Like Blog Ini...

Friday, February 25, 2011

UJIAN FUNGSI RENAL : KAEDAH, PRINSIP, DAN KEPENTINGAN.

PENGENALAN

Ujian Fungsi Renal (Renal Profile) adalah salah satu ujian rutin yang dijalankan di Makmal Teras, Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ujian Fungsi Renal ataupun RP menggunakan sampel darah pesakit yang diambil menggunakan tiub berantibekuan Lithium Heparin (Green Cap).

Ujian Fungsi Renal merangkumi aras Urea darah, sodium(Na), potassium(K), klorida, dan Kreatinin. Ujian RP di Makmal Teras ini menggunakan mesin Modular Evo dan Cobas Integra 6000 untuk dijalankan. Terdapat sedikit perbezaan antara ujian RP dengan ujian Blood for Urea Serum Eletrolyte (BUSE) di mana ujian BUSE tidak merangkumi aras kreatinin.

Di Makmal Teras, sampel bagi ujian RP akan diasingkan kepada dua, iaitu sampel bagi seksyen rutin dan seksyen Short Turn Around Time (STAT). Keputusan bagi ujian RP di seksyen rutin mengambil masa selama 4 jam untuk dikeluarkan. Manakala bagi sampel RP di seksyen STAT, keputusan akan dikeluarkan dalam masa 1 jam. Keputusan ujian akan dihantar kepada unit-unit dan wad yang berkenaan.

Ujian Fungsi Renal penting untuk pendiagnosan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Ujian ini boleh menentukan tahap gangguan pada fungsi glomerular, kenaikan aras Urea darah, hyponatremia, hypokalemia, acute/chronic renal disease, sekatan pengaliran urin disebabkan masalah batu karang dan penyakit-penyakit yang berkaitan.

No comments: