Like Blog Ini...

Tuesday, April 10, 2012

Nokia Asha 302 dan Asha 202 : Jimat dan praktikal

Susunan NOOR DIANA AZIS

MODEL Asha 302 dan Asha 202 merupakan rangkaian pertama produk telefon pintar Nokia Siri 40 yang menyokong aplikasi Ail for Exhange bagi kemudahan pengguna mengakses e-mel, senarai kontak dan kalendar.

Disertakan bersama papan kekunci QWERTY bergaya, operasinya sesuai untuk usahawan muda serta golongan korporat yang sedang mencari telefon pintar dengan reka bentuk pintar dan canggih.

Untuk Nokia Asha 302, pacuan pemproses 1GHz mampu menyokong kelajuan data sehingga 3.5G unutuk menghubungkan pengguna dengan rangkaian sosial media popular seperti WhatsApp dan perkhidmatan laman sembang (IM) lain.

Di samping itu, kelajuannya yang mampu memampatkan data sehingga 90 peratus juga memberi peluang kepada pengguna mengurangkan kos supaya mereka dapat menikmati rangkaian lebih baik.

Pengenalan produk terbaru itu dilihat mampu memperluaskan peluang perusahaan mobiliti Nokia secara global.

Ini kerana, aplikasi Mail For Exchange pada peranti mudah alih bakal membantu sektor perniagaan seluruh dunia, termasuk dalam pertumbuhan ekonomi di samping boleh dimanfaatkan pekerja bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Secara asasnya, kedua-dua peranti tersebut memberi pengguna pengalaman pelayaran internet terbaik melalui Nokia Browser selain kandungannya lebih mudah dicapai pada paparan utama secara peribadi dan teratur.

Sementara model Nokia Asha 202 pula didatangkan bersama ciri teknologi dua slot sokongan untuk kad SIM dengan pengurusannya mampu menyimpan maklumat unik sehingga lima kad SIM.

Ia turut disempurnakan bersama papan kekunci tradisional dan skrin sentuh 2.4 inci bagi memudahkan pengguna menjalankan aktiviti pelayaran, skrol dan membuka aplikasi.

Nokia Asha 202 ditawarkan pada harga kurang RM250 dan dijangka berada di pasaran pada suku kedua tahun ini.

Maklumat lanjut mengenainya, layari laman web www.nokia.com

No comments: