Like Blog Ini...

Sunday, May 10, 2009

Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Perak adalah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar dan terletak di Gopeng , Perak. Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 24km dan 4km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awm dan swasta. Tempoh Pengajian bagi program pra-universiti ini mengambil masa dua semester (1 tahun). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.

VISI

Menjadi Kolej Matrikulasi Terunggul

MISI

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, persekitaran yang kondusif dan dilengkapi prasarana yang moden

Memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek pembangunan modal intelek dan modal sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Meningkatkan kualiti sumber manusia ke tahap cemerlang

LAGU

Berdiri megahnya Kolej Matrikulasi Perak
Mewarnai keindahan bukit bukau subur menghijau
Di sini lahirnya, anak-anak bangsa berjaya
Mendukung cita-cita wawasan Negara
Bersatu kita bersama mengorak langkah
Ke satu arah satu tujuan
Menuju wawasan Realisasikan impian mencipta kejayaan
Visi dan misi diutamakan
Menjadi pegangan kita
Beruasaha bersama
Dengan semangat waja
Buktikan kepada semua
Kita warga cemerlang gemilang namamu
Menjadi kebanggaan kita
Warganya.

No comments: