Like Blog Ini...

Sunday, May 10, 2009

Forum amal di Kedah

KUALA LUMPUR 2 Mac – Rakyat negeri Kedah berpeluang mengikuti dua Forum Perdana Ehwal Islam yang akan diadakan di Stadium Mini Pendang, Kedah pada 5 Mac ini.

Forum yang akan membincangkan dua tajuk menarik iaitu Kasih Al Amin dan Cinta Beralih Arah itu dianjurkan oleh Pasar Raya Pendang, Islamic Relief Malaysia (IRM), Utusan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengurus Negara IRM, Zawahir Abdullah berkata, forum berkenaan dianjurkan bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai sambil menderma kepada tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap).

“Tajuk Kasih Al Amin akan mengupas isu penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin dan bagaimana rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan yang ada.

“Cinta Beralih Arah pula membincangkan isu kecurangan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga yang penuh cabaran, dugaan dan menguji keimanan sepanjang hidup bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tajuk pertama akan diadakan secara siaran langsung bermula pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam manakala tajuk kedua pula akan dirakam bermula 10.45 malam hingga 11.45 malam.

“Ahli panel forum itu adalah Dekan Fakulti Usulluddin, Kolej Universiti Insaniah Kedah, Profesor Madya Datuk Syeikh Mohd. Badarudin; Penasihat Syariah Bank Rakyat, Datuk Kamaruddin Zakaria; pendakwah bebas, Salbiah Omar dan Pensyarah Kanan Pentadbiran Muamalat, Dr. Ahmad Bashir Aziz.

“Semua dijemput hadir,” katanya.

No comments: