandai …… TAPI……orang lain lebih pandai.
Kita baik orangnya,
MAKA ORANG lain ada yang lebih baik,
Kita berani
NAMUN ADA PULA orang lain YANG LEBIH BERANI...
Kita cantik ....
Orang lain lebih cantik... DAN SEUMPAMANYA.
Ingatlah....
-------------
WALLAHU’ALAM
SEMOGA DIRI PENULIS, ANA INI DAN SEMUA KITA DI REDHAI ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA (S.W.T).
INSYA-ALLAH.

Minit Mesyuarat Agung Syaitan
Written by farah
Tuesday, 07 October 2003
Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta." "Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari." "Bagaimana caranya?" jerit para iblis. "Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu." "Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja." "Rengsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah." "Penuhkan meja-meja mereka dengan majallah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu." "Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majallah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka." "Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas." "Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya." "Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekriasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih seusai berekriasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang." "Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!" "Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai." "Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi." "Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?" Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna B-eing U-nder S-atans Y-oke? Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Subscribe to:
Posts (Atom)