Like Blog Ini...

Sunday, March 6, 2011

Cara mudah buat biskut dan kek

Oleh MERAN ABU BAKAR

SUDAH merancang biskut dan kek apa yang hendak dibuat bagi menyambut Hari Raya nanti?

Resipi yang dilihat dalam majalah pun belum tentu menjadi, begitu juga dengan resipi yang diberitahu oleh orang lain.

Bukannya hendak mengatakan resipi yang diberikan itu tidak betul, cuma mungkin cara pembuatannya itu tidak sama dengan orang yang telah pakar membuatnya.

Kini, golongan wanita mungkin tidak perlu risau kerana boleh membuat sendiri biskut dan kek dengan menggunakan adunan tepung yang telah siap atau tepung segera.

Mereka yang tidak biasa ke dapur atau tidak pernah membuat biskut dan kek pun boleh membuat sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu pada Hari Raya nanti.

Dengan adanya produk adunan tepung biskut dan kek Enak Rasa yang diformulasi sendiri oleh Effiza Abdul Rahman - biskut dan kek yang dibuat pasti menjadi.

‘‘Saya tahu ramai wanita yang teringin hendak membuat sendiri biskut dan kek apatah lagi jika mereka mempunyai anak yang pandai dan suka makan biskut dan kek lebih-lebih lagi yang dibuat oleh ibu mereka,’’ kata Effiza.

Bekas setiausaha ini berkata, minatnya yang begitu mendalam dalam bidang masakan dan bakeri sejak 10 tahun lalu membuatkannya terfikir untuk membuat sesuatu sebagai jaminan masa depannya.

Beliau tidak kesal berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada membuat produk makanan seperti biskut dan kek.

Fieza House of Baking dimulakannya sejak lima tahun lalu di rumahnya bagi mengajar mereka yang berminat dalam pembuatan biskut, kek, roti dan sebagainya.

‘‘Sebelum itu saya pernah berniaga biskut selama 10 tahun tetapi kerana harga bahan-bahan membuat kuih yang sentiasa naik, saya merasakan harus mencari satu perniagaan bagi jangka panjang dan kemudian mendapat idea untuk menjual tepung biskut dan kek,’’ kata Effiza,.

Beliau berkata, adunan tepung biskut dan kek yang dibuatnya telah dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu mengikut cita rasa tersendiri bagi memudahkan pengguna membuatnya.

Selain adunan tepung kek dan biskut, turut disediakan tepung bagi membuat roti dan donut. Antara adunan tepung biskut yang dijualnya ialah coklat cip, coffee cip, cornflakes crunchy, strawberi, black and white, samprit, London almond, tat dan peppermint.

Sementara tepung kek pula ialah kek coklat lembap, kek cawan, muffin dan sebagainya.

‘‘Mudah menggunakan adunan tepung ini kerana pengguna hanya perlu mencampurkan mentega, telur dan perasa mengikut panduan yang dilekatkan pada plastik pembungkus tepung. Hiasan biskut dan kek pula terserah pada pengguna untuk membuatnya,’’ ujarnya.

Kata Effiza lagi, pengguna Islam tidak perlu ragu-ragu kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus halal.

Kesemua tepung biskut dan kek yang dijual tidak mengandungi pengawet. Sungguhpun demikian, tepung tersebut tahan berbulan-bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. kedatangan hari raya ini.

Setiap bungkusan tepung biskut yang seberat 500 gram dijual pada harga RM7 sementara 800 gram RM15, manakala tepung kek coklat lembap pula dijual pada harga RM7.

Beliau turut menerima tempahan membuat kek perkahwinan dan hamper raya.

Kepada yang berminat mencuba adunan tepung Enak Rasa boleh menghubungi 012-6752858.

No comments: