JAUH perjalanan luas pemandangan. Demikianlah pepatah Melayu yang dikaitkan dengan menimba pengalaman melalui ziarah atau melancong.
Sehubungan itu, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menerima lapan kunjungan lapan ulama dari Semenanjung dan Kalimantan Barat, Indonesia ke negeri itu.
Rombongan berada di Negeri di Bawah Bayu itu selama sembilan hari sejak 14 Julai lalu. Sepanjang tempoh tersebut mereka mengadakan lawatan dakwah ke Tawau; Semporna; Kunak; Sandakan; Ranau; Papar dan Universiti Malaysia Sabah.
Mereka turut diraikan dalam majlis ringkas oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Sakaran. Turut hadir ialah bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.
Antara ulama yang menyertai rombongan adalah Mohd. Zuki As Sujak Shafie dari Kedah; Mohd. Trang Isa (Sarawak); Mohammad Nur Abd. Fatah (Kalimantan Barat); Dr. Abdul Manan Mohamad (Terengganu); Sarifuddin Maulup (Negeri Sembilan) dan Mansur Salleh (Semporna).
Lawatan anjuran USIA dan Yayasan Sabdi itu antara lain untuk membantu meningkatkan dakwah Islam di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ummah.
No comments:
Post a Comment