Like Blog Ini...

Sunday, May 10, 2009

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Moto: "Ilmu Memimpin"
"Knowledge Guides"
Ditubuhkan pada: 1970
Jenis: Awam
Canselor: DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Naib canselor: Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Lokasi: Bangi, Selangor, Malaysia
Kampus: Kampus utama di Bangi
hospital latihan di Kuala Lumpur
cawangan yang menempatkan Fakulti Perubatan,Fakulti Pergigian,Fakulti Sains Bersekutu dan Fakulti Farmasi di Kuala Lumpur
Penggabungan: ASAIHL
Laman web: http://www.ukm.my

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18hb Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Sejarah asal tertubuhnya universiti ini adalah daripada idea seorang tokoh pendidik Malaysia, A. Kadir Adabi, yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan untuk orang Melayu. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 12 buah fakulti, 12 buah pusat,14 buah institut, dan sebuah biro penyelidikan. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.[1]

Asas penubuhan UKM

Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu
UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Sejarah penubuhan

Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

Senarai Fakulti, Institut dan Pusat

Fakulti

Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Fakulti Farmasi
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pergigian
Fakulti Perubatan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Fakulti Sains & Teknologi
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Fakulti Undang-Undang

Institut

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
Institut Kajian Oksidental (IKON)
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
Institut Sains Angkasa (ANGKASA)
Institut Genome Malaysia
Institut Islam Hadhari
Institut Sel Fuel
Institut Kajian Etnik (KITA)
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat

Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK)
Pusat Pengajian Umum
Pusat Pembangunan Akademik
Pusat Pengurusan Siswazah
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Pusat Perkembangan Pelajar
Pusat Teknologi Maklumat
Pusat Kembangan Pendidikan
Pusat Penerbitan dan Percetakan[1]
Pusat Islam UKM
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Senarai Kolej Kediaman UKM

Kolej Ibrahim Yaakub
Kolej Dato' Onn
Kolej Aminuddin Baki
Kolej Ungku Omar
Kolej Burhanuddin Helmi
Kolej Rahim Kajai
Kolej Ibu Zain
Kolej Idris Al Marbawi
Kolej Tun Syed Nasir
Kolej Tun Dr. Ismail
Kolej Keris Mas
Kolej Tun Hussein Onn
Kolej Za'ba

Perkembangan UKM
UKM telah mengeluarkan:

61, 000 graduan peringkat pra-siswazah
2258 peringkat sarjana
252 peringkat doktor falsafah
Daripada 3 fakulti kepada 12 fakulti dan 14 institut
1494 tenaga pengajar termasuk dari Indonesia, Britain, Amerika Syarikat, Thailand, Kanada, Jerman, Belanda, Mesir dan Australia.
Lebih 30,000 pelajar berdaftar
Penuntutnya termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Mali, Filifina, Indonesia, Jordan, Libya, Peranchis dan Brunei, China, Korea, Kenya, Singapura dan Thailand.
Cawangan UKM di Sabah ditubuhkan pada tahun 1974.
Pengukuhan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia dan dunia

Organisasi pentadbiran

Asasnya penubuhan sebuah Universiti adalah diketuai oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’far Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia kedua. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini.

Terdapat 3 orang Pro Canselor iaitu Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Al Haj bin Tengku Ismail, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tun (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

Secara umumnya carta organisasi pengurusan UKM diketuai oleh Lembaga Pengarah Universiti yang dipengusikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr. Mazlan Ahmad, dan dibantu oleh Dewan Senat Universiti. Dibawahnya terdapat Naib Canselor yang bertindak kepada Timbalan-Timbalan Naib Canselor. Terdapat 3 jawatan utama di dalam pengurusan UKM ini iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Akademik &Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar & Alumni)dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat). Para TNC ini bertindak sebagai pengarah kepada setiap portfolio masing-masing.

Setara dengan peringkat TNC terdapat 5 jawatan utama yang menggerakkan UKM dari sudut pentadbiran dan kewangan. Iaitu Pengurus Besar Kewangan atau dikenali Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengurus Besar Pentadbiran atau Pendaftar, Pengarah Urusan dan Pejabat Canselori yang berkait dengan Perhubungan Awam.

TNC Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa adalah merupakan jawatan yang paling besar peranan kerana ia mempunyai tanggungjawab kepada setiap fakulti di UKM. Terdapat 22 fakulti, Institut dan Pusat dibawah pentadbiran TNC Hal Ehwal Akademik &Antarabangsa. Justeru itu keberkesanan pengurusan TNC Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa akan menentukan halatuju dan kualiti pendidikan UKM sendiri.

No comments: