Like Blog Ini...

Tuesday, May 12, 2009

Resepi Karipap Mak Lang

30 Zulkaedah 1428H

As far as I remember, I have never making a karipap from A to Z by myself. Most of the time, I always made it with somebody else it's either with my sister or my house-mate (masa dok bujang2 dulu...). Itu pun cuma tolong small part of the process like kelim the tepi karipap or fried it when everything is readied.

Kali ni yang menyebabkan bersungguh nak buat jugak karipap tu sebab:
1. One of my neighbor suggested to me besides baking cakes why don't I make karipap for sale
2. Semua orang dirumah ni memang hantu karipap
3. Terjumpa resepi karipap kat mak lang fp

Resepi dari mak lang fp tu adalah seperti berikut:

Karipap Daging

Bahan Doh
4 cwn tepung
4 sb majerin - dicairkan
Air + garam skit

Cara
Majerin panaskan dulu pastu masukkan dlm adunan tepung..gaul dan masukkan air skit demi skit..uli hingga doh tak melekat kat tangan

Inti daging

Daging cincang ( I omit the daging sbb takde)
Bwg besar - cincang (saya guna sebiji)
Kentang - ptg dadu (saya guna dlm 8 ketul saiz sederhana)

Bhn tumbuk
bwg merah
bwg putih
udang kering

Daun sup
Rempah kari daging ( 1 paket kecil, supaya tak pedas utk budak2 makan)
Air asam jawa

Cara
Tumiskan bhn tumbuk hingga wangi.
Masukkan kari daging...kacau
Masukkan daging, kentang dan air asam jawa
Biarkan mendidih dan kentang empuk...masukkan garam....dan last sekali masukkan daun sup

Nota maklang : utk menghasilkan karipap yg rangup guna air ais masa nak bancuh adunan dan jika takmo karipap menyerap minyak ketika menggoreng, bolehlah letakkan perahan limau nipis dan bwg putih dlm minyak tersebut.

Untuk adunan daripada resepi mak lang fp ni, boleh dapat lebih kurang 25 ketul karipap bersaiz jumbo iaitu bila digelek sebelom bubuh inti; saiznye sebesar tapak tangan...tapak tangan sindiri la....

Ni sebenarnye teringat makan karipap kat Ikea...dah lama tak pergi....tak silap kat Ikea tu diorang pakai telur ayam yang dipotong separuh...betul ke? Ada sesiapa yang tahu?

Mula-mula karipap ni di bake, to avoid using oil...kononnya nak go for healthy eating habit la nihh....tapi bila makan tak syok la...kene goreng jugak baru syok makan....
Anyway, mak lang punye tips supaya karipap tak menyerap minyak semasa menggoreng tu...berkesan la....hasilnya karipap garing tanpa terlalu berminyak...kira healthy jugak la tu.....

No comments: