Assalamualaikum...
Apa khabar Imanmu hari ini wahai teman. Semoga Imanmu akan tetap teguh pada jalan yang lurus...
Setiap insan akan diuji dengan dugaan, namun kita tetap perlu menempuh jalan yang berliku di hadapan. Diharap, kita perlu sentiasa sedar, bahawa takdir dan ketentuan tuhan telah ditetapkan sejak azali lagi.
Setiap perkara yang berlaku, sama ada baik atau buruk adalah takdir yang tetap berlaku atas diri setiap insan. Terimalah dan redha akan segala takdir yang berlaku... Setiap insan itu, akan diuji bertepatan dengan tahap keimanan mereka. Sesungguhnya berjayalah insan yang tetap redha dengan ujian yang menimpa...
Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); (Al-Mulk, ayat 2)
Sesungguhnya dugaan yang diterima adalah ujian yang diberikan oleh Allah untuk menguji keimanan kita kepadaNya. Bersyukur dan redha dengan ujian itu, adalah bukti ketetapan iman. Hidup ini amatlah pendek untuk kita tangisi mehnah ujian yang menimpa. Betapa ruginya masa yang kita habiskan, hanya untuk mengenang dan memikirkan masalah yang kita lalui.
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan telah kering pula (tinta) lembaran-lembaran ini.
[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]
Pejamkan matamu wahai teman, dan teruskanlah hidup dengan amal dan iman yang tetap lurus. Semoga suatu hari, ujian dan dugaan yang pahit itu, menjadi kenang-kenangan yang manis di kemudian hari...
No comments:
Post a Comment