Like Blog Ini...

Sunday, October 26, 2008

Solat Dalam Kenderaan

Solat dalam kenderaan
SOALAN: Saya diberitahu bahawa kita dibolehkan menunaikan solat dalam kenderaan sekalipun boleh diberhentikan kenderaan tersebut. Bagaimana pendapat sebenar?

– Tuan Mat Tuan Saleh, Tanah Merah, Kelantan. 

JAWAPAN: Islam hari ini sudah banyak diresapi fahaman luar yang bercampur baur, sedangkan kita tahu kewajipan agama itu, perlu disempurnakan mengikut kemampuan masing-masing melainkan sebab-sebab keperluan tertentu. Atas dasar inilah sekiranya seseorang itu mampu menunaikannya mengikut cara dan peraturannya, yang sempurna dengan memberhentikan kenderaan tersebut, maka perlulah diberhentikannya sesuai dengan kemampun untuk menunaikan solat sedapat mungkin. Melainkan ia tidak ada kesempatan untuk memberhentikannya disebabkan kesuntukan dan kecemasan tertentu. Kata ulama, perkara darurat itu, ditunaikan mengikut ukuran keperluan itu saja. Jadi selagi ada kemampuan untuk melakukannya dengan sempurna (segala rukun dan syaratnya) maka ianya tidak dibenarkan melakukannya sesuka hati. Wallahualam.

No comments: