SOALAN
SAYA agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di Internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?
Jawapan
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu prlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment