Like Blog Ini...

Monday, March 30, 2009

Cinta Abadi

Written by cahayaislami  

Cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu 
diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu 
memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, 
begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan 
naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan 
jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan 
itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. 

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah 
sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk 
terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. 
Sebagai bukti! , kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah 
melebihi kehendak kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar 
tapak yg murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan 
dan kepribadian yg baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini 
tidak memerlukan kata-kata luahan yg indah, namun body languange sudah cukup 
membuktikan betapa dalamnya cinta. 

Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, 
untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia 
akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan 
bercinta lagi diakhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya 
kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin 
bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Alah. sebaliknya jikalau 
hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan 
perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cint! a Nafsu. 

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan 
berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia 
mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia 
telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang 
berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum 
menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah 
lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah. Bergantung 
sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tidak ada usaha yg 
luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan 
kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan 
menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih 
berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat 
hamba-hambaNya yg bersabar. 

Dipetik daripada Cerpen Pertemuan bukan milik kita (Majalah Akha! wat) 



GeMS are PRec|oUs... BUT frensh|p |s PR|CELESS!!!! :) :)

No comments: