Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
ALLAH SWT menghilangkan kesukaran yang dihadapi Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan Jibril AS dan memerintah dengan berkata: "Bacalah!" Lalu Baginda menjawab: "Aku tidak boleh membaca!"
Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud: Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah.
Al-Maraghi berkata: "Laksanakan membaca yang Aku perintahkan itu! Perintah membaca ini diulang-ulang, kerana membaca hanya dapat dicapai oleh seseorang dengan mengulangkaji. Ulangan perintah ini menunjukkan perlunya apa yang dibaca itu diulangi berkali-kali."
Oleh itu, membaca menunjukkan bakat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Kami sentiasa menjadikan Engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.
Tuhanmu Maha Pemurah terhadap setiap orang yang mengharapkan pemberian-Nya. Oleh sebab itu, mudah bagi Allah SWT mengurniakan kebolehan membaca al-Quran kepadamu.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan lagi keterangan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Tuhan Yang Maha Pemurah itu juga menjadikan qalam sebagai alat yang dapat memberi kefahaman sesama manusia meskipun berjauhan, sebagaimana memahamkan mereka dengan perantaraan lisan.
Qalam adalah benda yang tidak berjiwa dan tidak mempunyai kekuatan untuk memberikan pengertian.
Oleh sebab itu, apakah ada kesulitan bagi Tuhan yang membuat benda mati lagi diam menjadi alat untuk memberi pengertian, penjelasan dan menjadikan kamu orang yang boleh membaca serta mengajar kerana kamu telah menjadi manusia yang sempurna?
Tuhan menyifatkan sendiri penciptaan manusia yang terbentuk daripada segumpal darah serta mengajarnya dengan perantaraan qalam. Semua ini bertujuan menerangkan keadaan yang sebenar.
Allah SWT mencipta manusia daripada bahan yang hina dan seterusnya membentuk manusia yang sempurna.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Renunglah wahai manusia bagaimana peringkat perpindahan kamu dari sehina-hina kejadian kepada martabat yang paling tinggi.
Ini membuktikan kewujudan pentadbir yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Sayid Qutub berkata: "Di samping menjelaskan hakikat penciptaan manusia, ayat itu juga menjelaskan hakikat mengajar, iaitu bagaimana Allah SWT mengajar manusia dengan pena, kerana pena selama-lamanya merupakan alat mengajar yang paling luas dan paling mendalam kesannya dalam kehidupan seharian manusia."
Pada ketika itu, hakikat peranan pena belum lagi jelas seperti yang kita ketahui dalam kehidupan manusia sekarang. Tetapi Allah SWT amat mengetahui nilai pena.
Sebab itulah Dia menyebutkannya pada detik pertama kemunculan agama yang terakhir bagi umat manusia dan pada surah yang pertama dari surah-surah yang terkandung di dalam al-Quran.
Namun begitu, Rasulullah SAW sendiri bukanlah seorang yang pandai menulis dengan pena.
Oleh yang demikian, andainya al-Quran itu bukanlah wahyu daripada Allah, malah perkataan yang dikarang oleh baginda, sudah tentu baginda tidak akan menonjolkan hakikat peranan pena itu pada detik pertama dakwahnya.
Hakikat ini sudah tentu tidak tertonjol seandainya al-Quran itu bukannya wahyu dan utusan daripada Allah SWT.
Seterusnya, Allah SWT menjelaskan perkara ini dengan huraian yang lebih lanjut tentang pelbagai nikmat yang dikurniakan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Wahai anakku,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam.Ramai manusia yang karam di dalamnya.Jika kau mahu selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya iman, dan layarnya; tawakal kepada Allah.
Like Blog Ini...
Friday, March 11, 2011
Mencintai diri sendiri
Oleh ZUARIDA MOHYIN
DAN hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.
Potongan ayat Allah SWT daripada surah Ali Imran ayat 104 ini menjadi titik tolak kepada Arif Muazzim Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Amar menghasilkan buku motivasi berjudul Transformasi Cinta Pertama Remaja.
Ditambah pula dengan kes-kes remaja sekolah menengah yang sudah pandai mencari keseronokan dengan meminum air ketum dan gadis-gadis Melayu yang semakin liar berpacaran sehingga melahirkan anak zina.
Tidak kurang juga para belia yang sangat dahagakan hiburan sehingga lupa diri dengan mengunjungi kelab-kelab hiburan. Lebih menyedihkan, sampai kepada pengambilan pil-pil khayal yang lambat laun merosakkan otak.
Insiden ini lebih menguatkan semangat dan menjadi pemangkin kepada artis nasyid solo tanah air ini untuk terus melahirkan buku-buku terutamanya yang berbentuk motivasi diri.
Antaranya; Anda Mampu Melakukannya, Dunia Kartun Motivasi Amat dan beberapa buku dunia silap mata.
Malah atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang semasa Islam untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang dimilikinya, sekali gus menyumbang kepada dakwah Islamiah di negara ini.
Daripada kacamata penulis sebagai seorang insan biasa yang suka memerhati dan berfikir, mutakhir terlalu ramai yang tidak menaruh rasa cinta dan sayang kepada diri sendiri. Ini kerana apabila di sebut cinta, fikiran dan perasaan kita lebih terarah kepada cinta dengan insan lain.
Lantas, para remaja khususnya perlu ditekankan dan dijelaskan mengenai kepentingan mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Perlu diterangkan bahawa mencintai diri sendiri bukannya bermaksud ia suatu tindakan yang mementingkan diri sendiri.
Ini kerana, kecintaan terhadap diri sendiri mampu memberikan kekuatan untuk membentengi diri daripada segala kemungkaran dan kejahatan.
Konsep mencintai diri sendiri sebagai cinta pertama adalah suatu pendekatan yang praktikal dan tepat untuk dilaksanakan, apatah lagi Amar menerusi buku ini memberi jaminan konsep ini mampu mengubah jati diri pembaca ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Malahan mencintai diri sendiri terlebih dahulu bukan sahaja dirasai faedahnya oleh diri sendiri tetapi masyarakat dan makhluk di sekeliling kita.
Contohnya, seorang Muslim yang memberi makan jirannya yang kelaparan kerana miskin. Dia bukan sahaja mencintai dirinya tetapi juga jirannya kerana jika dia tidak menunaikan hak jirannya, maka dia akan disoal oleh Allah SWT di hari akhirat. Dia akan dimurkai Allah SWT.
Buku ini adalah kesinambungan buku pertama Amar berjudul Anda Mampu Melakukannya. Kalau menerusi buku ini, pembaca mampu menguasai minda dengan mengatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan bukan milikan orang tertentu sahaja tetapi adalah milik semua orang yang mempunyai keinginan dan istiqamah untuk mencapainya. Apa lagi, semua manusia itu dilahirkan untuk berjaya dan cemerlang.
Namun dalam buku terbaru Amar ini, ia memfokuskan kecintaan kepada diri sendiri. Dua ciri penting orang yang mencintai diri sendiri sebagai cinta pertama adalah melakukan kebaikan, menjauhi kemaksiatan dan melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan.
Buku ini juga dihasilkan daripada pemerhatian, pembacaan buku-buku ilmiah, pengalaman memberi motivasi kepada pelajar-pelajar, melalui input-input yang diperoleh menerusi ceramah serta kesimpulan daripada segala sumber di atas.
Terdapat 12 bab dengan tajuk-tajuk yang menarik antaranya; Fantasi Cinta, Berpakaian atau Tidak?, Cintakan Dunia, Kayu-kayan dan Haiwan, Penyakit-penyakit Cinta Dunia, Ubat Hati, Cinta Pertama Penyelamat Diri, Adakah Kita Hamba Yang Bersyukur, Rebut 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara, Golongan yang Dilindungi Allah, Jadilah Bintang Yang Bersinar, '5F' Penghalang Cinta Pertama dan Jauhi Dosa, Tambahkan Pahala.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan terutamanya golongan remaja.
Usaha ini diharapkan akan menjadikan kita sama-sama menggapai kecemerlangan yang seimbang di dunia dan di akhirat.

Wednesday, March 9, 2011
Diari Budak Makmal...
Aku ingin pindah...
Sudah hampir sebulan setengah aku tinggal di rumah sewa yang baru berdekatan Bandar Baru Sentul, KL. Kini aku memang nekad untuk berpindah sekali lagi. Masalah yang aku hadapi sekarang bukanlah disebabkan bayaran sewa rumah yang mahal ataupun jarak rumah tersebut ke tempat kerja yang jauh.
Sebenarnya aku sudah tidak tahan lagi dengan kerenah teman serumah yang asyik membawa teman wanitanya balik, terutamanya pada waktu malam... Walaupun tiada apa-apa yang berlaku, tetapi boleh sahaja pihak berkuasa menyerbu pada bila-bila masa.
Sudah tentunya aku yang turut menyewa bilik di tingkat atas akan dituduh sama terlibat bersekedudukan dengan perempuan yang endah siapa ibu bapanya...
Rabu, 9 Mac 2011...
Aku pulang ke rumah sewaku tepat pukul sebelas malam. Seperti biasa, jalan raya menuju ke rumahku masih sesak dengan kenderaan. Barangkali Kuala Lumpur memang sesuai digelar bandar yang tidak pernah tidur. Laluan masuk ke taman perumahan tempat tinggalku memang agak menyedihkan.
Bayangkan, aku terpaksa mengelak lubang-lubang di tengah laluan dengan berhati-hati. Kepalaku asyik terangguk-angguk semasa melalui sepanjang laluan tersebut. Apa boleh buat, setiap hari banyak lori dan kenderaan berat turut melalui jalan tersebut.
Sebenarnya aku risaukan motor yang baru aku beli kira-kira sebulan yang lepas. Mungkin absorbernya boleh patah jika aku masih tinggal di kawasan perumahan ini lebih lama lagi. Aku fikir lebih baik aku pindah sahaja...
Aku akan berpindah ke rumah baruku, sebuah kawasan perumahan yang terletak di Keramat. Walaupun lokasi rumah tersebut agak jauh daripada tempat kerjaku di Institut Jantung Negara, tetapi aku bersyukur kerana tuhan telah memberikan aku tempat tinggal yang lebih selesa.
Nampaknya perbelanjaan bagi mengisi minyak motor yang aku gunakan untuk ke tempat kerja pasti akan meningkat.
Sebagai seorang pelatih di Hospital KL, pastinya wang memainkan peranan besar dalam hidupku. Tuhan itu Maha Pemurah... Sehari selepas semester tiga berakhir, aku ditawarkan pekerjaan sebagai juruwang di sebuah kedai buku yang terletak di dalam Institut Jantung Negara.
Aku sebenarnya malu untuk mengharapkan ehsan daripada keluargaku bagi menampung segala keperluan pembelajaranku di sini. Tidak mengapa, aku kira anak muda sepertiku perlu belajar untuk hidup berdikari.
Kini aku bekerja secara sambilan di IJN untuk menampung segala keperluan pembelajaranku. Hidupku kini memang menarik. Pengalaman belajar sambil bekerja memberi satu perasaan yang amat menyeronokkan.
Susah tentu memenatkan, tetapi ia memberi aku semangat untuk terus mencari rezeki sendiri bagi menyara hidup... Aku percaya, wang yang diperolehi daripada hasil titik peluh sendiri lebih berkat untuk dinikmati.
Sebenarnya rumah sewa baru yang akan aku duduki itu adalah sebuah apartment berdekatan kompleks membeli-belah, dilengkapi lif yang akan aku gunakan setiap hari untuk naik ke tingkat sembilan.
Aku agak terkedu apabila mengetahui bahawa rumah baruku ini terletak di tingkat sembilan sebuah apartment. Sebelum ini aku belum pernah lagi tinggal di atas awan setinggi ini. Alahai, tingginya...
Sebagai tambahan, aku sebenarnya akan tinggal bersama-sama empat orang staf Makmal Patologi Hospital KL. Kesemuanya merupakan bekas senior aku semasa aku tinggal di asrama pelatih kolej Kementerian Kesihatan tidak lama dahulu. Harap-harap aku tidak akan menghadapi masalah lagi seperti di rumah sewa dahulu...
Berpindah memang suatu yang memenatkan. Bayangkan, aku terpaksa mengangkut segala barang dan pakaian ke rumah baru dengan motor sahaja. Terpaksa berulang-alik sebanyak dua kali sebelum semuanya selesai...

Remaja dan ketaksuban
Oleh NURUL IZZAH SIDEK
TAKSUB ialah suatu sikap percaya kepada sesuatu atau seseorang secara melulu dan membawa kesan tidak baik kepada perkembangan diri dan agama. Ia berbeza dengan sifat taat (taah) yang membawa pedoman prinsip dan sifat terbuka terhadap sesuatu dan seseorang.
Bersikap taksub bermakna sesuatu yang dipegang dan dianut adalah benar dan selamanya benar walaupun terdapat kelemahan pada sesuatu dan seseorang itu, manakala sifat taat merujuk kepada kebenaran dari al-Quran dan al-sunnah.
Sifat taat juga merujuk kepada sesuatu yang betul dan benar di samping adil atau terhadap seseorang yang juga mendukung kebenaran dan keadilan.
Jika ada pertikaian terhadap kebenaran dan keadilan yang cuba dibawa seseorang harus bersikap terbuka dan kembali kepada sumber iaitu al-Quran dan sunnah.
Sikap taksub boleh membawa kepada kejumudan berfikir dan kebekuan minda. Sekiranya hal ini berlaku, masyarakat Islam tidak akan maju ke hadapan dan gagal menghasilkan model-model Islam yang relevan dengan zaman.
Para remaja Islam walaupun memiliki idealisme yang tinggi harus mampu mengimbangi antara pemahaman terhadap realiti.
Tidak salah bagi remaja memiliki idealisme yang tinggi. Tetapi adalah salah idealisme dilontarkan tanpa perancangan strategik bagaimana idealisme itu dapat dilaksanakan.
Remaja juga mempunyai mentaliti menentang. Namun, penentangan harus dilakukan dengan bijaksana dan berasas. Tanpa memahami realiti penentangan hanya bersifat khutbah dan syarah atau retorik.
Penentangan bagi remaja yang proaktif harus disediakan dengan gagasan yang cukup baik yang menghasilkan model alternatif untuk dilaksanakan di tengah-tengah gelanggang.
Jika tidak, idealisme dan jiwa penentangan hanya ibarat kiambang yang bunganya cantik di permukaan air tetapi akarnya tidak berjejak bumi. Datang gelombang dan arus, ia mudah hanyut ke tepi.
Ini tidak pula bermakna para remaja tidak harus memiliki sifat taat, idealisme yang tinggi atau daya kritis yang tinggi. Bagi remaja, kualiti sedemikian adalah perlu tetapi jangan sampai sifat taat menjadi taksub melulu sehingga para remaja tidak bersedia mendengar pandangan kedua (second opinion) yang boleh memperkemaskan lagi pandangan pandangan pertama atau sifat taat yang melulu.
Sekali gus menyebabkan faham taksub menebal dan tertutup dengan maklumat dan pandangan orang lain walaupun ia benar dan baik. Akhirnya berlaku penentangan yang tidak berasas dan menyebabkan konflik yang sia-sia terjadi.
Sifat terbuka adalah sesuatu yang amat penting bagi remaja.
Ia bukan bermakna para remaja tidak harus mempunyai prinsip atau pegangan terhadap sesuatu.
Sifat terbuka memberikan pedoman bahawa prinsip yang dipegang dan kesediaan mendengar dan mengambil hujah-hujah yang baik dari sumber lain menjadikan pegangan remaja bertambah kuat dan teguh.
Para remaja harus menginsafi bahawa pada sesuatu dan pada seseorang manusia Allah tidak kurniakan segala-gala dan sempurna.
Sudah tentu para remaja memerlukan pandangan kedua atau ketiga dari pihak lain supaya gagasan pemikiran yang ada pada remaja menjadi matang dan semasa.
Pada zaman ini revolusi ilmu pengetahuan berkembang pesat. Revolusi teknologi dan digital menjadi semakain hebat. Ilmu-ilmu berbanding dari Barat dan Timur berkembang subur.
Sekiranya para remaja hanya memberi satu sudut pandangan dari apa yang diketahuinya sahaja tanpa memanfaatkan sumber-sumber berbanding yang terizin oleh agama, maka pemikiran remaja akan menjadi taksub.
Ketaksuban sama maknanya dengan kebekuan pemikiran. Sifat zaman dinamik berubah. Sekiranya mentaliti remaja Islam tidak berubah, mereka bakal dipinggirkan oleh zaman.

Azhar kini berhijrah
Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID
DALAM keredupan pepohon sawit yang rimbun, di situ dia membina kehidupannya. Menternak ayam hasil pemberian modal oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Azhar, 41, (bukan nama sebenar) mengusahakan projek ternakan itu dengan penuh semangat.
Jejak Asnaf pada kali ini berusaha mencungkil ketegaran semangat beliau, untuk dikongsi bersama para pembaca.
"Saya mengizinkan cerita saya ini ditulis adalah demi faedah semua orang. Khususnya bagi asnaf zakat seperti saya.
"Biar mereka sedar, bahawa asnaf zakat sebenarnya mampu berubah. Kita diberikan Tuhan anugerah yang sama seperti orang lain. Apa yang perlu ada, sikap rajin. Yakinlah, insya-Allah kita akan berjaya," Azhar memulakan ceritanya.
Mengenang kembali sejarah hidupnya, Azhar memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang sedari awalnya susah dan miskin.
Bahkan, suatu masa dahulu dia pernah berkerja di tempat mewah dan mempunyai pendapatan yang lumayan.
"Saya malu nak cakap. Sebenarnya saya ini dahulu orang berduit. Semasa bujang, saya pernah berkhidmat dalam kerajaan sebelum berhenti dan bekerja sebagai pengawal peribadi di sebuah kedutaan.
"Majikan saya orang Eropah. Gaya hidup mereka mempengaruhi saya. Ketika itu, saya merasakan saya sudah lebih Barat daripada orang Barat sendiri.
"'Air kencing syaitan saya teguk. Berjudi perkara biasa. Solat jangan sebutlah.
"Saya bersosial seperti mana orang Barat bersosial. Wang mewah. Di situ, hidup saya memang hanyut dalam arus duniawi, tanpa tujuan dan tanpa arah," wajah Azhar mendung kala menghimbau kenangan lampau.
"Ibu bapa saya risau keadaan tersebut. Saya diminta pulang ke kampung. Mungkin berkat doa ibu ayah, saya pulang dan akhirnya bertemu jodoh. Sejak itu, saya mencari rezeki sebagai pekerja kilang. Gaji kecil, tapi hati saya tenang," kata beliau.
Hasil perkongsian Azhar bersama isterinya, Zaitun, 40, ( bukan nama sebenar), mereka dikurniakan tujuh anak, lima lelaki dan dua perempuan.
"Saya memang diuji Allah. Setelah melahirkan anak pertama, isteri saya diserang sakit mental. Jiwanya kacau. Namun, dia masih mampu melahirkan zuriat saya seorang demi seorang.
"Bukan itu sahaja, saya juga membela ibu mertua. Malangnya, ibu mertua saya juga sakit jiwa," kata Azhar berkongsi cerita.
Dek kerana perlu menjaga isterinya, Azhar sering mengambil cuti. Tanpa sedar, ia mengundang rasa tidak senang di pihak majikan. Azhar akhirnya diberhentikan kerja, atas alasan masalah disiplin yang teruk.
Tanpa kerja tetap, ertinya menambah beban di bahu Azhar. Lalu demi memenuhi keperluan keluarga yang kian membesar, Azhar sanggup melakukan apa sahaja kerja kampung demi sesuap rezeki yang halal.
Nama untuk kembali ke bandar, dia sudah serik. Khuatir imannya tidak kuat menahan ajakan duniawi.
"Terus-terang saya akui, saya memang tidak tahu kerja kampung. Sama ada menebas, menangkap ikan atau menternak, saya memang jahil.
"Namun, dek kerana hidayah Allah sudah menyapa, dengan nekad saya meninggalkan dunia lama. Saya sanggup memulakan hidup dari bawah, biar payah saya tetap redah.
"Saya merantau ke sebuah kampung di Perak. Abang saya di sana mengajar saya untuk hidup sebagai pelaut. Bagaimana caranya menangkap ikan, membaca riak laut dan sebagainya. Saya juga belajar mengopek kelapa. Memang perit kala itu; namun saya tega demi keluarga.
"Sehinggalah pada penghujung 1997, saya kembali ke Selangor. Di Selangor, saya memanfaatkan segala kemahiran kampung yang ada.
"Saya mengambil upah mengopek kelapa. Malang nasib saya, penat bekerja upah pula tidak dibayar. Saya ditipu, suatu perkara yang tidak pernah berlaku.
"Tanpa malu, saya mencari besi-besi buruk untuk dijual. Saya juga ada sedikit kemahiran mekanik. Maka saya mengambil upah membaiki motor dan peralatan elektrik.
"Tapi cara orang kampunglah, ada sesetengah itu bayarannya kecil dan ada juga yang sengaja mencari alasan enggan menjelaskan hutang," jelasnya.
Azhar dan keluarganya terus bergelumang dengan kemiskinan, sehinggalah tahun 2003. Kala itu, wakil dari LZS datang menziarahi dia sekeluarga. Kemiskinannya memang menyayat hati.
Mereka menumpang di sebuah teratak usang yang serba daif di Sungai Besar. Dengan keadaan isterinya yang tidak normal, keluarga Azhar memang tidak terurus.
"Sebenarnya, dari awal saya nyatakan. Jika LZS mahu membantu saya, berikan saya umpan. Saya tidak mahu menjadi peminta.
"Saya ada kudrat, saya boleh berusaha. Takkanlah selama-lamanya saya mahu menerima sedekah orang," katanya.
Kini, Azhar sudah mampu tersenyum lebar. LZS memberi pelbagai input dalam hidupnya. Sebuah rumah tiga bilik yang kukuh bernilai RM30,000 sudah dibina, dilengkapi bantuan pendidikan anak-anak, bantuan saraan keluarga dan juga modal menternak ayam sebanyak RM20,000 sudah dihulurkan.
"Saya hanya mahu kisah ini menjadi pembakar semangat semua penerima zakat. Ingat, jangan selesa menjadi penerima.
"Sebaliknya berusahalah untuk menjadi pemberi pula. Jika tidak, sia-sialah segala pemberian Allah kepada kita," tegasnya sambil menabur makanan kepada ayam-ayamnya yang kini sudah pun memberikan pulangan yang besar kepadanya.

Buku Muhammad ubah hidup Davis
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
PERTEMUAN dua sahabat, iaitu Mustafa Davis dengan Usama Canon hampir 15 tahun dahulu bukan sekadar satu kebetulan. Ia lebih kepada suratan ilahi yang akhirnya membawa kedua-dua memeluk Islam melalui satu catatan perjalanan yang agak menarik.
Bermula dengan Davis yang menegur Canon ketika mereka mengikuti kelas Bahasa Sepanyol dan duduk pula bersebelahan menyebabkan mereka akhirnya menjadi kawan akrab.
Lebih-lebih lagi kedua-duanya berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik dan budaya.
Mereka sering bermain piano di kampus berjam-jam lamanya yang diselang-seli dengan perbincangan terutamanya dalam soal-soal kepercayaan dan spiritual.
Sehinggalah pada suatu hari Davis perlu meminta pendapat Canon mengenai hasratnya untuk kembali ke jalan kehidupan yang benar. Kala itu, Davis tinggal seorang diri di San Jose. Pada sebelah malam dia bekerja sementara, siang ke kuliah.
"Saya merasakan kehidupan masa lalu sering menjadi beban dan selalu menghantui hidup.
"Saya beritahu Canon saya sedang mempertimbangkan untuk kembali pada Katholik, untuk memperbaiki hidup," katanya.
Namun Canon bertanya sama ada sahabatnya itu pernah mendengar dan terfikir mengenai Islam?
"Saya jawab tidak pernah, kerana saya merasa Islam hanyalah agama untuk orang Arab atau agama kelompok pemisah kulit hitam," katanya.
Mendengar jawapan itu, Canon, seorang penganut Kristian bertanyakan pula sama ada dia pernah mendengar mengenai Nabi Muhammad SAW.
Davis menjawab dia hanya kenal atau mendengar nama Elijah Muhammad sahaja. Manakala Nabi Muhammad SAW yang beliau tahu berasal dari bangsa Arab dan agamanya yang dibawanya adalah untuk orang Arab sahaja.
Sehinggalah pada suatu malam, Davis singgah ke sebuah kedai buku untuk membeli kitab Injil - sebagai permulaan untuk kembali kepada ajaran Kristian.
Namun, matanya terus tertarik kepada sebuah buku berkulit hijau dengan Muhammad tertulis besar dalam warna tinta keemasan.
Lantas beliau terus mengambil buku yang tajuk lengkapnya ialah Muhammad - His Life Based On The Earliest Sources karya Dr. Martin Lings (seorang pakar Matematik yang memeluk Islam).
"Yang menarik perhatian saya adalah frasa earliest sources dalam judul itu. Walaupun ingin kembali kepada ajaran Katholik tetapi saya sedar ada pelbagai perdebatan secara teologi mengenai kesalahan-kesalahan yang ada dalam Injil.
"Lalu saya cuba membaca buku Dr. Martin Lings itu bagi mendapatkan sesuatu yang baru," katanya.
Namun kerana menemui banyak perkataan Arab terutamanya kalimah al-Quran yang banyak diulang dalam buku itu menyebabkan Davis mengembalikan buku itu ke raknya.
"Saya cuba membaca tetapi kerana kesukaran memahami perkataan dalam bahasa Arab maka saya rasa benarlah tanggapan saya sebelum ini bahawa Islam adalah agama untuk orang Arab sahaja," katanya.
Namun buku Dr. Ling itu bagaikan sebuah bayang yang memburu. Langkah kaki Davis dirasakan sangat berat sehinggalah dia kembali semula ke rak buku mengenai Islam. Matanya tertancap kepada sebuah buku yang tertulis tajuknya The Quran.
Ia terus mengingatkan Davis mengenai perkataan al-Quran yang kerap beliau temui dalam buku Dr. Ling sebentar tadi.
Lalu buku yang sebenarnya senaskhah terjemahan al-Quran itu dibuka dan diselak dengan penuh minat.
Kebetulan yang diselak itu adalah surah Maryam. Davis terus tertarik untuk membaca isi kandungan surah itu yang menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s.
"Sebaik sahaja saya membaca ayat-ayat dari surah tersebut, terus dirasakan tubuh saya panas dan dingin, silih berganti.
"Malah saya tahu saya bagaikan menggigil kerana tidak menyangka Islam juga meyakini keajaiban dalam kelahiran Jesus yang diyakini dalam agama Kristian.
"Namun Islam tidak meyakini Jesus sebagai anak dari Tuhan seperti keyakinan umat Kristian," katanya.
Tidak diketahui apa sebabnya, Davis kemudiannya teresak-esak di kedai buku itu saat membaca terjemahan al-Quran.
"Akhirnya saya membeli naskhah terjemahan itu supaya dapat membaca dengan lebih banyak apa yang diyakini oleh kaum Muslimin.
"Dalam situasi perasaan yang sedang emosi itu, saya benar-benar sudah lupa untuk membeli Alkitab (Injil) dan meninggalkan toko buku itu," ujarnya.

Golongan remaja dan Imam Muda
"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.
Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.
Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)
Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.
Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya sikap.
Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.
Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik dan hebat?
Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?
Turut terkeliru
Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.
Apakah remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?
Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?
Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.
Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai apa-apa program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.
Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.
Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.
Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.
Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.
Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.
Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.
Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral.
Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.
Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai ahli masyarakat.

Panduan untuk IE
Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?
Dalam program Internet Explorer (IE) terdapat empat bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet atau setempat. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.
Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE.
Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.
Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-
* Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.
* Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.
* Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.
* Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.
* Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya tidak mahir.
Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.
* Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet.
Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.
* Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

Kepentingan ujian saringan kesihatan
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.
Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.
Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .
Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.
"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.
"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.
"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.
Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di negara ini.
Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.
Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.
"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan hospital, klinik serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.
"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.
"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.

Tuesday, March 8, 2011
Apabila maut datang menjemput
Susunan ZULKIFLE BAKAR
DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda.
Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.
Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".
Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk".
"Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu.
Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.
Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"
Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".
Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34)
Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan, Dan apabila (sampai ajal seseorang) datanglah 'sakaratul maut' dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. (Qaf: 19)
Kita berjumpa doktor apabila sakit menimpa, kita makan apabila datang rasa lapar dan minum apabila haus, tetapi apabila kematian datang menjemput tiada tempat yang boleh kita lari atau meminta pertolongan.
Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh...(an-Nisaa': 78)
Sebab itu, mari kita hayati dan renungkan pesan Rasulullah SAW agar kita tidak mensia-siakan peluang hidup yang diberi oleh Allah kepada kita semasa di dunia ini.
Janganlah kita dilalaikan oleh urusan dunia sehingga lupa membuat persiapan bekalan untuk mengadap Allah SWT.
Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Justeru, janganlah kita bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Beribadatlah, dan perbanyakkanlah ibadat sunat di samping ibadat fardu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan.
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.
Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.
Atau kita boleh sahaja berzikir sambil memandu ke tempat kerja terutama sewaktu kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar utama khasnya Kuala Lumpur.
Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.
Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

Zaid Ibn Thabit tokoh penulis al-Quran
Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengimla' al-Quran.
Selesai sahaja ditulis, Rasulullah SAW meminta supaya dibaca kepadanya. Jika terdapat kesilapan seperti tertinggal huruf atau kalimah, baginda akan membetulkannya.
Kemudian barulah ayat tersebut dibawa keluar untuk dibaca kepada sahabat yang lain.
Zaid telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan tulisan al-Quran.
Perbuatan beliau menulis wahyu di hadapan Rasulullah SAW dianggap sebagai hujah yang kuat bahawa penulisan al-Quran adalah Tauqifi.
Perbuatan menulis di hadapan Nabi SAW dan pengesahan daripada baginda adalah satu pengakuan atau disebut taqrir, di mana ia adalah sama dengan sunnah perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW.
Semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, antara sumbangannya adalah mengumpul al-Quran di satu tempat. Tenaga utama yang menjayakan usaha itu ialah Zaid dan Umar Ibn al-Khattab.
Kedua-duanya telah kepercayaan sepenuhnya untuk mengumpul dan menulis seluruh al-Quran. Namun bagi Zaid, dia menganggap bahawa rancangan menulis semula al-Quran adalah satu tugasan yang amat berat
Antara pujian dan kepercayaan yang diberikan oleh khalifah Abu Bakar kepada Zaid ialah beliau seorang pemuda yang tidak melakukan penipuan.
"Kamu adalah seorang yang adil, beramanah dan berilmu. Amanah yang diterimanya dari khalifah yang pertama untuk satu tugas yang amat berat itu telah dijalankan dengan jayanya," kata Abu Bakar.
Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara tentera Islam tentang bacaan al-Quran.
Jika tidak dibendung ia mungkin membawa mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.
Bagi menyelamatkan keadaan, Uthman telah mengambil satu tindakan iaitu menulis beberapa mushaf dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu.
Tenaga yang diberi tanggungjawab yang mencabar itu sudah tentu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam ilmu penulisan al-Quran.
Orangnya ialah tidak lain dan tidak bukan ketua yang mengetuai pasukan penulisan al-Quran itu ialah Zaid.
Namun, tugasnya bukan hanya berhenti setakat itu, Uthman juga telah melantiknya sebagai pengajar al-Quran di Kota Madinah.
Kesimpulannya, khidmat Zaid dalam menulis al-Quran amat besar, bermula pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan ada yang menyatakan bahawa beliau hadir dalam perbentangan al-Quran terakhir Rasulullah di hadapan Jibril a.s pada Ramadan sebelum baginda wafat.
Beliau juga diberi tanggungjawab mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar dan sekali lagi diberi amanah menyalin semula al-Quran pada zaman Uthman yang merupakan titik tolak penyebaran al-Quran secara meluas ke kota-kota Islam.

Malaikat bantu tentera Islam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
SETELAH pasukan tentera Islam mencapai kemenangan di Badar mengalahkan tentera Quraisy, Rasulullah SAW segera menyampaikan berita gembira itu kepada para pengikut baginda yang lain di Madinah.
Dua orang sahabat, iaitu Abdullah bin Abi Rawahah dan Zaid bin Harithah diutuskan bagi menyampaikan berita itu sementara baginda masih di Badar dalam persiapan untuk pulang ke Madinah.
Sebelum itu, di Madinah telah tersebar berita palsu atau fitnah apabila golongan Yahudi dan munafik.
Mereka memberitahu, Rasulullah terbunuh di medan Badar dan tentera Islam mengalami kekalahan teruk.
Buktinya apabila Zaid bin Harithah pulang ke Madinah menyampaikan berita itu dengan menunggang unta milik Rasullullah yang bernama Al Qaswa.
Apabila daripada jauh mereka melihat Zaid menunggang unta itu dan ditunjukkan kepada para penduduk Madinah yang lain, maka mereka pun berkata: "Memang benarlah Muhammad telah mati dibunuh. Bukankah unta yang dinaiki oleh Zaid itu kita sangat kenal? Zaid pun tidak tahu untuk berkata-kata apa kerana takut dan pulang bagai orang yang tewas."
Namun apabila kedua-dua utusan itu sampai di tengah-tengah orang ramai yang mula berkerumun untuk mengetahui berita yang dibawa, mereka begitu terkejut.
Lebih-lebih lagi apabila Abdullah dan Zaid melaung-laungkan: "Sudah terbunuh Abu Jahal yang fasiq itu! Telah terbunuh juga Utbah, Umayyah, Syaibah dan Abu Al Buhturi!"
Penduduk Madinah menjadi terpinga-pinga. Ini kerana ada juga yang mengetahui bahawa Nabi SAW dan para sahabat keluar dari Kota Madinah untuk menyekat rombongan dagang Abu Suffian.
Jadi apa kena mengena nama-nama yang disebutkan tadi dengan kafilah Abu Suffian itu?
Bagaimanapun, apabila Abdullah dan Zaid memberitahu perkara yang sebenar dan kemenangan yang mereka capai, barulah penduduk Islam Madinah bersorak sorai kegembiraan.
Mereka bertakbir dan berselawat meraikan kemenangan yang tidak disangka-sangka itu.
Namun bagi golongan Yahudi dan munafik di Madinah tetap tidak percaya dengan berita gembira yang dibawa oleh Abdullah dan Zaid itu. Bagaimana Muhammad yang pergi menyekat kafilah yang sangat besar itu datang membawa cerita bahawa semua panglima Mekah tewas di tangan Nabi Muhammad. Sekali gus juga 70 orang pahlawan Mekah tewas.
Walaupun golongan ini cuba menyebarkan fitnah mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebenarnya telah mati dibunuh berikutan unta yang ditunggang oleh Zaid itu, mereka tidak dapat menyekat para pembesar yang beramai-ramai keluar dari Madinah kerana tidak sabar untuk menemui Nabi SAW.
Ketika tiba di Al Rawha, mereka pun bertemu dengan rombongan baginda di situ. Di situ baginda menerima ucapan tahniah dan begitu gembira berkongsi kejayaan dengan pasukan tentera Islam yang lain.
Salah seorang daripada mereka, iaitu Salamah bin Abi Sa'lamah pun berkata: "Apa sebabnya kami mengucapkan tahniah kepada kamu? Demi Allah kemenangan ini tidak lain kecuali kerana dibantu oleh orang-orang tua yang botak kepalanya tetapi gagah perkasa mengalahkan seekor unta yang garang!"
Sambil tersenyum baginda pun berkata: "Wahai anak saudaraku, mereka itu sebenarnya para malaikat yang turun membantu!"
Sementara Usaid bin Hudayr pula berkata: "Wahai Rasulullah, syukur kepada Allah yang memberi kemenangan kepadamu dan mententeramkan kamu. Demi Allah, wahai Rasulullah, kalaulah aku tahu bahawa kamu akan bertemu dengan musuh besar dalam suasana perang nescaya pasti aku juga ingin turut menyertai dalam peperangan ini.
"Kerana tidak menyangka bahawa kamu keluar sebenarnya untuk menghadapi sebuah angkatan perang dari pihak Quraisy".
"Kamu benar, semuanya sebagaimana dalam perancangan Allah," jawab baginda.
Tidak lama kemudian, mereka pun semakin menghampiri Kota Madinah dan makin ramai penduduk Madinah yang menyambut baginda dan anggota tentera yang lain. Saat itu bagai pesta bagi seluruh penduduk Madinah menyambut kemenangan tentera Islam.
Namun di saat itu juga seluruh golongan Yahudi hanya mampu melihat daripada jauh kepulangan yang penuh dengan kemenangan itu dengan pelbagai perasaan yang tidak kurang juga gerun di hati.
Kemenangan di Badar bererti umat Islam bukan lagi calang-calang yang boleh dikalahkan. Begitupun, kepulangan Rasulullah dalam keadaan tidak mengalami sebarang kecederaan itu persis pahlawan yang gagah berani telah menarik lebih ramai penduduk Madinah memeluk Islam.

Hukum jual-beli semasa azan Jumaat
APABILA sesuatu itu diharamkan dalam Islam, ia juga akan menyebabkan pengharaman perkara-perkara yang boleh mendorong terjadinya perkara haram itu. Maka, Islam menutup pintu-pintu atau perkara yang boleh membawa kepada haram.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Al-Halal Wal Haram Fil Islam menegaskan perkara ini dengan mengemukakan kaedah yang dipersetujui oleh para ulama Fiqh iaitu: "Perkara yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang haram, maka perkara itu juga adalah haram."
Maka, kaedah ini boleh kita lihat berlaku kepada pengharaman jalan-jalan ke arah perzinaan, riba, judi dan sebagainya. Demikian juga yang berlaku kepada solat Jumaat.
Haram bagi umat Islam melalaikan diri dengan berlengah-lengah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Rentetan dari itu, Allah SWT mengharamkan berjual-beli semasa azan Jumaat.
Pengharaman ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual- beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al-Jumuah: 9)Para ulama secara sepakat merumuskan bahawa haram melakukan urusan jual-beli setelah azan Jumaat dikumandangkan. Walaubagaimanapun, pengharaman ini hanya ke atas kaum lelaki sahaja.
Ini kerana, hukum menunaikan solat Jumaat hanya wajib keatas kaum lelaki. Justeru, sekiranya urusan jual-beli itu berlaku di antara wanita dengan wanita, maka ia tidak termasuk dalam pengharaman tersebut.
Tidak termasuk juga dalam pengharaman ini kaum lelaki yang gugur syarat wajib menunaikan solat Jumaat seperti kanak-kanak yang belum baligh, orang gila, orang yang uzur dan sebagainya.

Monday, March 7, 2011
Kisah Nabi Harun a.s
HARUN adalah abang kandung Nabi Musa. Kisahnya dalam al-Quran selalu disebut bersama dengan kisah adiknya itu. Baginda mendampingi Nabi Musa menemui Firaun untuk meminta agar Firaun melepaskan Bani Israil daripada perhambaan.
Mereka menyampaikan wahyu daripada Allah kepada raja Mesir itu dan mengingatkannya serta meluruskan jalan hidupnya yang melampaui batas (tidak rela melepaskan Bani Israel daripada perhambaan) serta menyimpang daripada ajaran Allah SWT.
Dengan lemah lembut, Musa dan Harun menghadapi keangkuhan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya, Musa dan Harun berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir.
Ketika sampai di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa meninggalkan Bani Israel selama 40 hari untuk menemui Tuhan di puncak Gunung Sinai.
Harun ditugaskan menjaga kaumnya. Baginda sempat mengingatkan mereka agar tidak menyembah berhala lagi.
Ketika Musa masih berada di Gunung Sinai, Harun mendatanginya.
Setelah mendapatkan tugas dan perintah daripada Allah SWT, kedua-duanya segera berangkat ke Mesir. Dengan ketabahan dan keteguhan iman, mereka menemui Firaun di istananya.
Dalam pertemuan itu, Nabi Musa menyampaikan wahyu Allah SWT kepada Firaun dan meminta agar Firaun membebaskan Bani Israel daripada perhambaan.
Harun memiliki kemampuan berbahasa lebih fasih daripada adiknya. Oleh hal demikian itu, Musa memohon kepada Allah SWT agar mengutuskan Harun mendampinginya menemui Firaun. Permohonan itu bermaksud untuk membenarkan kata-kata yang disampaikan Musa, kerana baginda khuatir Firaun tidak mahu menerima kata-katanya.
Harun diangkat oleh Allah SWT menjadi nabi dan rasul untuk membantu tugas kerasulan Nabi Musa a.s.
Ketika hendak mendatangi Firaun, mereka diperintahkan oleh Allah agar mengaku sebagai utusan Allah kepada Firaun. Mereka menghadap Firaun dengan membekalkan bukti-bukti kerasulan mereka daripada Allah.
Bani Israel menyembah patung lembu yang diperbuat daripada emas dan melupakan Tuhan ketika Musa berada di puncak Gunung Sinai untuk bertemu Tuhan. Harun tidak berdaya menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Nabi Musa.
Ketika hendak menerima wahyu Allah SWT di Gunung Sinai, Harun diserahkan untuk memikul amanah oleh Musa untuk memimpin Bani Israel. Selama ditinggalkan oleh Musa, kaumnya membuat kekacauan.
Dalam suasana itu, muncul Samiri yang mengaku layak menjadi pemimpin Bani Israil. Dia membuat patung anak lembu emas sebagai sembahan. Melihat kaumnya yang kufur itu, Harun berusaha mengingatkan akan kesesatan mereka. Baginda berusaha menghentikan kekufuran kaumnya, namun hati mereka benar-benar keras.
Setelah pulang dari Gunung Sinai, Musa marah kepada kaumnya dan menegur abangnya, Harun.
Oleh sebab berasa marah dan sedih, seperti dikisahkan di dalam al-Quran, Musa melemparkan 'loh-loh' (Taurat) yang baru diterimanya daripada Allah dan memegang rambut Harun, sambil menariknya ke arahnya.
Sesudah amarahnya reda, barulah diambilnya kembali 'loh-loh' (taurat) itu, kerana di dalam tulisan Taurat itu terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepadanya.
Nabi Harun a.s wafat terlebih dulu daripada Nabi Musa a.s dan dimakamkan oleh Nabi Musa a.s di Bukit Hur (Jabal Harun) di Semenanjung Sinai.

Bertawassul dengan makam Nabi SAW
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
PADA minggu ini kita melihat pula perbuatan para sahabat yang bertawassul dengan makam Nabi SAW. Perbuatan mereka ini boleh dijadikan sandaran bahawa ia bukanlah suatu kesalahan dan menjernihkan lagi kefahaman kita tentang tawassul ini.
Berkata al-Imam al-Hafiz al-Darimi di dalam kitabnya al-Sunan, bab kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya: Pada suatu masa, penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. Maka mereka mengadu kepada Sayyidah Aisyah RA, lalu Sayyidah Aisyah RA berkata, "Perhatikanlah makam Rasulullah SAW. Maka buatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di antara maqamnya dengan langit."
Aus ibnu Abdullah berkata: "Maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk, (seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun al-Fatq (binatang gemuk dan berlemak) (Sunan al-Darimi Jld 1, H: 43)."
Inilah yang dinamakan bertawassul dengan makam baginda SAW. Bukan kerana ia adalah kubur semata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan kekasih Tuhan semesta alam. Maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan Baginda SAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.
Jika dikaji sanad hadis ini maka kita dapati ia tidak mengapa (untuk digunakan). Bahkan di sisi saya, sanadnya adalah amat baik. Ia telah diterima baik oleh ulama dan mereka telah menjadikan sanad seperti ini sebagai pendukung kepada hadis yang lain, bahkan dengan sanad yang mempunyai kriteria yang lebih rendah daripada itu.
Sebahagian ulama berkata bahawa athar ini mauquf (terhenti atau disandarkan) kepada Aisyah, dan beliau adalah seorang sahabat, sedangkan perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan sebagai hujah.
Jawapannya ialah, sekalipun bertawassul dengan makam Rasulullah SAW hanyalah lahir daripada idea Aisyah, namun beliau adalah seorang yang terkenal dengan keluasan dan kesaratan ilmunya dan beliau melakukan perbuatan tersebut di Madinah, di tengah-tengah ulama yang terdiri daripada sahabat yang hebat.
Kisah ini sudah cukup bagi kami menjadikan dalil bahawa Sayyidah Aisyah, Ummul Mukminin mengetahui bahawa Rasulullah SAW tetap mengasihi dan memberikan pertolongan kepada umatnya selepas kewafatannya. Orang yang menziarahinya dan memohon syafaat dengannya pasti akan diberikan syafaat sebagaimana yang dilakukan oleh Ummul Mukminin.
Perbuatannya ini tidak termasuk di dalam kategori amalan syirik atau salah satu jalan menuju kesyirikan sebagaimana anggapan salah golongan yang mempermudahkan urusan mengkafirkan dan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya Aisyah dan orang yang menyaksikannya bukanlah orang yang buta dan jahil tentang kesyirikan.
Kisah ini membatalkan hujah mereka yang suka mengkafirkan dan menyesatkan golongan yang mengharuskan bertawassul dengan Nabi SAW selepas kewafatannya. Kisah ini telah menegaskan bahawa Nabi SAW tetap mengambil berat dan prihatin tentang keadaan umatnya di dalam maqamnya sekalipun telah wafat. Telah diriwayatkan bahawa Sayyidah 'Aisyah RA pernah berkata:
"Pada suatu ketika, aku masuk ke dalam rumahku yang terdapat makam Rasulullah SAW dan ayahandaku di dalamnya dan aku tidak menutup auratku di situ, dan aku berkata tidak mengapa kerana yang ada hanyalah suami dan ayahandaku.
"Setelah Umar ibn al Khattab dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW dan ayahandaku, maka demi Allah aku tidak pernah masuk ke dalamnya melainkan dalam keadaan menutup aurat kerana malu dengan Umar RA." (riwayat Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Haithami mengatakan dalam Majma' al-Zawaid bahawa rijalnya sahih).
Aisyah tidak melakukan suatu perkara yang batil. Tetapi dia mengetahui bahawa Nabi SAW dan kedua orang temannya mengetahui siapakah insan yang berada di sisi kubur mereka.

Jadikan Maulidur Rasul pemangkin perubahan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
MAJLIS Maulidur Rasul yang disambut saban tahun perlu dijadikan pemangkin kepada perubahan golongan muda terutamanya mereka yang berada di menara gading.
Sambutan bago memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW itu akan menjadi sia-sia sekiranya mahasiswa tidak sedar peranan penting yang dipikul mereka dalam mendepani harapan universiti dan ummah seluruhnya.
Pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Burhan Che Daud berkata, sempena sambutan itu, seorang mahasiswa Muslim sewajarnya mengambil kesempatan menilai kembali prestasi diri sebagai generasi pewaris perjuangan Rasulullah.
Katanya, paling tidak mereka harus menyedari pusaka paling penting yang ditinggalkan Rasulullah kepada umatnya adalah suruhan solat dan ia wajib dipertahankan sepanjang masa.
"Kita harus ingat, solat adalah pusaka besar yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW dan Allah telah menjanjikannya sebagai benteng yang dapat mengawal manusia daripada melakukan kerosakan dan perkara yang ditegah agama.
"Sebagai penuntut, sewajarnya kita merenung semula adakah kita sendiri sudah menjaga solat lima waktu dengan sebaiknya? Adakah kita sudah menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat bukan Islam di universiti bahawa kita golongan yang berdisiplin dan tidak lalai kepada suruhan agama sendiri," katanya semasa menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul di Kampus Sementara UMK di Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Burhan berkata, siswa yang menjaga solat mereka, sentiasa berdoa kepada Allah dan membasahi lidah memuji Nabi Muhammad SAW, pasti akan menjadi insan yang cemerlang dan hidup dilimpahi keberkatan.
"Solat dan doa adalah waktu eksklusif untuk kita berdialog dan bermunajat kepada Allah, untuk kita bisikkan apa sahaja masalah yang melanda diri dan memohon kekuatan daripada Allah," katanya.
Beliau berkata, pengajaran lain yang boleh diambil daripada sambutan Maulidur Rasul adalah menanam cita-cita untuk melahirkan komuniti terbaik yang berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, sama ada di dalam atau luar kampus.
Katanya, sikap mudah selesa dan berpuas hati dengan suasana dan pencapaian sekeliling seharusnya tidak wujud kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk membaiki diri dan masyarakat.
Majlis Maulidur Rasul peringkat universiti itu mendapat sambutan kira-kira 500 warga kampus terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang terlebih dahulu berarak mengelilingi kawasan pusat perniagaan di Pengkalan Chepa sambil membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai.
Program perarakan dan ceramah anjuran Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UniPeN) UMK itu turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Sunday, March 6, 2011
Tip membuat kek cawan
- Adunan yang cukup untuk membuat dua lapisan kek biasa, lazimnya dapat menghasilkan kira-kira 24 kek cawan saiz biasa atau 60 kek cawan mini.
- Alaskan acuan aluminium kek cawan dengan cawan kertas kek cawan yang boleh diperoleh dalam pelbagai warna dan rekaan.
- Tuang 2/3 adunan (kira-kira setengah cawan bagi saiz biasa atau 2 sudu besar bagi cawan mini). Adunan jangan terlalu penuh kerana ia mungkin boleh melimpah keluar apabila dibakar.
- Pastikan sapukan sedikit mentega pada tepi dulang pembakar apabila membuat kek cawan bersaiz besar.
- Bakar adunan kek cawan dalam suhu 350 darjah Fahrenheit selama kira-kira 21 hingga 26 minit untuk kek cawan bersaiz biasa dan kira-kira 10 minit bagi kek cawan mini.
- Kon aiskrim juga boleh digunakan untuk membakar kek cawan.

Warna-warni kek cawan
Oleh MERAN ABU BAKAR
KANAK-KANAK pasti teruja melihat kek yang berhias kartun berwarna-warni ini. - Gambar AZLI AHAD.
SIAPA yang tidak tertarik melihat kek-kek cawan yang comel dan cantik dihias dengan pelbagai motif serta aneka warna yang memikat.
Jika orang dewasa pun teruja melihatnya, apatah lagi bagi kanak-kanak, pasti mereka tidak dapat menahan keinginan untuk menikmatinya.
Keindahan kek-kek cawan ini lebih kurang sama dengan kek perkahwinan yang dibuat daripada fondant. Bezanya kek cawan lebih kecil dan kita boleh memilih banyak hiasan yang disukai.
Disebabkan rupanya yang cantik dan berwarna-warni, kek cawan kini semakin popular di kalangan masyarakat terutama di bandar-bandar besar.
Malah, bagi suri rumah yang pandai membuatnya, ia mampu memberi pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan dan saudara mara.
Ini juga yang dilakukan oleh Asiah Hashim, yang menjadikan hobinya membuat kek cawan sebagai perniagaan sampingan dari rumah yang menguntungkan.
“Sebenarnya kek cawan dari dulu lagi sudah ada, malah ia antara produk wajib di kebanyakan kedai kek. Bezanya, dulu ia kosong dan jarang dihias berwarna-warni seperti sekarang,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai kek cawan yang dihasilkannya, kata Asiah, hiasan di atas kek biasanya dibuat daripada fondant, krim mentega, coklat, royal ising atau gula ising yang dicampur dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, ungu, kuning, hijau dan biru.
Menurutnya, pelanggan boleh memilih sama ada hiasan bunga-bungaan, kumbang, kotak hadiah, reben, kartun, ala kek perkahwinan bertingkat dan sebagainya.
“Pelanggan boleh juga memberikan gambar yang mereka suka dan minta dibuatkan sama seperti itu,” katanya.
Asiah, yang juga mengusahakan pelbagai jenis cenderamata untuk perkahwinan berpendapat, kek cawan juga cantik sesuai sebagai kek hari jadi, di mana tuan rumah boleh memberikan setiap tetamu sebiji kek dan tidak perlu lagi memotong kek yang besar dan meremehkan.
Ia juga sesuai dijadikan kek hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah kepada kawan baik, hadiah kepada guru dan sebagainya.
Jenis keknya pula, terdapat dalam pelbagai perasa, tetapi dua jenis yang biasa ditawarkan iaitu kek buah atau kek mentega.
“Kek buah tahan lebih lama, iaitu kira-kira sebulan sementara kek mentega tahan seminggu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 016-2981280.

Pakar kek dan bakul pastri
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
MENJADI trendsetter atau pencipta trend, bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalanya ia dipengaruhi oleh faktor suasana, kehendak, gaya hidup dan mungkin juga secara kebetulan. Yang pasti seseorang pencetus trend itu perlulah kreatif dan mewujudkan sesuatu yang baru dan berbeza. Justeru itulah yang cuba dilakukan oleh usahawan wanita yang bernama Ruzila Mohd. Khir Hadi, 43.
Wanita yang berasal dari Kedah ini kini sedang giat mengusahakan perniagaan perancang perkahwinan menerusi syarikatnya, Busana Flora Mentari.
Umum mengetahui sebuah majlis perkahwinan itu tidak lengkap jika tiada buah tangan untuk setiap tetamu, memikirkan kelainan yang jarang ditampilkan, Ruzila menghasilkan kek cawan yang dihiasi icing sugar paste yang berwarna- warni dan cantik sebagai cenderamata untuk tetamu yang hadir. Niat beliau untuk memberi pilihan kepada bakal pengantin dan mencipta kelainan pada hari bersejarah mereka.
“Saya berminat dalam bidang pembuatan kek sejak berumur 14 tahun. Masa itu saya belajar menghias kek daripada seorang saudara yang tinggal bersama di rumah saya. Sejak dari usia 15 tahun lagi saya sudah membuat kek hantaran untuk jiran-jiran di kampung. Tetapi, selepas mendapat tawaran belajar di Amerika Syarikat, saya berhenti seketika untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Bila dah bekerja, minat untuk membuat kek datang semula dan saya pun mengambil kelas-kelas pembuatan kek sebagai hobi sahaja,” terang Ruzilah membuka cerita.
Isteri kepada Iskandar Chan Abdullah ini menyifatkan bahawa perniagaan memang sebati dengan dirinya. Ditambah pula dengan dorongan utama daripada ibu bapa, anak dan juga ahli keluarga yang lain.
“Untuk menghasilkan sebuah kek, selalunya saya akan bertanya pada pelanggan apakah kegemaran mereka dan tema yang mereka mahukan. Untuk inspirasi dan kaedah-kaedah terbaru, saya banyak membeli buku, majalah dan juga melayari internet. Saya akan satukan semua idea-idea daripada pelanggan dan juga daripada pihak saya dan menghasilkan lakaran sebelum kek itu dibuat. Jika pelanggan berpuas hati, barulah saya akan siapkan kek itu,” jelas Ruzila sambil menunjukkan cara pembuatan kek.
Hantaran pengantin
Selain kek cawan sebagai cenderahati, Ruzila turut menghasilkan bakul roti untuk dijadikan hantaran pengantin. Ia unik dan paling diminati oleh pelanggan untuk dijadikan hantaran.
“Saya gembira kerana ramai juga bakal pengantin yang inginkan bakul pastri ini untuk dijadikan centrepieces pada hiasan-hiasan meja untuk majlis-majlis rumah terbuka atau untuk pelbagai jenis keraian. Bakul-bakul pastri ini boleh dibentuk dengan pelbagai cara dan dihiasi dengan biskut, gula-gula, buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut cita rasa tersendiri. Bakul pastri ini tidaklah susah untuk dibuat tapi memakan masa sedikit kerana terpaksa dianyam dan dihiasi. Dengan kesabaran hasilnya amat memuaskan hati.
“Kebanyakan kek yang kami buat untuk buah tangan pengantin adalah berhiaskan dengan hiasan sugar paste kerana aising jenis ini boleh tahan lama dan tidak cair. Kebanyakan tempahan yang diterima adalah kek-kek kecil yang berbentuk empat segi, bulat dan juga kek cawan. Harga kek-kek ini bergantung kepada jenis kek dan juga jenis hiasan yang digunakan.
Hiasan dan warna selalunya mengikut tema oleh pasangan pengantin tersebut. Sekarang ini, kami banyak menerima tempahan biskut yang dihias dengan sugar paste untuk dijadikan buah tangan pengantin. Harganya berpatutan dan satu keunikan yang berlainan selain daripada memberi bunga telur kepada para tetamu.
Untuk majlis hari jadi kanak-kanak, selalunya pelanggan menempah kek cawan yang dihias dengan butter cream icing dan dihias dengan hiasan yang digemari oleh kanak-kanak. Kebanyakan mengikut watak kartun yang digemari oleh kanak-kanak itu.
“Kami juga menerima tempahan daripada syarikat-syarikat korporat untuk majlis pelancaran, makan malam tahunan dan juga majlis-majlis perasmian,” jelas Ruzila yang turut akan menulis buku tentang pembuatan kek dan bakul pastri.
Menceritakan tentang penglibatan awal dalam perniagaan ini, Ruzila berkata, semua tempahan kek beroperasi dari rumah kerana butik sepupu yang ditumpanginya sebelum itu terlalu sempit. Mendapati bahawa banyak masa terbuang kerana terpaksa berulang alik dari kedai dan rumah, dia memutuskan untuk berpindah ke premis di Bandar Baru Bangi.
Keputusan berpindah ke premis baru membuatkan produktiviti Ruzila bertambah, dalam sehari dia dan pekerjanya boleh menghasilkan dalam 150 hingga 200 biji kek cawan. Namun, bagi kek-kek kecil yang berasaskan sugar paste, kami boleh menyiapkan dalam 70 hingga 100 biji sehari.
“Untuk biskut-biskut yang dihiaskan sugar paste, kami boleh menyiapkan dalam 1,000 kek sehari,” cerita ibu kepada Iman Iskandar, 8.
Ruzila berkata, bakal pengantin biasanya disarankan memilih kek buah untuk kek tingkat mereka. Ini kerana kek buah berat dan apabila dihias dengan fondant, kek itu padat dan tidak mudah pecah.
“Ada juga pelanggan meminta kek dibuat dari perisa lain seperti coklat, vanila, oren dan kopi. Jadi, kami selalunya menghasilkan kek mengikut cita rasa pelanggan,’’ katanya.
Selain menghasilkan kek dan pastri, Busana Flora Mentari juga menyediakan pakej andaman, menerima tempahan menjahit baju dan mengadakan pelbagai kelas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012 -706 9176 dan e-mel: busanafloramentari@ yahoo.com.

Cara mudah buat biskut dan kek
Oleh MERAN ABU BAKAR
SUDAH merancang biskut dan kek apa yang hendak dibuat bagi menyambut Hari Raya nanti?
Resipi yang dilihat dalam majalah pun belum tentu menjadi, begitu juga dengan resipi yang diberitahu oleh orang lain.
Bukannya hendak mengatakan resipi yang diberikan itu tidak betul, cuma mungkin cara pembuatannya itu tidak sama dengan orang yang telah pakar membuatnya.
Kini, golongan wanita mungkin tidak perlu risau kerana boleh membuat sendiri biskut dan kek dengan menggunakan adunan tepung yang telah siap atau tepung segera.
Mereka yang tidak biasa ke dapur atau tidak pernah membuat biskut dan kek pun boleh membuat sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu pada Hari Raya nanti.
Dengan adanya produk adunan tepung biskut dan kek Enak Rasa yang diformulasi sendiri oleh Effiza Abdul Rahman - biskut dan kek yang dibuat pasti menjadi.
‘‘Saya tahu ramai wanita yang teringin hendak membuat sendiri biskut dan kek apatah lagi jika mereka mempunyai anak yang pandai dan suka makan biskut dan kek lebih-lebih lagi yang dibuat oleh ibu mereka,’’ kata Effiza.
Bekas setiausaha ini berkata, minatnya yang begitu mendalam dalam bidang masakan dan bakeri sejak 10 tahun lalu membuatkannya terfikir untuk membuat sesuatu sebagai jaminan masa depannya.
Beliau tidak kesal berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada membuat produk makanan seperti biskut dan kek.
Fieza House of Baking dimulakannya sejak lima tahun lalu di rumahnya bagi mengajar mereka yang berminat dalam pembuatan biskut, kek, roti dan sebagainya.
‘‘Sebelum itu saya pernah berniaga biskut selama 10 tahun tetapi kerana harga bahan-bahan membuat kuih yang sentiasa naik, saya merasakan harus mencari satu perniagaan bagi jangka panjang dan kemudian mendapat idea untuk menjual tepung biskut dan kek,’’ kata Effiza,.
Beliau berkata, adunan tepung biskut dan kek yang dibuatnya telah dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu mengikut cita rasa tersendiri bagi memudahkan pengguna membuatnya.
Selain adunan tepung kek dan biskut, turut disediakan tepung bagi membuat roti dan donut. Antara adunan tepung biskut yang dijualnya ialah coklat cip, coffee cip, cornflakes crunchy, strawberi, black and white, samprit, London almond, tat dan peppermint.
Sementara tepung kek pula ialah kek coklat lembap, kek cawan, muffin dan sebagainya.
‘‘Mudah menggunakan adunan tepung ini kerana pengguna hanya perlu mencampurkan mentega, telur dan perasa mengikut panduan yang dilekatkan pada plastik pembungkus tepung. Hiasan biskut dan kek pula terserah pada pengguna untuk membuatnya,’’ ujarnya.
Kata Effiza lagi, pengguna Islam tidak perlu ragu-ragu kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus halal.
Kesemua tepung biskut dan kek yang dijual tidak mengandungi pengawet. Sungguhpun demikian, tepung tersebut tahan berbulan-bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. kedatangan hari raya ini.
Setiap bungkusan tepung biskut yang seberat 500 gram dijual pada harga RM7 sementara 800 gram RM15, manakala tepung kek coklat lembap pula dijual pada harga RM7.
Beliau turut menerima tempahan membuat kek perkahwinan dan hamper raya.
Kepada yang berminat mencuba adunan tepung Enak Rasa boleh menghubungi 012-6752858.

Halimah terkenal dengan kek coklat
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
MINAT memasak sememangnya wujud di dalam hati sejak sekian lama tetapi tidak tahu di manakah silapnya, dia tidak meneroka dengan lebih mendalam untuk memuaskan keinginan hati.
Tetapi hari ini setelah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, Halimah Ibrahim, 49, akhirnya berjaya merealisasikan impian yang telah dipendam begitu lama.
Segala-galanya bermula setelah Halimah meletakkan jawatan sebagai juru teknik di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara kira-kira tiga tahun lalu.
Dengan alasan ingin memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga, setelah anak-anak meningkat dewasa dan ingin memanfaatkan masa yang terluang. Akhirnya Halimah nekad untuk menghadiri kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian di dalam bidang makanan iaitu pembuatan roti dan pastri, pembuatan kuih tradisional dan pembuatan kek.
Dari situ Halimah mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh ketika berkursus tetapi lebih memberi tumpuan kepada pembuatan kek coklat.
Walaupun diusahakan secara kecil-kecilan, kek coklat Halimah cukup terkenal di kalangan rakan-rakan serta sahabat-handai.
''Saya tidak mempunyai kedai dan hanya mengusahakan dari rumah.
''Walaupun dibuat secara kecil-kecilan, permintaan untuk kek coklat pasti ada setiap minggu dan untuk itu saya akan pastikan stok kek coklat sentiasa ada untuk memenuhi permintaan pelanggan.
''Asalnya pelanggan-pelanggan saya hanyalah terdiri daripada kenalan serta sahabat handai tetapi akhirnya ia 'merebak' daripada mulut ke mulut dan Alhamdulillah kek coklat saya sudahpun sampai ke seluruh Malaysia,'' ujar ibu kepada empat orang cahaya mata itu.
Ditanya kenapa hanya mengusahakan kek coklat sedangkan beliau tahu membuat roti serta kuih tradisional, jelas anak kelahiran Gurun, Kedah ini, beliau tidak mampu membuatnya seorang diri. Sekiranya beliau turut membuat roti dan kuih tradisional, takut ia tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Bukan itu sahaja, tambah beliau, dengan keadaannya yang menghidap penyakit kencing manis, beliau tidak berupaya melakukan sesuatu kerja itu dalam tempoh masa yang lama kerana beliau cepat penat.
Namun begitu, dengan mendapat sokongan padu daripada suami serta anak-anak tersayang, Halimah tetap meneruskan perniagaannya apabila tiba hujung minggu.
''Setiap minggu pasti ada tempahan dan sekurang-kurangnya saya perlu menyediakan 14 biji kek dalam seminggu.
''Itu belum termasuk sekiranya ada pelanggan yang mahukan segera seperti untuk hidangan pada majis tahlil, menjamu tetamu yang datang ke rumah dan sebagainya.
''Setakat ini saya hanya memberi tumpuan kepada tempahan kek coklat manakala untuk kuih tradisional pula akan dibuat pada hujung minggu sekiranya ada tempahan,'' katanya.
Untuk kuih tradisional, Halimah menyediakan kuih talam pelbagai jenis seperti talam cendol, talam keladi, talam kacang, talam jagung, juga talam sagu dan tidak ketinggalan karipap dan popia.
Walaupun telah menghadiri kursus, Halimah menjelaskan bahawa kemahiran memasak turut dipelajari daripada ibu mertuanya sendiri.
Ini kerana ibu mertuanya pernah mengusahakan kantin serta membuka restoran.
Tidak hairanlah sekiranya jika satu hari nanti Halimah akan membesarkan perniagaannya kerana beliau sememangnya dikelilingi oleh ipar-duai yang turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Bagi mereka yang ingin merasa kelazatan kek coklat Halimah bolehlah menghubungi beliau di talian 017-2488165.
Tetapi, pelanggan perlu mengambilnya sendiri kerana Halimah tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran kecuali di sekitar bandar Shah Alam.

Coklat buatan tangan
Oleh MERAN ABU BAKAR
COKLAT mudah mencairkan hati. Melihat sahaja coklat, membuatkan penggemarnya menelan air liur. Berilah apa sahaja jenis makanan yang mengandungi coklat seperti kek coklat, ais krim coklat, kepingan coklat, biskut coklat, minuman coklat dan sebagainya,
semuanya pasti membuatkan hati begitu teringin sekali menikmatinya.
Justeru coklat terus menjadi kesukaan ramai tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Bentuk coklat juga ada bermacam-macam. Ini kerana coklat dengan mudah boleh dibentuk mengikut apa sahaja bentuk yang diingini.
Jika anda berkunjung ke butik coklat, anda akan dapat melihat pelbagai bentuk coklat yang cantik dan amat mengkagumkan sehingga mungkin anda tidak tergamak hendak memakannya kerana sayang mencacatkan bentuk coklat tersebut.
Geram melihat bentuk-bentuk coklat yang cantik itu membuatkan Amira A. Razak ingin mempelajari sendiri bagaimana hendak membuatnya.
Pada pertemuan dengan Amira di kedainya di Prima Kajang, Selangor baru-baru ini, penulis begitu kagum dengan hasil kreativitinya menghasilkan pelbagai bentuk coklat yang begitu memikat hati.
Coklat berbentuk bunga ros berwarna merah jambu dan coklat, coklat kerang-kerangan, coklat Mickey dan Minnie Mouse, coklat ketupat, coklat berisi badam, buah strawberi berbungkus coklat dan banyak lagi membuatkan siapa yang melihatnya ingin menjamah.
Amira berkata, coklat-coklat tersebut dibuatnya sendiri di rumah menggunakan coklat sebenar yang tidak dicampur dengan sebarang bahan lain. Terdapat tiga jenis coklat, iaitu coklat hitam, coklat putih dan coklat susu.
''Coklat jenis converter ini akan dimasak dahulu sehingga cair. Selepas itu coklat akan dituang ke atas permukaan marmar bagi proses tempering atau merendahkan suhu. Proses ini mesti dikendalikan oleh seseorang yang betul-betul mahir mengendalikan suhu coklat.
"Jika betul caranya, coklat akan menjadi berkilat. Bagaimanapun jika tidak mahir, coklat akan menjadi lembik. Keseluruhan proses ini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Jika mahir, 20 minit sudah siap.
''Selepas itu barulah coklat dimasukkan ke dalam acuan yang dikehendaki. Kalau hendak memasukkan pewarna, gunakan pewarna berasas minyak dan jangan gunakan pewarna biasa. Selepas itu baru dimasukkan ke dalam peti sejuk,'' jelas Amira.
Menurut Amira, beliau membuat beberapa jenis coklat seperti coklat berinti blueberry, strawberi, badam, kismis, mentega kacang dan sebagainya. Ada juga coklat enrouved atau coklat salutan, holofigures (berbentuk kartun Sponge Bob, Mickey Mouse, Hello Kitty dan sebagainya) atau trufle (coklat yang tidak menggunakan acuan).
Katanya, pada masa ini beliau menerima banyak tempahan coklat bagi dijadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan, untuk dimasukkan ke dalam hamper, hadiah hari jadi, door gift dan apa sahaja yang dinginkan pelanggan.
Selain coklat, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga berbakat membuat kek cawan yang dihiasi dengan ising mentega, ising royal, fondant atau krim mentega yang sesuai bagi pelbagai acara selain kek lapis Sarawak pelbagai corak.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai coklat, kek cawan atau kek lapis Amira, boleh menghubungi 013-2504647.

Pengusaha biskut kongsi rezeki
Oleh MERAN ABU BAKAR
BUKAN setakat tukang jahit dan peniaga-peniaga bazar, rezeki Ramadan turut dikongsi oleh para pengusaha biskut raya yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan apabila menjelangnya Syawal.
Antara yang tidak jemu-jemu mengusahakan biskut raya sejak 35 tahun lalu ialah Asiah Hashim.
Sebagaimana pengusaha kedai jahit, Asiah juga 'dihujani' dengan tempahan yang melimpah ruah sejak sebelum Ramadan lagi.
"Saya dah tak terima lagi tempahan biskut raya sebab takut tak dapat penuhi,'' kata Asiah ketika ditemui di kedainya di Prima Kajang, Selangor baru-baru ini.
Asiah yang telah mengusahakan perniagaan biskut raya sejak umurnya 22 tahun lagi kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang masakan.
Saban tahun ibu kepada dua orang anak yang telah meningkat dewasa itu tidak pernah menolak tempahan pelanggan terutamanya pelanggan tetapnya sejak mula dia melibatkan diri dalam bidang tersebut.
Bercerita mengenai awal pembabitan membuat kuih raya, kata Asiah, pada mulanya dia hanya membuat kuih batang buruk dan tiga jenis biskut, di antaranya tat.
''Permintaan memang banyak daripada kawan-kawan, jiran dan kemudian diketahui pula oleh orang luar.
" Sejak itu, terasa seronok pula membuat kuih apa lagi apabila pelanggan memuji kuih yang saya buat,'' kata wanita yang berasal dari Muar, Johor ini.
Bermula dari situ, Asiah menambah beberapa jenis biskut lagi yang dicipta sendiri dan menjadi kegemaran ramai.
''Setiap tahun saya akan membuat lapan atau sembilan jenis biskut yang paling mendapat tempahan daripada pelanggan. Pelanggan yang telah mencuba biskut-biskut ini tetap mahukan jenis biskut yang sama.
''Biskut-biskut tersebut ialah snow white chocolate, chocolate snowy, suji Brunei, ice nestum, caterpillar, chocolate amos, cornflake crispy dan ditambah dengan dua jenis biskut terbaru, iaitu almond slice dan meringue cornflake. Selain biskut, tahun ini saya juga buat kek kukus dan kek coklat yang seberat satu kilogram setiap sebiji.
''Biskut yang paling disukai pelanggan ialah snow white chocolate yang ditempah sebanyak 120,000 keping oleh pelanggan. Sudah lapan tahun saya membuat biskut ini. Tempahan saya tutup sebulan sebelum bulan puasa lagi,'' ujar Asiah yang banyak dibantu oleh anaknya, Aimi Anuar.
Katanya, biskut resipi sendiri itu enak kerana di antara bahan-bahan campurannya ialah emping jagung, serbuk badam, susu tepung, coklat putih dan dihiasi kelapa bakar.
Bagi memastikan rasa yang enak, dia menggunakan susu tepung serta bahan-bahan lain yang berkualiti.
Menurutnya, biskut keluarannya tidak dicampurkan dengan bahan pengawet. Pun begitu, ia tetap tahan selama tiga bulan. Ini kerana proses membakar biskut adalah selama 45 minit dengan api perlahan bagi memastikan biskut benar-benar masak dan rangup.
''Tiga minggu sebelum puasa baru saya akan buat biskut dan berterusan setiap hari hingga ke malam. Saya akan berhenti buat biskut tiga hari sebelum raya.
''Bagi saya, jika hendak berniaga lama kena ikhlas. Resipi jangan diubah-ubah walaupun harga barang naik. Contohnya bila orang dah suka dengan biskut kita, kita mula kurangkan bahan.
"Rasa sebenar biskut pun hilang. Tahun depan mesti orang tak beli lagi dengan kita,'' katanya yang dibantu oleh tujuh orang pembantu,
Dia juga menerima tempahan biskut untuk dimasukkan ke dalam hamper, untuk cenderahati perkahwinan, kenduri kecil dan sebagainya.
Asiah yang telah mengkomersialkan perniagaannya dengan jenama Asiah Food and Beverages itu juga menganjurkan kelas masakan di kedainya pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Pelbagai jenis masakan lauk-pauk dan kuih-muih boleh dipelajari. Di antaranya ialah kelas biskut, kek, makanan Barat, makanan sejuk beku, puding, menu katering dan banyak lagi.

Jom buat brownies!
BROWNIES adalah bar cookie dalam kategori biskut namun ia lebih dikenali sebagai sejenis pencuci mulut yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu.
Brownies mempunyai permukaan yang rapuh dan merekah selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya dan ia tidak sama seperti kita makan kek. Digelar dengan nama bar cookie kerana ia dibakar dalam acuan berbentuk empat segi.
Teksturnya padat di mana ia mempunyai kedua-kedua tekstur di antara biskut dan kek yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu lembut. Tekstur fudgy (tekstur gula-gula lembut) dan cakey (tekstur seperti kek) pada brownies ini menjadikan ia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Kini terdapat pelbagai jenis brownies iaitu daripada yang berkacang, tanpa kacang atau yang berkeju. Bahan asas penting bagi membuat brownies adalah coklat dan serbuk koko.
Brownies yang sedap menggunakan coklat dan koko yang bermutu tinggi. Walaupun harganya sedikit mahal namun anda pasti berpuas hati dengan hasil brownies yang disediakan nanti.
Coklat yang bermutu tinggi diperbuat daripada lemak koko dan selalunya ia mudah cair pada suhu badan dan berkilat apabila membeku selepas dicairkan serta mudah dipatahkan.
Brownies memang mudah disediakan. Anda hanya perlu mencairkan coklat dalam mangkuk pembancuh dan kemudian bahan-bahan lain hanya perlu ditambah satu persatu dan dikacau sehingga sebati sebelum dibakar.
Namun proses membakar brownies adalah langkah penyediaan yang paling penting dan perlu diberi perhatian. Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama kerana teksturnya akan menjadi kering dan tidak enak untuk dimakan.
Jadikan masa yang diberi sebagai panduan tetapi anda perlu menguji tahap kemasakan brownies beberapa minit sebelum ia betul-betul masak dengan mencucuk lidi pencucuk kek di tengah brownies.
Sekiranya ada sedikit cebisan brownies yang terlekat pada lidi tersebut maka itu tandanya brownies sudah masak dan boleh dibawa keluar.
Brownies yang telah masak selalunya akan dipotong empat segi. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara. Kopi dan teh adalah minuman yang sering dinikmati bersama brownies.
Sesetengah orang suka menikmati brownies yang disapu dengan krim putar atau krim coklat.
Brownies ala mode iaitu brownies yang dimakan dengan aiskrim vanila tetap menjadi pilihan saya apabila saya menikmati brownies. Tidak terkira keenakannya. Jadi cubalah resipi brownies pada minggu ini.

Coklat buatan tangan cantik dan kreatif
Oleh Rasmi Abdullah
SEBUT sahaja perkataan coklat, pastinya semua orang terbayang kelazatan dan keenakan makanan tersebut yang kini buka sahaja 'digilai' kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Menurut kajian yang pernah dibuat, coklat sebenarnya makanan berkhasiat yang menyumbang kepada pemakanan seimbang berdasarkan kepada asas permakanan.
Coklat juga adalah bekalan makanan ringkas yang boleh dibawa ke mana sahaja dan boleh dimakan pada bila-bila masa selain mengandungi nilai tenaga yang tinggi.
Oleh sebab itu, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian ketika seseorang tidak cukup masa untuk keluar makan akibat bebanan pekerjaan.
Apalagi kini, coklat bukan sahaja boleh diperoleh dalam bentuk bar tetapi pelbagai rekaan kreatif yang pastinya memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tetapi disebabkan rekaan yang kreatif dan cantik itu jugalah mungkin ada yang berasa 'sayang' untuk memakannya.
Sebaliknya lebih senang ditatap lama dan dijadikan hiasan ataupun dihadiahkan kepada seseorang yang istimewa bagi melambangkan perasaan mereka.
Begitu yang sering dirasakan seorang ibu tunggal, Mazliana Mohien, sehingga mendorongnya berkecimpung dalam bidang pembuatan coklat buatan tangan.
Melalui perniagaan Brilliant Chocolate yang pada mulanya diusahakan di rumah selama dua tahun.
Mazliana, mengetengahkan pelbagai reka bentuk coklat yang dihasilkan dari air tangannya sendiri.
Hasilnya memang cukup menarik dan mengagumkan sehingga tidak percaya ia adalah coklat semula jadi yang boleh dimakan.
Antara reka bentuk coklat yang diilhamkan adalah seperti gubahan coklat, lolichoc, coklat berbentuk hati, bunga, jambagan bunga dan watak-watak kartun yang pastinya digilai kanak-kanak.
Tambah menarik, coklat yang dihasilkan didatangkan dalam warna cukup memikat, tampak comel dan membuatkan hati bertambah 'geram' untuk membelinya.
Dia memberitahu, idea untuk berkecimpung dalam bidang itu datang ketika menghadiri kursus pembuatan kek dan coklat buatan tangan anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat, Mara Selangor pada tahun 2008.
Akhirnya, menerusi kursus itu ibu tunggal ini nekad belajar bersunggung-sungguh menghasilkan coklat buatan sendiri.
"Rupa-rupanya buat coklat ini tidaklah susah sangat. Ini kerana kita hanya menghancurkan coklat bar dan bentuk mengikut kreativiti sendiri.
"Hari demi hari saya semakin teruja mencuba menghasilkan pelbagai reka bentuk dan mula mengadunkan warna yang menarik," katanya.
Ceritanya, sejak dari itulah timbul idea untuk memasarkan coklat buatannya dari rumah ke rumah.
Mazliana, tidak menyangka coklat buatannya semakin hari semakin diminati sehingga mendorongnya menguatkan semangat membuka sebuah kedai coklat awal tahun ini yang beroperasi di Kampung Sungai Lang, Banting, Kuala Langat.
Beliau kemudian membuat keputusan untuk membina blog http://brilliantchocalate.blogspot.com supaya perniagaannya semakin berkembang.
''Alhamdullillah sejak blog ini wujud banyak juga tempahan diterima dan kini coklat saya mula di kenali terutamanya di daerah ini.
''Bagi membolehkan saya terus bersaing dengan pengusaha coklat buatan tangan yang lain, saya pastikan coklat buatan saya berkualiti.
''Selain cuba mencipta rekaan kreatif dan lain daripada yang lain terutamanya dari segi reka bentuk dan adunan," ujarnya yang juga mempunyai kepakaran untuk membuat kek cawan bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

Kek cawan hilangkan tekanan
Oleh SHOLINA OSMAN
BERMULA dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, mata Fadteen SM Sabri tidak pernah lekang dari menghadap skrin komputer. Rutin itu telah dilalui oleh Fadteen, 27, seorang jurutera di salah sebuah syarikat penerbangan di negara ini sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun kata ibu kepada seorang anak itu, setiap hari beliau memang dihadapkan dengan kerja yang 'bermain' dengan angka termasuk data dan statistik untuk dianalisis.
Jelasnya, kerjaya tersebut memang mencabar kerana memerlukan daya tumpuan yang tinggi khususnya semasa menghasilkan setiap analisis supaya setiap penerbangan berjalan dengan lancar dan bebas dari sebarang masalah teknikal.
''Biarpun saya mencintai kerjaya ini tetapi ada masanya saya akui memang stres dan sebenarnya ia akan berakhir apabila jari-jemari ini mula bermain dengan aising fondant untuk dihias pada kek cawan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Gembira, Klang, Selangor.
Katanya, ketika itu beliau sudah melupakan bebanan stres sebaliknya leka untuk mencipta hiasan yang dihasilkan daripada aising fondant dan juga aising mentega.
''Membuat kek cawan ini hanya untuk suka-suka sahaja kerana sudah menjadi minat dan dalam masa yang sama dapat juga membuat pendapatan tambahan,'' katanya.
Bila ditanya bagaimana seorang jurutera membahagikan masa, kata Fadteen, biasanya beliau akan mula membakar kek cawan dan menyediakan aising untuk membentuknya menjadi hiasan mulai pukul 9 hingga 11 malam.
Sebagai ibu kepada anak lelaki berusia setahun setengah tahun, Fadteen memberitahu apa pun beliau harus melayan kerenah anaknya dulu sebelum ke dapur memulakan hobinya itu.
Bagaimanapun kata Fadteen, beliau beruntung kerana bukan sahaja suami malah anaknya juga faham dan tidak akan mengganggu dirinya ketika melakukan kerja-kerja menghias kek cawan.
''Biasanya pada hari Sabtu dan Ahad adalah masa yang saya gunakan sepenuhnya untuk menyiapkan tempahan kek cawan ini termasuk membeli bahan-bahan yang diperlukan,'' katanya.
Ketika ditanya bagaimana lulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berkemahiran dalam seni kraf kek cawan dan kek pengantin, kata Fadteen, segalanya bermula apabila dia suka melihat rakannya membuat kek.
''Akhirnya tertarik untuk mencuba dan kemudiannya mengikuti kelas untuk membuat kek cawan,'' katanya.
Kata Fadteen selama tiga tahun beliau cuma membuat percubaan membuat kek cawan dan juga teknik menghiasnya.
''Cuma pada tahun 2008 selepas mendirikan rumah tangga, saya mula tergerak hati untuk lebih serius di bidang ini,'' katanya.
Fadteen memulakan langkah pertamanya itu dengan menjual kek cawan secara online menerusi http:/ilovecupcake.blogspot.com.
Usahanya itu ternyata membuahkan hasil kerana telah mendapat sambutan baik tetapi setakat ini kata Fadteen, beliau hanya menerima tempahan sekitar Lembah Klang sahaja.
Bagaimanapun semenjak setahun lalu, ada rakannya meminta beliau menyertai pameran perkahwinan yang diadakan umpamanya di Mid Valley, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Ampang Point, Selangor.
Katanya, setakat ini dengan perniagaan secara online dan pameran sebenarnya banyak membantunya mengembangkan lagi perniagaan kek cawan.
''Setakat ini kebanyakan pelanggan sukakan kek coklat dan kebanyakan warna-warna yang dipilih untuk hiasan lebih kepada warna pastel,'' katanya.
Fadteen berkata, biasanya beliau akan mendapatkan pandangan pelanggan setelah merasa dan melihat kek cawan yang dihasilkannya.
''Ini penting supaya saya akan dapat memperbaiki kelemahan rasa kek coklat dan hiasan yang dihasilkan supaya ada peningkatan dari semasa ke semasa,'' katanya.
Katanya, harga asas bagi 25 biji kek cawan yang dihias aising mentega cuma RM50 manakala aising fondant pula RM65 untuk 25 biji.
Malah setiap kek cawan yang dihasilkan boleh tahan selama seminggu dan kalau disimpan di dalam peti sejuk boleh tahan selama 10 hari sahaja.

Membuat salutan coklat pada kek cawan
Soalan
Bagaimana untuk membuat salutan coklat yang boleh diletakkan pada mufin dan kek cawan. Coklat jenis apa yang perlu saya gunakan untuk membuatnya. Dan apakah yang membuat coklat itu sentiasa cair dan tidak mengeras.
Daripada,
Azlina Amran
Kuala Selangor
Jawapan
Salam Azlina. Terdapat pelbagai jenis salutan aising yang digunakan untuk menyalut kek, mufin atau kek cawan.
Aising coklat dan ganache coklat adalah antara salutan yang sedap dan sering digunakan untuk menghias kek cawan dan mufin.
Saya cadangkan anda menggunakan salutan coklat ganache untuk menghias kek cawan dan mufin anda.. Jika anda membuat ganache.
Coklat masakan jenis biasa yang ada dijual dipasar raya ialah converture dan compound . Namun coklat compound sering menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah.
Bagaimana pun coklat converture lebih sedap rasanya dan sedikit mahal.
Coklat ini akan dimasak bersama krim putar (whipping cream) sehingga cair. Setelah masak ia akan menjadi set iaitu teksturnya akan mengeras apabila ia disejukkan.
Ini disebabkan lemak dalam coklat akan set pada suhu yang lebih rendah. Nisbah untuk membuat ganache adalah 0.5 krim:1 coklat iaitu jika anda menggunakan 500gm/ml krim anda perlu menggunakan 1liter cream. Jika anda ingin kan ganache anda lebih cair anda hanya perlu lebihkan sedikit krimnya. Diharap ini dapat membantu anda dalam membuat salutan coklat.

Ovalette buat kek lebih gebu
Soalan
SAYA ada persoalan untuk chef. Bolehkah kita memasukkan ovelette dalam setiap adunan kek yang kita buat. Apakah fungsi ovalette itu (yang warna kuning atau oren). Adakah ia untuk menggebukan kek?
Daripada,
Syeeda Mohd Rashidee
Kuala Kedah, Kedah
Jawapan
Terima kasih di atas pertanyaan itu. Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.
Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Selain kek span saya pernah melihat ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.
Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.

Friday, March 4, 2011
Ayat pertama diturunkan
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Syed QutuB dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Permulaan surah ini merupakan ayat-ayat al-Quran yang pertama diturunkan mengikut kata sepakat para ulama. Riwayat yang menyebut ayat lain mula diturunkan tidak dapat dipegang.
Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).
Al-Maraghi berkata: Dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang mencipta engkau dan dengan kehendak-Nya, maka jadilah engkau orang yang dapat membaca. Dia telah menjadikan kamu tahu daripada tidak tahu kerana Nabi Muhammad SAW pada awalnya tidak tahu membaca dan menulis.
Lalu, datang perintah menyuruh baginda agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.
Sayid Qutub berkata: Ayat ini dimulakan dengan menyebut secara umum salah satu dari sifat-sifat Allah, iaitu sifat mencipta dan memulakan penciptaan.
Hamka berkata: Dalam suku ayat pertama sahaja, iaitu "bacalah", telah terbuka kepentingan pertama di dalam perkembangan agama ini. Nabi SAW disuruh membaca wahyu yang diturunkan kepada baginda di atas nama Allah SWT.
Bacalah sesuatu yang diredai dan disukai oleh Allah SWT dan jangan membaca sesuatu yang dimurkai-Nya. Membaca mestilah didasari oleh niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.
Ayat ini dimulakan dengan "bacalah" yang merupakan fi'il amar yang memberi maksud: "ia merupakan arahan dan perintah supaya umat Islam sentiasa dituntut membaca, sama ada melalui ayat-ayat yang maqru'ah (yang dibaca seperti al-Quran dan al-hadis) atau ayat-ayat manzurah (yang boleh dilihat dengan pengamatan, kajian dan penyelidikan)".
Ayat ini didahulukan dengan perintah membaca, bukan dengan sujud, solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain, seolah-olah memberi kefahaman kepada kita bahawa membaca sebagai satu keistimewaan manusia yang dapat mengumpulkan khazanah ilmiah berbanding makhluk yang lain.
Ini kerana membaca sebagai kunci ilmu dan mukadimah dapatan pengetahuan, yang mana Allah mengilmukan manusia tetapi bersyaratkan sebab-sebab, antaranya melalui pembacaan.
Ayat ini juga mengajar kepada kita supaya bacaan yang pertama dengan kalimah Allah. Dalam erti kata yang lain, seolah-olah bacaan yang terpimpin dan baik yang boleh membawa kepada makrifatullah dan mengenali dalil-dalil yang akhirnya menatijahkan khasyatullah.
Kesimpulannya, Tuhan yang mencipta dan mengadakan alam ini adalah berkuasa menjadikan kamu tahu membaca, walaupun kamu tidak pernah mempelajarinya.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan peringkat penciptaan manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku.
Al-Qurtubi berkata: Manusia disebut dalam ayat ini secara khusus dan istimewa dengan tujuan memberi penghormatan kepada jenis manusia ini.
Sheikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir Juzuk Amma yang dikarangnya menerangkan: Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan manusia daripada air mani dan membentuk segumpal darah. Kemudian menjadi manusia yang cukup sempurna, nescaya kuasa pula menimbulkan kesanggupan membaca pada seseorang yang selama ini dikenal ummi, tidak pandai membaca dan menulis.
Jika diselidik intipati daripada hadis yang menjelaskan nabi SAW disuruh membaca sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga baginda menjawab dengan jujur bahawa baginda tidak pandai membaca dan menulis. Tiga kali pula Jibril memeluknya dengan sekuat hati bagi meyakinkannya bahawa pada saat itu kesanggupan membaca sudah ada padanya, apatah lagi baginda adalah al-insan al-kamil (manusia yang sempurna).
Apa yang penting adalah harus mengetahuinya bahawa dasar segala yang akan dibacanya kelak tidak lain dan tidak bukan adalah dengan nama Allah SWT jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)