Written by cahayaislami
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
>BENCI
> > dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita
>akan
> > menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang
> > membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya Orang yang
> > membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian
> > daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
> >
> > Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
> > mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
> >
> > Kaedah Mengikis Benci
> >
> > Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang
> > sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci
> > muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak
> > bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum
>tidur?
> >
> > Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan
> > semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta
> > menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
> >
> > Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
> >
> > Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain
> > dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
> >
> > 1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
> > 2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu
> > berwaspada setiap masa).
> > 3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
> > 4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
> > tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
> > berterusan.
> > 5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
> > mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
> > 6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
>orang
> > seronok berinteraksi dengan kita.
> > 7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu
> > dengan yang lain.
> > 8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang
> > kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
> > 9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan
> > tertarik kepada kita.
> > 10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,
> > terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
> > pangkal jalan apabila mengingati mati.
> > 11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
> > 12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian
> > salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
> > 13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
> > simpati dan perhatian.
> > 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
> > 15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan
>atau
> > keburukan orang lain.
> > 16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
>iringi
> > perpisahan dengan doa.
> >
> > Terlebih Dahulu Baiki Diri
> >
> > Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu
> > terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang
> > mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh
> > mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan
> > dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang
> > lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
> >
> > "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
> > mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka
> >
> > Berjihad itu WAJIB
> >
No comments:
Post a Comment