TOSHIBA Singapura Digital Produk dan Perkhidmatan Kumpulan (DS) melancarkan Portege Z830 iaitu siri pertama Ultrabook menggunakan pemprosesan Generasi 2 Intel Core.
Dengan berat 1.12 kilogram (kg) dan tebal 15.9 milimeter (mm), model itu 20 peratus lebih ringan dan 40 peratus lebih nipis daripada yang memenangi anugerah siri ultra portable Portege R830.
Sistem baru ini menawarkan mudah alih, ketahanan dan ciri penting dengan gaya pintar.
Peranti siri Z830 akan dijual pada suku keempat tahun 2011 di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Pengurus Kanan Pemasaran Produk PC, Digital Produk dan Perkhidmatan Kumpulan Toshiba Singapore Pte. Ltd. Wong Wai Meng berkata, siri itu menetapkan satu standard baru bagi sistem mudah alih dan mempunyai reka bentuk canggih.
"Pencapaian kejuruteraan Toshiba dan pertukangan unggul pakar telah menghasilkan satu inovasi pintar melangkaui jangkaan,'' jelasnya.
Untuk prestasi kuasa profesional, model itu disokong oleh generasi terkini 2 Intel Core dan memori DDR3 ultra-pantas.
Siri Z830 turut menyediakan prestasi yang diperlukan untuk tugasan dan hiburan ditambah pengurusan kuasa lebih baik untuk hayat bateri yang panjang.
Peranti itu juga mempunyai teknologi EasyGuard Toshiba yang direka untuk menangani isu-isu keselamatan, kebolehpercayaan dan ketahanan menghadapi pengguna mudah alih, menjadikan komputer riba itu tahan titisan air dan gegaran.
Peranti itu hadir bersama sokongan Bluetooth dan WLAN ditambah dengan pilihan port bersaiz penuh termasuk VGA, HDMI dan beberapa slot USB di mana satu daripadanya adalah sebuah port USB 3.0.
Pengalaman multimedia hebat mesin memberi pengguna apa yang mereka mahu bagi keperluan profesional dan masa lapang sesuai untuk gaya hidup digital hari ini.
Peningkatan Audio Toshiba Portege Z830 juga ideal untuk tujuan mendengar muzik, menonton filem dan video berbual.
Maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web www.toshiba-asia.com.
No comments:
Post a Comment