Dipetik daripada www.iluvislam.com
Airtebu
Editor : Afdhal87
Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,
Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya!!!
Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu.
Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah,
atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas,
tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?
majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan?
atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar,
terkial-kila mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar,
pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil.
atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah,
mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal,
surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali.
atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku?
adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali,
abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda,
sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran??
"Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.."
atau baragkali kita segan, baju kakak semua ketat,
baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung,
yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah.
Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya?
semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat,
tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis.
"Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah.."
Hipokrit ! !
No comments:
Post a Comment