Upacara matrikulasi di OxfordMatrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.
Malaysia
Di Malaysia, program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.
Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (Perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.
Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat / kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.
Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.
Walaupun program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan universiti awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan.
Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).
Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment