Like Blog Ini...

Sunday, September 28, 2008

Derita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya. Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya". Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah.

Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku". Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah.

Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat".

Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap. Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.

Bilal Yang Teguh Iman

Saiyidina Bilal (berkulit hitam) adalah di antara 7 orang yang pertama menzahirkan keIslaman secara terangan meskipun diancam oleh kafir musyrik. Apabila mengetahui hambanya, Bilal telah memeluk Islam, tuannya telah menyeksa Bilal dengan memakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan 'Ahad! Ahad!' (Allah Yang Esa, Yang Esa).

Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng gunung tetapi Bilal tetap memperkatakan 'Ahad! Ahad!'. Imannya tidak bergoncang sedikitpun. Melihatkan tidak apa perubahan berlaku dalam diri Bilal, mereka kemudian mempertingkatkan seksaan dengan meletakkan batu besar di atas badannya yang terjemur di tengah kepanasan matahari. Namun tiada ucapan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali 'Ahad! Ahad!' Bilal rela mati daripada menukar pegangan agamanya yang haq kepada yang bathil.

Apabila Saiyidina Abu Bakar diberitahu tentang seksa yang dialami oleh Bilal, Abu Bakar terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal dan kemudian meminta Bilal dibebaskan. Sebagai ganti Abu Bakar menyerahkan seorang hamba hitam yang lebih kuat sebagai tebusan. Sebaik saja ditebus, Saiyidina Abu Bakar pun membebaskan Bilal dari perhambaan.

Moral & Iktibar

Iman yang kental dan pegangan aqidah yang kukuh tidak dapat digugat sekalipun diseksa dengan pelbagai seksaan.

Kemanisan iman tidak ada tolong banding di dunia dan akhirat.

Allah tidak melihat kecantikan fizikal seseorang tetapi yang paling utama ialah kecantikan hati.

Allah mempertingkatkan tahap atau darjah keimanan seseorang, dengan mengenakan ujian dan cubaan. Selagi tidak diuji dengan kesusahan, tahap keimanan belum dapat dipastikan kebenarannya.

Bertambah kuat iman seseorang, bertambah hebat ujian yang Allah kenakan ke atasnya. Ujian dan bala yang dikenakan ke atas seseorang bukan bererti Allah membencinya, sebaliknya ia adalah satu rahmat untuk meninggikan darjatnya di sisi Allah.

Bala sebenarnya bukan 'bala' tetapi adalah satu nikmat yang patut disyukuri. Kekayaan dan kesenangan hidup belum tentu menjadi satu nikmat, bahkan ia satu cubaan/bala untuk menguji sama ada kita mensyukuri Allah atau sebaliknya.

Saturday, September 6, 2008

Assalamualaikum…

Assalamualaikum…


Produk ini adalah koleksi resepi yang saya kumpul daripada beberapa laman web terpilih.Diharap produk ini berguna kepada anda sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

A)Disclaimer:

-Sebarang maklumat yang berkaitan dengan laman web di bawah adalah hak milik penulis sepenuhnya.Pengguna dilarang daripada meniru maklumat, rekaan grafik, interface dan sebarang bahan tanpa kebenaran penulis.Laman web tersebut adalah:
 -http://mypembaca.blogspot.com/
 -http://pembaca.s2.bizhat.com/
-Resepi yang disediakan tidak dicuba oleh penulis memandangkan penulis bukanlah seorang chef..Diharap resepi tersebut boleh disediakan dan dinikmati dengan sempurna.Penulis tidak dapat memberi sebarang jaminan bahawa kandungan resepi tersebut adalah sahih lagi tepat.
-Sebarang kegagalan atau kerosakan kepada produk hendaklah dimaklumkan kepada penulis untuk dinilai sama ada pembeli berhak untuk mendapatkan ganti rugi atau tidak.Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan produk yang disebabkan oleh kecuaian pembeli sendiri.

B)Panduan memilih makanan.

-Penulis ingin berkongsi panduan mengenai makanan dan bahan-bahan yang terlibat dalam penyediaannya.Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
-Adakah anda mengambil msg sebagai penambah perisa dalam diet harian anda.Saya syorkan supaya anda berhenti daripada menjamah produk maggi kerana ianya mengandungi kandungan msg yang banyak.Jika anda ingin juga untuk mengambil makanan berperisa seperti itu, saya syorkan anda membeli produk Adabi kerana lebih selamat dan terjamin kehalalannya.Sokonglah produk umat Islam.Walau bagaimanapun, produk tersebut masih juga mengandungi bahan penambah perisa yang tinggi….Jadi eloklah kiranya kita kurangkan pengambilannya dan kembali memasak sendiri makanan di rumah tanpa sebarang bahan-bahan yang meragukan.
-Saya syorkan anda memilih kicap dan sos yang berjenama Mudim, Maju, dan Ehsan kerana produk lain di pasaran mungkin disediakan dalam keadaan yang kurang bersih.Tambahan pula, produk yang disebutkan tadi adalah keluaran umat Islam sendiri.Sokonglah produk umat Islam.
-Terdapat pelbagai perkara yang ingin saya nukilkan di sini berkenaan pengambilan makanan kerana para pengguna sekarang tidak peka terhadap makanan.Hati kita dibina daripada makanan yang kita ambil.Sila elakkan memakan makanan yang syubhat dan tidak bersih.Ahli sufi pada zaman dahulu amat berhati-hati dalam soal makanan.Diharapkan Kita dapat lebih mengambil berat terhadap makanan yang kita ambil.
-Akhir kata, Saya amat berharap agar pembaca berpuas hati dengan resepi-resepi yang disediakan pada kali ini.Sekian , Terima kasih.Selalulah menjenguk laman web saya yang tak seberapa nie.Daftar sebagai ahli forum dan anda pasti berminat dengan artikel yang disiarkan di sana.

Yang Benar,
Syahrizal…

Friday, September 5, 2008

Resepi Serunding Daging

Resepi Serunding Daging 

Bahan-Bahan: 
1 kg daging 
1 1/2 biji kelapa 
15 tangkai cili kering 
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit] 

Bahan yang dikisar: 
500 gm bawang merah 
10 ulas bawang putih 
1 inci lengkuas 
5 batang serai 
2 inci halia 
Garam dan gula (secukup rasa) 

Cara: 
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus. 
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan. 
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana. 
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. 
5. Sejukkan dan simpan.
_________________

Resepi Roti Arab

Bahan-bahan: 

500 gram tepung roti 
1 sudu teh garam 
25 gram gula halus 
25 gram marjerin 
5 gram pemantap roti (bread improver) 
5 gram pelembut roti (bread softener) 
10 gram yis segera 
250-280 ml air suam 

Cara membuatnya: 

Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus. 
Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi. 
Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit. 
Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi. 
Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram. 
Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi. 
Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega. 
Bakar pada suhu 210 °c selama 20 minit atau sehingga masak. 
Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika. 
Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat.

Resepi Laksa Utara

Saiz Hidangan — 10 orang
Sumber Resipi — Bonda

Bahan-Bahan
2 bungkus laksa - (direndam dan direbus hingga masak)
1 kg ikan kembung/mabong
3 batang bunga kantan
1 ikat daun kesum
5 keping asam keping
air untuk merebus ikan
garam secukup rasa

bahan-bahan untuk dikisar (A):-
20 tangkai cili kering
2 cm belacan
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

bahan-bahan untuk dihiris:-
1 biji timun
1 pokok daun salad
2 biji bawang besar
10 tangkai cili padi
6 biji limau kasturi dibelah 2

Cara Memasak
1. rebus ikan kembung dan masukkan sedikit garam.
2. asingkan isi dan tulangnya. mula2 kisarkan dahulu isinya. kemudian, kisarkan pula tulangnya dan tapis.
3. masukkan bahan2 tadi kedalam periuk bersama dengan cili dan bahan2 yang dikisarkan tadi (A). masukkan air (ikut suka kepekatan, lagi sedap kalau kuah pekat).
4. masukkan pula asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
5. masak hingga mendidih, masukkan garam dan rasa.
6. kuah siap dihidangkan bersama-sama laksa dan bahan2 hirisan
_________________

Kuih Samperit Special

Kuih Samperit Special
Kiriman: Nadhrah
Sumber: Turun-Temurun


Bahan-Bahan:
cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam Satukan: 1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi hingga sebati.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C

Cadangan Hidangan:
sebelum anda membakar kuih ini buat coklat cair dan letak kan pada atas kuih ini atau mensalut kuih ini...ataupun ubuhkan `chocolate rice/rice yg warna warni tu..

Tambahan:

Sedap....
_________________

Resepi kuih batang buruk

Resepi kuih batang buruk 

Bahan-bahan: 

600 gram tepung gandum 
300 gram tepung beras 
1 biji santan kelapa 
600 gram kacang hijau 
400 gram gula (kisar) 
3 biji telur 
Minyak untuk menggoreng 

Cara penyediaan: 

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. 
Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan. 
Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. 
Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng. 
Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.
_________________

Resepi Rendang Daging

RENDANG DAGING 

Bahan-Bahan 

600 g. daging lembu tanpa minyak 
2 g. (2 keping) asam keping 
25 g. (3 sudu besar) minyak sayuran 
200 ml. (1 cawan) air 
20 g. (4 helai) daun kunyit, dihiris halus 
1 sudu teh garam 
75 g. (½ cawan) isi kelapa untuk dibuat kerisik 
2 cawan susu rendah lemak 
Bahan-Bahan Untuk Digiling: 
200 g. (20 biji) bawang merah 
25 g. (5 sm.) halia 
25 g. (5 sm.) lengkuas 
2 batang serai 
10 g. (10 tangkai) cili kering tanpa biji 
20 g. (4 ulas) bawang putih 
Bahan Hiasan: 
2 helai daun salad 
2 biji tomato, dihiris 


Cara Cara 

• Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah digiling. 
• Bila garing, masukkan air dan biarkan mendidih. 
• Masukkan asam keping dan diikuti dengan susu rendah lemak. 
• Masukkan kerisik dan kacau sampai kering. 
• Masukkan daun kunyit, garam dan gula. 
• Hiaskan dengan daun salad dan tomato. Hidangkan.
_________________

Resepi Biskut Badam Bercoklat

Biskut Badam Bercoklat Recipes 

Recipe Category: Resepi Biskut / Biskuit (Biscuits Recipes) 
Recipe submitted by: Chef Maruko 

Recipe Rating (1 Voters): 

Masakan Internasional (International Cuisine Recipes) 


Bahan-Bahan: [Ingredients] 
3 suku cawan gula icing 
½ cawan marjerin 
1 biji telur 
tepung gandum secukupnya 
badam biji secukupnya(bakar dalam oven) 
badam hancur secukupnya 
coklat cooking 
mangkuk kertas kecil(hitam) 
Cara Memasak: [Cooking Instruction] 
Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.
_________________

Resepi Almond London

nizamadey@myresipi.com 

resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. coklat masak saya beli yg repacking & unknown brand.. cooking coklat van houtan & vochelle x m'bantu... 

Bahan-bahan ( +/- 150 biji ) 
250 gm mentega 
125 gm gula halus 
1 biji telur 
1 tsp esen vanilla 
50 gm serbuk badam (optional) 
200 gm tepung jagung 
300 gm tepung gandum 
2 sudu tepung beras 
1 tsp baking powder 
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 
50 gm badam cincang (utk hiasan) 
+/- 700 gm coklat masakan 

Cara-cara 
Pukul mentega dengan gula hingga kembang 
Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. 
Masukkan serbuk badam, kacau 
Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 
Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 
Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 
Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 
Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
_________________

Resepi CHEESE CAKE

CHEESE CAKE Recipes 

Recipe Category: Resepi Biskut / Biskuit (Biscuits Recipes) 
Recipe submitted by: salmah saad 

Masakan Melayu (Melaysian Cuisine Recipes) 


Bahan-Bahan: [Ingredients] 
BASE 
1 biji span biasa/vanilla nipis dalam acuan bulat 9 inci 

INGREDIENTS A: 
250 gm Krim Keju 
30 gm mentega 
30 gm gula kastor 
3 biji kuning telur grade A 
2 biji limau kasturi..ambil jusnya 
1 s/k esen vanilla 

INGREDIENTS B: 
3 biji putih telur grade A 
30 gm gula kastor 
1/2 s/k cream of tartar 
1 s/b tepung jagung 
Hiasan..cream coklat cair 
Oven setting 150'C 
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake 
Cara Memasak: [Cooking Instruction] 
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang. 
2. Masukkan telur kuning satu persatu. 
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi. 
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dan gebu. 
5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata. 
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata. 
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis tadi. 
8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air. 
9. Bakar sehingga masak. 
10. Kelauarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair. 
11. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas. 
Cadangan Hidangan: [Serving Suggestion] 
minum petang

Resepi Biskut Bintang Kayu Manis

Biskut Bintang Kayu Manis Recipes 

Recipe Category: Resepi Kuih Raya (Special Cakes Recipes) 
Recipe submitted by: Chef Maruko 

Masakan Melayu (Melaysian Cuisine Recipes) 


Bahan-Bahan: [Ingredients] 
- 200 gm tepung serba guna 
- 480 gm badam, dikisar halus 
- 390 gm gula halus 
- 5 biji telur putih 
- 320 gm gula aising 
- 15 gm serbuk kulit kayu manis 
- 2 biji putih telur - aising royal 
- 350 gm gula aising, diayak - aising royal 
- 2 titik perahan limau susu - aising royal 
Cara Memasak: [Cooking Instruction] 
- Satukan semua bahan dan gaul hingga rata. Jika adunan terasa kering, tambah putih telur. Jika terlalu lembik, tambah gula aising. Canai adunan setebal 1.25 cm. 

- Ratakan aising royal di atas adunan dan simpan sejam di dalam peti sejuk hingga adunan keras sedikit. 

- Celup acuan bintang ke dalam tepung lalu terap adunan ini. 

- Susun biskut di atas dulang bakar yang dilengserkan dengan sedikit mentega dan dialas kertas minyak. 

- Bakar 10-15 minit pada suhu 180'C. 

- Untuk menyediakan aising royal, satukan semua bahan aising royal dan gaul hingga sebati.

Resepi Tart Nenas Gulung

Tart Nenas Gulung Recipes 

Recipe Category: Resepi Kuih Raya (Special Cakes Recipes) 
Recipe submitted by: Ibu Bonda 

Recipe Rating (2 Voters): 

Masakan Melayu (Melaysian Cuisine Recipes) 


Bahan-Bahan: [Ingredients] 
Bahan A 
1 Kg tepung gandum 
1 Ketul buttercup 
2 Biji telur 
2 Biji kuning telur (untuk disapu) 
2 Sudu teh esen vanila 
2 Sudu teh esen nenas 
Majerin untuk melembutkan doh 

Bahan B 
1 Biji nenas 
1 ½ Cawan gula 
4 Kuntum bunga cengkih 
Sehelai daun pandan 
Cara Memasak: [Cooking Instruction] 
Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh. 

Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan. 

Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung. 

Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar. 
Petunjuk Tambahan: [Additional Information] 
Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.
_________________

Resepi Bahulu Raya

Sumber: Majalah Wanita Januari 1999 
Bahan-Bahan: 
10 biji telur600 gm tepung 
300 gm gula 
Cara: 
Pukul telur dan gula sehingga kembang.Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk.Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.
_________________

Biskut Samperit

Bahan-Bahan: 
1 cawan mentega¾ cawan gula halus1 biji telur1 camca teh VanilaSecubit garam 
Satukan: 1 ½ cawan tepung jagung¾ cawan tepung gandum¾ cawan tepung kastad1 camca teh baking powder 

Cara: 
Pukul mentega dengan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagihingga sebati.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C
_________________

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Posted on Aug 29, 2008 under Ibadat | 
 
Oleh Dr Mond Asri Zainul Abidin

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah). 



Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

(Surah al-`Araf:31). 



Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ). 

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

(Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik. 



Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Doakanlah Kebaikan Buat Para Pemimpin

http://an-nawawi.blogspot.com

Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah:

Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezalian dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)

Wednesday, September 3, 2008

Tingkatkan Iman Dengan Alam

www.iLuvislam.com 
oleh: fazirah 


Sesungguhnya Allah bahagikan kita kepada 3 komponen iaitu rohani, jasmani dan akal. Kita diamanahkan untuk menjaga ketiga-tiga komnponen ini dalam rangka untuk menjadi insan yang bertaqwa. Dari segi jasmani, kita hendaklahmenjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berzat dan seimbang dalam masa yang sama kita perlu bersenam untuk membantu badan kita sentiasa sihat. Untuk akal, kita belajar dan berfikir untuk memenuhi tuntutan aqli . Semantara itu, untuk roh kita perlu penuhi dengan bekalan sebagaimana perut yang sentiasa memerlukan makanan. Terutama sekali bila mana kehidupan kita yang dari sehari ke sehari sentiasa dipenuhi dengan kegelapan jahiliyah. Jadi roh perlukan kekuatan untuk melalui suasana-suasana kegelapan yang pekat ini. Keperluan roh hendaklah sentiasa dilazimkan dengan baca Qur’an, berzikir, iman yang subur. 

Hakikat nilai insan disisi Allah adalah Allah menilai hamba yang hebat adalah hamba yang bertaqwa. Allah tidak pandang seseorang itu melalui kepandaian, kekuatan jasmani, atau kecantikan. Kenapa kita riadah, kenapa kita makan, kenapa kita menuntut ilmu adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah. Bila kita perhatikan keindahan alam yang luas terbentang, kita dapat melihat kekuasaan Allah yang Maha Hebat. Penciptaan yang unik dan berbeza-beza. Kalau kita cari daun yang terdapat pada sebatang pokok, dapatkah kita temui daun yang betul-betul serupa dan sama. Begitu bijaksananya Allah menciptakan semua ini. 

Cubalah kita berinteraksi denga alam kita dapat merasai hebatnya Allah jadikan alam. Marilah kita sama-sama merenung ayat suci Al-Quran. Ayat suci di mana sewaktu Allah turunkan ayat ini kepada Rasulullah SAW, baginda menangis sedih. Andailah semua manusia faham ayat ini, Surah Ali Imran:190-194 

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; 

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. 

192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun; 

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti; 

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 





Allah hamparkan bumi kepada kita sebagai sebuah kitab yang terbuka sedangkan Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tertutup. Apa yang Allah ceritakan dalam Al-Quran, Allah hamparkan kepada kita dalam bentuk yang paling nyata dan jelas. Di dalam Al-Quran Allah ceritakan bahawa Allah Maha Menghidupkan, Allah Maha Menjadikan dan Allah Maha Mematikan. Kepercayaan kita terbina dengan melihat kejadian alam. Allah menjadikan daripada ada kepada tidak ada, Allah menjadikan dengan ketentuanNya pada suatu masa sebatang pohon berbuah dan pada satu ketika kemudian pohon tersebut mati. Setelah itu Allah tumbuhkan semula pohon yang baru bagi menggantikan pohon yang lama. Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun. 

Oleh itu, marilah kita perhatikan sekeliling kita bagaimana burung boleh terbang, ikan berenang di lautan, keunikan ular dan cacing bergerak tanpa kaki. Allah Maha Berkuasa yang menjadikan semua ini. Allah boleh menghidupkan dan mematikan dan tidak mustahil Allah boleh menjadikan dunia ini kiamat. Telah disebutkan di dalam Al-Quran yang mulia bahawa Allah menjadikan alam ini sebagai kitab yang terbuka kerana Allah berfirman bahawa apa yang Allah telah janjikan itu benar, malaikat itu benar, hari akhirat itu benar, rasul-rasul itu benar, Al-Quran itu benar. 

Allah boleh menjadikan dan Allah boleh memusnahkan. Contohnya kita lihat peristiwa tsunami. Siapa sangka air yang lembut itu boleh memusnahkan. Kita lihat sendiri dari sudut sains, air yang lembut sekiranya diletakkan di dalam freezer peti sejuk, maka air akan bertukar sifatnya daripada lembut kepada keras. Renungkan betapa uniknya ciptaan dan kekuasaan Allah. 

Cuba kita perhatikan betapa damainya mata memandang rimbunan pohon-pohon yang kehijaun, tenangnya langit membiru yang terbentang luas memayungi kita. Cuba bayangkan sekiranya Allah jadikan langit berwarna merah dan pokok berwarna jingga, apakah perasaan kita? Gusarkah kita melihat warna-warna yang tidak tenang? Dari situ kita dapat lihat betapa sayangnya Allah pada kita, betapa Allah sangat memahami keperluan dan kehendak hati kita denagn member ni’mat yang macam-macam kepada kita. Betapa kita dapat merasai satu perasaan yang indah saat kita memandang langit yang biru, laut yang terbentang luas dan pohoh-pohon yang segar merimbun. 

Biarkanlah akal kita berfikir tentang ciptaan Allah dan kejadian alam dikala berdiri, duduk atau berbaring supaya setiap amalan dan setiap nafas kita dihitung sebagai ibadah supaya tidak sia-sia kehidupan kita di sisi Allah. Syed Qutb menerangkan bahawa orang-orang mu’min kagum terhadap ciptaan Allah dan khusyu’ beribadah kepada Allah sehingga timbul perasaan takut kepada Allah lantas mereka berdoa, “ Ya Allah, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka” 

Allah jadikan diri kita sebaik-baik kejadian. Allah memberi kita terlalu banyak ni’mat dan kelebihan. Malah, Allah telah jadikan bumi ini untuk tunduk kepada manusia. Cuba kita bayangkan jika Allah perintahkan air yang turun ke bumi itu memilih orang-orang beriman sahaja menggunakannya bagaimanalah jadinya. Apabila orang yang tidak beriman kepada Allah menggunakan air, maka air akan bersuara “ Aku tidak mahu melayan dan memenuhi hajat engkau kerana engkau tidak beriman kepada Allah, engkau tidak boleh menggunakan aku kerana engkau melupakan Allah..” Bayangkan bumi yang kita pijak ini marah bila orang yang tidak beriman berpijak di atasnya “ Engkau tidak beriman, aku tidak redha kakimu berpijak padaku”. Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya kasih sayang Allah. Betapa Rahman dan Rahim Allah terhadap sekelian makhlukNya. 

Kita sebagai manusia, di mana kita letakkan Allah di hati kita?? Berapa banyak kasih sayang kita kepada Allah jika benar kita cintakan Allah?? Oleh itu, apabila kita merenung alam, bertambahlah iman kita kepada Allah, betapa kita merasa kerdilnya kita di sisi Allah. Hanya Allah yang berkuasa terhadap alam ini. Macam mana kita nampak alam ini hebat sebegini dan macam mana kita nak kaitkan rasa hebat kita kepada Allah. Bagaimana kita hendak timbulkan dalam hati kita kehebatan ciptaan Allah, bagaimana kita gunakan akal kita untuk berfikir sehingga meresap rasa kehebatan itu dalam hati kita. Adakah kita melihat alam ni hanya untuk seronok-seronok sahaja?, adakah hanya melafazkan Subhanallah sahaja tanpa kita ambil pelajaran daripadanya? Tidak cukup hanya lafaz Subhanallah dan kita pun rasa tak puas dengan ucapan-ucapan tersebut apabila kita memerhatikan kehebatan-kehebatan yang Allah beri. 

Cubalah tingkatkan keimanan kita kepada Allah dengan mengambil isi pelajaran yang dapat dicungkil dari isi alam. Wallahu ‘alam.

Antara Sabar dan Mengeluh

www.iluvislam.com 
oleh: wansya63 



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." 

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." 

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" 

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" 

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. 

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan. 

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. 

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." 

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" 

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." 

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. 

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." 

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. 

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "

Di Kiri dan Di Kanan

Written by Kayrol 
Sunday, 27 July 2003 
DI KIRI DAN DI KANAN... 
SATU DI KIRI SATU DI KANAN... 
TETAP BERSAMA WALAU DILUPAKAN... 
TETAP ADA WALAU DIBIARKAN... 
DI SETIAP MAKHLUK YANG BERNAMA INSAN... 

DI KIRI DAN DI KANAN... 
WALAU TERSEMBUNYI WALAU DINAMPAKKAN... 
WALAU BERSENDIRI ATAU BERTEMAN... 
SETIAP AMALAN AKAN DICATATKAN... 
TIDAK SATU AKAN DITINGGALKAN... 

DI KIRI DAN DI KANAN... 
DI AKHIRAT NANTI AKAN DIBENTANGKAN... 
CATATAN PAHALA CATATAN KEBAIKAN... 
SUKALAH INSAN MELIHAT YANG DEMIKIAN... 

TAPI ADA LAGI YANG HENDAK DIPERSOALKAN... 
CATATAN YANG KIRI TIDAK DITINGGALKAN... 
AMALAN DOSA AKAN DISAKSIKAN... 
BARULAH INSAN SEDAR PENUH PENYESALAN... 

DI KIRI DAN DI KANAN... 
SELAMA INI TIDAK DIHIRAUKAN... 
TAPI KINI SEDAR AKAN KEHADIRAN... 
SEDAR JUGA TENTANG CATATAN... 
YANG DOSA DI KIRI YANG BAIK DI KANAN... 

SATU PERINGATAN SATU PENGAJARAN...

Air Mata Seorang Naqib

Wednesday, 05 November 2003 
Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara. Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti!Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari denganminggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam terakhir pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian 
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi jejak kami? Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian dating dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat segulong sijil yang nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung penting bagi kami. 

Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra. Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita? Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh. Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan. Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami fikirkan? Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat. Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami 
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi. Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian.. disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu. 

Akhirnya … Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita. 

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihatdunia berubah ke arah Islam. Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini. Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kaliankadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk memahami Islam yang masih banyak yang perlu dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua. Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam dimukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang tidur di lantai bumi.Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami ! 

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya. 

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang di padang pasir ! 

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu 
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta. Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya 
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya ! 

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai. Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya? 

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri. Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita ! Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan 
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami. 

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi 
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam 
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita yang masih panjang. 

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara.. berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama! 

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah di mana saja kita berada. Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar ‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dana khawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian bersama tidak sia-sia ! 

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar. 

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang telah pergi? Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya. 

Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan 
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita sudah 
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan tinggal dingin. 

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian… jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan 
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula mengalir.. Apa yang telah terjadi kepada kalian? Apa yang telah kalian lakukan? Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak dapat ditahan..! 

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya hampa. 

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang merasakan dunia dakwah suatu yang menghimpitnya.. suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari rupanya selama ini, itu semua adalah sebuah lakunan. Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas. 

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua.. tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba berlaku? 

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan untuk disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan diri untuk dipanggil anak derhaka? Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si anu telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima, mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena terlalu berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar dengan hiba dan air mata mengalir lagi. 

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka… mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan. Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang dicampakkan ke tong sampah! 

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam. 

Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian telah menyambung dan menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya dari kalian. 

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian tentu faham bahawa tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung dengan jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian telah silap. Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja besar kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan jamaah ialah bila kalian sudah tidak mempunyai naqib dan usrah. Tanda awalnya apabila kalian telah mula membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah 
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini? 

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian. 

Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam! Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu berangan dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan, menarik tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika semua hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah mudah berangan dan berazam! 

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi. 

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya. Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah ada… Apakah kalian sedar? 

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri. Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.! 

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah. Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat bunga yang telah dipetik dari pokoknya ! 

Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih saying yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya. 

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan 
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan. Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus generasi da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak merasainya? 

Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..? Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan kepadanya walaupun sebentar". Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya? 

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk 
menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami, hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa kita di sini! 

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami… di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami. 

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya. Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak. Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini. Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya? 

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan. Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita sama-sama tidak ingin padam. 

CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.

BuAt tEmaN YaNg BerGelaR saHabaT

Thursday, 08 January 2004 

Puisi ini khas buat teman yang amat kusayang 

Teman, 
ku bersyukur kepadaNya 
kerana kita dipertemukan 
dalam medan perjuangan ini 

Tidak kusangka 
pertemuan yang tak terduga ini 
membuahkan kasih antara kita 
satu nikmat pemberian dariNya 
yang amat kuhargai 

Terima kasih pada mu teman 
yang sudi bersama-samaku 
di waktu suka mahupun duka 

Teman 
masih ku ingat 
engkau sentiasa membantu ku 
dalam kesukaran menjalankan kerja jemaah 
di waktu itu tiada seorang yang sudi menghulurkan bantuan 
tapi dirimu sentiasa berada di sisiku 
walau dirimu jua punya masalah yang tersendiri 

Dan masih ku ingat 
terlalu banyak dugaan kita hadapi bersama 
namun persahabatan ini tidak pernah goyah 
malah semakin utuh 
kerana kita berpegang pada satu keyakinan yang sama 

Teman 
ku akui... 
tidak mudah untukku mendapat sahabat sepertimu 
dan maafkan diriku 
seandainya dalam persahabatan ini 
pernah ku lukai perasaanmu 
dan dengan kekurangan dariku 
dalam masa kita bersahabat 

Teman 
ku bermohon 
agar kita akan mencapai kebahagiaan di dunia 
lebih-lebih lagi di akhirat sana 
dan ku bermohon 
moga ukhuwah ini akan sentiasa dalam rahmat 
dan mendapat syafaat dari Ilahi 
di satu masa nan abadi… 

::aisyah:: 
Jumaat..7 Nov 03...11.31 am

Hidup Untuk Bekerja - suatu renungan..

Written by NikMohd 
Monday, 17 July 2006 
HIDUP UNTUK BEKERJA 


kita semua tahu 
Dunia tempat berkerja 
Akhirat tempat rehat atau diazab. 

Manusia diuji supaya bekerja dengan cara yang terbaik. 
Itulah intipati nilai seorang hamba. 
Mengabdikan diri kepada yang Esa. 

Tetapi apakah objektif kerja kita ? 
Bagaimanakah objektif itu akan terlaksana ? 

Allah telah menjelaskannya.. 
Nabi s.a.w. telah menunjuknya 
Para sahabat telah meneruskan perjuangan baginda. 

Objektifnya Membawa Rahmat Menyekat Musibah 
Dunia dan akhirat. 

23 tahun nabi berjuang 
kearah melaksanakan objektif ini.. 

Tetapi rahmat Islam hanya meliputi semenanjung Arab. 
Lantas sahabat baginda 
generasi salafus soleh 
berjuang, berjihad, mentarbiah 
hingga rahmat Islam mewarnai 2/3 dunia. 

Rahmat kepercayaan dan iman 
Rahmat akhlak dan kasih sayang 
Rahmat sistem yang adil 
Rahmat wujudnya insan rabbani muttaqin muhsinin 

Kini 
Rahmat itu sudah nipis 
Umat Islam menganut Islam kerana ibu bapanya Islam 

Barat menjajah dunia Islam 
Memperincikan sistem islam yang dipelajari 
menjadi adat, budaya, sistem 
tetapi meninggalkan hak-hak Uluhiyyah 
melupakan keimanan pada Allah. 

Sebaliknya 
Al quran dan al-sunnah 
Kekal terpelihara di mashaf-mashaf 
di dada dada huffaz 
di lembaran-lembaran kitab 
dalam bahasa-bahasa 
dan prosa zaman 1000 tahun lalu. 

apakah kita sedang beramal 
apakah kerja kita hari ini menepati objektif syarak 

apakah wujud rahmat Islam 
pada individu-individu yang hilang identiti iman 
apakah wujud rahmat pada keluarga yang lupa pada tujuan syarak 
apakah wujud rahmat Islam dalam masyarakat 
yang diikat hubungan mereka dengan tali-tali sekular 
apakah umat merasai rahmat islam 
dalam kerajaan yang tidak beriman 
dengan tuntutan syarak ini. 
apakah wujud rahmat Islam 
pada dunia yang dipimpin oleh 
Bush... 

Hak-hak manusia untuk beriman 
hak-hak manusia untuk mendapat syurga diakhirat 
hak-hak manusia untuk mendapat hidup yang rahmat didunia 

Segala hak-hak yang terabai ini 

Bagaimanakah akan berubah? 
Dimanakah harus dimulakan amal kita ini? 

Apakah menjadi tugas NGO,s Islam 
memelihara anak yatim 
memelihara janda-janda miskin 
memelihara pengidap-pengidap aids 
memelihara gadis-gadis yang mengandung anak tak sah taraf 
memelihara orang-orang kurang upaya 

Siapakah mereka? 
Daripada mana mereka mendapat para petugas? 
Daripada mana mereka akan mendapat dana? 

APakah jika berjuta-juta kita sumbangkan wang kita 
untuk memelihara mereka 
setiap tahun 
setiap bulan 
setiap hari 
setiap saat 

masalah mereka akhirnya akan selesai? 

Sedarlah realiti kita 
sedarlah kemampuan kita 
sedarlah cabaran yang kita tempuhi 

Umat Islam tidak ada kuasa politik 
untuk melaksanakan cita-cita Islam 
Masyarakat Islam tinggal nama 
Keluarga-keluarga Islam 
tidak menjadikan cita-cita Islam objektif hidup mereka 
individu muslim 
sudah lalai dengan perutnya sendiri.. 
sehinggalah mereka menziarahi kubur.. 

MAKA APAKAH KERJA KITA???

Maafkan Kami Ya Rasulullah

Written by ruzell 
Wednesday, 29 November 2006 
Marilah sahabat2ku sama2 kt renungkan... 

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? 

Mestinya kita akan sangat berbahagia memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita Beliau tentu tersenyum... 

Tapi barangkali, kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum... 

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa... Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum... 

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? 
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum... 

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. 

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. 

Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum... 

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita... 
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita... 
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita... 
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? 

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum... 

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. 

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. 

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. 

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. 

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. 
Beliau tentu tersenyum... 

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. 

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ... 

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan? 

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? 
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu? 

Maafkan kami, ya Rasulullah... 
Masihkah beliau tersenyum...? 
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir... 
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...

Kesalahan Ketika Memakai Tudung

Written by Zulhadi 
Tuesday, 05 June 2007 
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- 

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek. 

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. 

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : 

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) 

http://tudung06.blogspot.com

Dilema Malas Sembahyang

Written by ruzell 
Monday, 06 November 2006 
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah, 
Hidup senang rezeki datang melimpah, 
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah, 
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah. 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, 
Bukan ke lebih baik daripada tiang, 
Berdiri tanpa roh malam dan siang. 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Kerja dah best keluarga pun dah senang, 
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang, 
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang. 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Allah kasi otak supaya aku tak bangang, 
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang, 
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang, 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang, 
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang, Ingat 
masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!! 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang, 
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang, 
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. 

Apasal laa aku malas sembahyang, 
Seksa neraka cubalah aku bayang, 
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, 
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

mimpi-mimpi Rasulullah SAW

Written by vitamin_hati 
Thursday, 26 April 2007 
assalamualaikum wbt.. 

Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W. 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad .a.w. bersabda: 
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin.... 

· Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA. 
· Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA. 
· Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah. 
· Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu. 
· Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas. 
· Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku. 
· Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang. 
· Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya. 
· Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 
· Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat. 
· Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya. 
· Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan. 
· Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat. 
· Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu. 
· Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya. 
· Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya. 
· Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya. 
· Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya. 
· Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Kite Di Ziarah Setiap 21 Minit...

Written by nurqush 
Wednesday, 07 November 2007 
Kita di ziarah MalaiKat maut setiap 21 MiniT?SeramNye... 
BIsMillahirrahmanirrahimm... 

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe". 
Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiase sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerane mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkare-perkare ghaib, terutame mengenai hal ehwal mati dan hubungannye dgn malaikat maut. 

1 hari=24 jam= 1440 minit 

1440 minit/70=20.571 minit 

INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT

Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M

oleh: Hasrizal Abdul Jamil 
BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan 

Pengenalan 

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I. 

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia. 

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : 



“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315) 

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H. 

Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk. 

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom. 

Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah 

Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika. 

Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. 

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.. 

Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat 

Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah.. 

Asy-Syeikh Ak Semsettin 

Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. 

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. 

Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin." 

Persediaan Ke Arah Penawanan 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti 

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya. 

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. 

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan. 

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. 

Serangan 

Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople. 

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut. 

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk. 

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. 

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama. 

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine 

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan". 

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. 

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. 

Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!". 

Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha. 

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas... 

Keajaiban Tentera Othmaniyyah 

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. 

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" 

Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir. 

Serangan Besar-besaran Mujahidin 

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. 

Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. 

Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu. 

Usaha Damai Terakhir 

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, "... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!". Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda...!". 

Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun. 

Hari Kemenangan 

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya. 

Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka... 

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu. 

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan. 

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku" 

Sebaik-baik Ketua Dan Tentera 

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW: 



“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” 

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. 

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. 

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu. 

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. 
Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin....