Like Blog Ini...

Sunday, May 10, 2009

Kolej Matrikulasi Melaka

Moto: Karisma, Maju, Mulia
Ditubuhkan pada: 19 Jun 1999
Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
Laman web: http://www.matrik.net/kmm/

Latar belakang

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang, Masjid Tanah, Melaka telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Staf kolej ini telah mula bertugas mulai tarikh tersebut dan pengambilan pelajar sulung sesi 1999/2000 bermula pada 19 Jun 1999 dengan seramai 3000 orang pelajar. Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan pelajar-pelajar bumiputera mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dan swasta. Mulai sesi 2003/2004 kolej juga mengambil 10% pelajar bukan bumiputera. Pengajian prauniversiti ini menawarkan Program Satu Tahun (PST) dan mulai sesi 2006/2007 Program Dua Tahun (PDT) juga ditawarkan.


Moto
Karisma, Maju, Mulia


Visi
Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar program prauniversiti yang terbilang menjelang 2010.


Misi
Memastikan program matrikulasi yang dilaksanakan mencapai tahap cemerlang pada setiap masa dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah melalui iklim pendidikan yang kondusif serta pengurusan kolej yang efisien dan mesra.


Objektif
Menghasilkan para lulusan matrikulasi untuk program ijazah pertama dalam bidang professional di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Mewujudkan dan membina kesedaran pelajar ke arah penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik.
Membentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang unggul.
Menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Slogan
Kecemerlangan anda kejayaan kami


Ikrar pelajar matrikulasi
Bahawasanya saya mengaku sebagai pelajar matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, akan patuh kepada syarat dan peraturan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kesejahteraan ummah.

Bahawasanya saya akan memelihara dan mempertingkatkan nama baik kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta akan memberi segala tumpuan kepada pelajaran saya.


Tafsiran logo kolej

Bentuk am
Gabungan dua asas reka bentuk iaitu biformik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani.

Lukisan secara blok heksagon KMM menunjukkan kekukuhan dan kestabilan Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan moto kolej iaitu "Karisma, Maju, Mulia".

Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu yang global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia.

Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kejayaan.

Tulisan KMM yang mengarah ke hadapan dan ke atas menunjukkan keazaman kolej mencapai matlamat. Manakala huruf berbentuk geometri, melambangkan sains dan teknologi yang berterusan.

Warna

BIRU - Kesepaduan ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
HIJAU - Melambangkan universal, kesejahteraan dan keislaman.
KUNING - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi kolej.
PUTIH - Melambangkan kemuliaan dan kemurnian.

Lagu

Kolej Matrikulasi Melaka
Berdiri megah di bumi bertuah
Menjunjung slogan karisma maju mulia
Berganding bahu mencipta sejarah

Visi KMM institusi terbilang
Melahir pelajar akademik cemerlang
Berbudi tinggi berakhlak mulia
Berpegang teguh pada yang Esa

Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu masyhur di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia

Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu harum di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia

No comments: