Diterbitkan oleh Pusat Islam
Jilid 1
-------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN
Penubuhan Pusat Islam ini adalah untuk menggerakkan usaha penyebaran ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam dan menjalankan aktiviti dakwah di kalangan umat Islam. Sebagai sebuah institusi yang banyak ditubuhkan di institut pengajian tinggi, diharap Pusat Islam dapat membiasakan para pelajar dengan suasana di universiti.
Pusat Islam merupakan suatu keperluan kepada para pelajar bagi mempelajari cara-cara mengurus dan mentadbir sebuah institusi dengan baik. Pada masa hadapan, diharap Pusat Islam dapat menjadi sebuah organisasi yang dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kefahaman berkenaan Islam kepada umat Islam.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kite Di Ziarah Setiap 21 Minit...
BIsMillahirrahmanirrahimm...
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe". Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati.
1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT
------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan,
kau datang setahun sekali
kau datang bawa rahmat yang maha besar
kau datang membawa seribu satu ujian
kau datang memberi seribu satu rahsia pahala
kau datang jua... Ramadhan,
di dalam mu tersimpan rahsia
di dalam mu tersirat dan tersurat kemanisan
di dalam mu terkandung kepayahan
di dalam mu terkandung kesenangan
kau memilikinya
Ramadhan,
aku cuba menyelami sambil menghirup rahsiamu
aku cuba menghisap manismu
aku cuba harungi kepayahan ujiannu
aku cuba belajar apa yang kau ajarkan
aku cuba segalanya....
Ramadhan
semoga tahun nie memberi segala kemanisan
semoga tahun nie dimurahkan rezeki
semoga aku dapat memperbaiki amalanku
semoga kau memberkatinye..
amin.
---------------------------------------------------------------------------------
Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan cara bersabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
"Seseorang mukmin itu bukan tukang menghina dan bukan pemaki dan bukan yang keji lidahnya."
(Riwayat Tarmizi)
"Apabila seseorang di antara kamu melihat kepada orang yang lebih unggul daripadanya dalam harta benda, hendaklah dia memandang kepada orang yang lebih rendah daripada dirinya."
(Riwayat Syaikhain & Termizi)
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu -kayan."
(petikan kitab Iman Ghazali)
"Berprasangka baik termasuk ibadah yang baik."
(Riwayat Abu Daud)
"Menguap itu berasal dari syaitan, oleh itu apabila seseorang di antara kamu menguap,hendaklah dia menahannya semampu mungkin."
(Riwayat Abu Hurairah)
"Cintailah kekasihmu secara sederhana saja, barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah orang yang tidak kamu sukai secara sederhana, barangkali suatu hari dia akan menjadi kekasihmu."
(Riwayat Tarmizi,Baihaqi & Thabrani)
------------------------------------------------------------------------------------
Keluhan Rasa, Pasti Ada Hikmah di Sebaliknya
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!.... "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?..... "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?..... "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?.... "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200....
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
RASA FRUST?..... "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." Surah Al-Imran ayat 139
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?..... "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?..... "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA AKU DIUJI?...... "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
-----------------------------------------------------------------------------------
MUDAHNYA MENJADI MUSLIM, TAPI…..
# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...
# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guruĂ‚² & rakanĂ‚² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...
# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...
# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...
# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat berjemaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...
# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...
# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...
# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...
# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...
# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...
# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....
Renunglahhh.....
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa Mesti Berbohong?
Ramai di kalangan kita suka berbicara tentang pembohongan. Biarpun kecil, pembohongan tetap satu jenayah tetap bergelar satu pengkhianatan ke atas prinsip kemanusiaan. Pembohongan hanya akan mengotorkan hati. Biarpun dengan niat yang baik, Islam tetap mengharamkannya dalam kehidupan. Malah, hukum menetapkan, menipu sebagai salah satu perbuatan orang-orang yang munafik. Berkata benarlah walaupun ianya pahit….
Dalam ajaran Islam, sekali menipu bererti kita menjejakkan selangkah tapak untuk mendekatkan kita dengan neraka. Dan Baginda Rasullullah s.a.w pernah bersabda, berbohong akan mengurangkan rezeki. Tidak akan ada salahnya jika kita berkata benar. Kebenaran adalah asas kepada sebuah kejujuran.
Kejujuran mampu membuat manusia terhindar daripada melakukan kejahatan.
----------------------------------------------------------------------------
Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran......
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan yang bakal menjelma .
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
-------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment