Like Blog Ini...

Saturday, October 11, 2008

Pembancuh Simen Dan Pemandu Lori

www.iluvislam.com
Rushdina Sofia Abdul Rashid*
Editor:NuurZaffan

 "Gua kecewa umat Islam dilanda masalah umat yang teruk, kamu ilmuan Islam, masih berbalah itu ini. Habistu, bila permasalahan umat nak selesai? Anak zina berlambak, dadah itu ini", tanya seorang hamba Allah yang bagi saya, masih ingin melihat Islam itu menjadi yang terbaik, tetapi nampak dengan jelasnya tentang ketidak-fahaman beliau terhadap setiap keadaan yang berlaku. Dan jelas sekali, cara teguran yang sungguh tidak berhemah. 

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." - 16 : 125. 

Lalu dijawab oleh seorang hamba Allah yang lain, "Permasalahan umat memang sentiasa tak selesai, sebab tu wahyu diturunkan. Selepas wafatnya Rasulullah, masalah tetap timbul hingga Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah. Omar dibunuh, Osman dan Ali dibunuh itu menunjukkan masalah ummat memang tiada penghujungnya, maka dakwah kepada SEMUA perlu dibicarakan."

Dan ada juga hamba Allah yang lain turut menambah, "Islam itu meliputi semua, bukan setakat masalah dengan dadah dan zina je. Jika kamu rasa masalah ini perlu diatasi, dan jika kamu rasa ada tanggungjawab, bantu mereka sekali, bukan kerja mengutuk sahaja." 

Saya tak nak mengulas panjang cuma saya tertarik dengan dua personaliti yang cukup berbeza ini. Saya teringat beberapa orang yang saya selalu jumpa di mana-mana, yang lebih suka mencari keburukan daripada kebaikan. Maksud saya, mereka seringkali melaung-laungkan tentang masalah perpecahan ummah, mengapa golongan itu begitu, mengapa golongan ini begini, mengapa perlu bepecah, mengapa perlu bergaduh dan sebagainya. 

Saya hormat dengan concern mereka tentang masalah ummah, betapa menunjukkan mereka masih ingin melihat Islam tertegak di bumi Allah. Tetapi saya kurang faham mengapa mereka begitu semangat voice out pandangan mereka sedangkan mereka tidak lakukan apa-apa pun untuk mengatasi masalah ummah yang mereka laungkan itu. Sedang ilmuan-ilmuan Islam, para mujahidin, dan semua golongan ansorullah yang dikatakan ‘berpecah' itu bertungkus lumus menegakkan Islam, mereka hanya goyang kaki tidak melakukan apa-apa. 

Bagi saya lah, mengapa kita perlu mempersoalkan tentang permasalahan ummah yang sememangya sudah wujud sejak zaman Rasulullah lagi? Bukankah titik persamaan antara golongan yang ‘berpecah' itu jauh lebih banyak daripada perbezaan? Bukankah setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sebenarnya adalah kerana Allah lebih mengetahui tentang kebaikan di sebaliknya? Kalaupun tidak dapat nampak titik persamaan itu, sekurang-kurangnya tidak perlulah terlalu lantang memperkatakan tentang masalah ummah jika terus berniat untuk duduk bersimpuh sambil tersenyum dan tidak mengambil ‘action‘ yang releven. 

Lapangkanlah dada wahai sahabat. Kalau kau tidak mampu dan tidak mahu menjadi ‘contractor' atau ‘engineer' yang pecah kepala memikirkan tentang struktur kekuatan KLCC atau ‘architect' yang sibuk melukis pelan KLCC, cukuplah kalau kau jadi orang yang membancuh simen atau driver lori yang membawa muatan pasir dan batu bata. Kerana itu jauh lebih mulia daripada kau menghakis tapak pembinaan daripada bawah yang lebih merumitkan keadaan dan mungkin akan merobohkan KLCC. 

Memang. Memang ummat Islam kian lumpuh. Memang ummat Islam ditindas. Mengapa Allah membiarkan kita begini? Mengapa Allah mengtakdirkan kita dilayan sebegini? Mengapa Allah meruntuhkan empayar Islam yang hebat suatu ketika dahulu? Bukankah Allah boleh sahaja mematikan Bush dalam kemalangan jalan raya? Bukankah Allah boleh sahaja melumpuhkan kekuatan Israel dan konco-konconya? Tetapi mengapa Islam masih begini? 

Jawapannya, pergi depan cermin, dan tanya pada diri anda sendiri. 
 

Ya Awwal ...Ya Akhir...Ya Muqaddim...
Kami ingin berjumpa dengan para nabi dan rasul
Para malaikat dan bidadari
Dan berjumpa dengan Engkau Ya Allah
Inilah cita-cita kami
Inilah keinginan kami yang membara.... 
*Rushdina Sofia merupakan pelajar perubatan tahun kedua di University of Leicester. Beliau berdakwah melalui blog serta bidang fotografi.

No comments: