Like Blog Ini...

Friday, September 17, 2010

Sebagai Motivasi Buat Remaja...



Pertama kali menonton klip video nie, rasa betul-betul bersemangat. Bersyukur kerana masih ada lagi remaja di luar sana yang mampu berdebat sebaik ini. Diharap klip video yg ditonton dapat memberi satu motivasi kepada kita untuk terus memajukan diri, menjadi sehebat adik nie tidak kira walau dalam apa bidang sekalipun...

Kalaulah semua remaja di Malaysia nie dapat menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa, & negara kita, tentu masa depan negara akan berubah. Pada saya, remajalah modal insan yg paling berpotensi untuk menyumbang tenaga dan idea mereka. Minda masih fresh, darah masih membara. Kalaulah dapat digunakan untuk kepentingan agama, tentu proses dakwah di Malaysia akan subur dan berkembang pesat.

Teringat kawan-kawan yang masih tenggelam dalam syurga dunia. Sayang, tenaga dan kudrat yang ada sewaktu muda digunakan untuk kepentingan nafsu dan diri sendiri. Kalau dikenangkan, banyak kisah dan sejarah dunia berkisar tentang remaja. Sultan Al-Fatih, yg memimpin tentera Islam semasa pembukaan kota Istanbul, dikatakan baru berusia 21 tahun. Revolusi Islam di Iran, Peperangan Yarmouk di Jordan, dan banyak lagi peristiwa besar direncanakan oleh para remaja dan pemuda.

Ayuhlah remaja, gunakan tenagamu yang masih banyak untuk kepentingan agamamu. Kudratmu yang masih berbaki amat diperlukan untuk negara. Duhai remaja, hidayah tuhan amatlah luas. Pohonlah petunjuk agar perjalanan hidup kita terus dipandu dan berada dalam landasan yang benar. Semoga usia remaja kita yang masih berbaki ini, mampu menjadikan kita seorang yang lebih berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Gunakanlah masa muda kita untuk jalan dakwah dan menuntut ilmu Allah yang luas.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara...

1 comment:

Nur Amira Ilyani said...

kalau boleh tahu, ape ye nama rancangan video tu?