Like Blog Ini...

Sunday, October 26, 2008

Upah Mengerjakan Haji

Upah mengerjakan haji
SOALAN: Waktu hidup jika kita tidak sempat mengerjakan haji (walaupun waktu itu kita mampu) apakah hukumnya jika kita meninggal dunia tanpa sempat mengerjakan haji. Apakah keluarga boleh mengerjakan haji untuk kita? Adakah perbuatan ini sama dengan upah haji yang dilakukan sesetengah orang?

– Zakaria Adam, Bukit Payung Jerteh, Besut.

JAWAPAN: Ibadat haji adalah Rukun Islam yang kelima dan wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi seseorang yang berkuasa. Allah SWT berfirman bermaksud: Dan bagi Allah (kewajipan ) atas manusia untuk melakukan ibadat haji bagi mereka yang mampu (surah alimran ayat 97). Melainkan kerana sebab-sebab yang lain seperti nazar, qada dan lain-lain. 

Kemampuan tersebut dapat dibahagikan kepada dua: 

1-a) Kemampuan tubuh badan 

-b) Kemampuan perjalanan 

-c) Kemampuan perbelanjaan.

Dan 2 a)Kemampuan mereka yang makduf (sakit dan tidak bertenaga) dengan adanya harta yang mampu mengupah orang lain yang telah selesai haji bagi dirinya menunaikannya sebagai ganti dirinya sendiri.

b) Ada keluarga yang sanggup mengerjakan ibadat tersebut bagi menggantikannya, orang tersebut (makdhuf) wajib menunaikan hajinya bila ada kemampuan seperti di atas.

Peristiwa ini pernah berlaku pada masa Rasulullah SAW apabila ditanya mengenai seorang bapa yang sudah tua tidak mampu menaiki kenderaan lagi. Sabdanya boleh anaknya ganti mengerjakan haji untuknya (hadis sahih). Dikiaskan orang lain yang sanggup menerima upahnya. Digalakkan mereka yang mampu dan berkuasa untuk segera menunaikan ibadat haji bagi mengelak bencana yang akan menimpa dan tidak dapat dijangka seperti perang dan lain-lain. Mereka yang berkemampuan dikira bersalah sekiranya tidak melakukannya , melainkan ada halangan tertentu yang diakui syarak dan sekiranya dia meninggal maka harus dikerjakan ibadat hajinya dengan menggunakan harta peninggalannya, sekalipun tanpa wasiat daripadanya. Wallahualam.

No comments: