HIDUP UNTUK BEKERJA
Dunia tempat berkerja
Akhirat tempat rehat atau diazab.
Manusia diuji supaya bekerja dengan cara yang terbaik.
Itulah intipati nilai seorang hamba.
Mengabdikan diri kepada yang Esa.
Tetapi apakah objektif kerja kita ?
Bagaimanakah objektif itu akan terlaksana ?
Allah telah menjelaskannya..
Nabi s.a.w. telah menunjuknya
Para sahabat telah meneruskan perjuangan baginda.
Objektifnya Membawa Rahmat Menyekat Musibah
Dunia dan akhirat.
23 tahun nabi berjuang
kearah melaksanakan objektif ini..
Tetapi rahmat Islam hanya meliputi semenanjung Arab.
Lantas sahabat baginda
generasi salafus soleh
berjuang, berjihad, mentarbiah
hingga rahmat Islam mewarnai 2/3 dunia.
Rahmat kepercayaan dan iman
Rahmat akhlak dan kasih sayang
Rahmat sistem yang adil
Rahmat wujudnya insan rabbani muttaqin muhsinin
Kini
Rahmat itu sudah nipis
Umat Islam menganut Islam kerana ibu bapanya Islam
Barat menjajah dunia Islam
Memperincikan sistem islam yang dipelajari
menjadi adat, budaya, sistem
tetapi meninggalkan hak-hak Uluhiyyah
melupakan keimanan pada Allah.
Sebaliknya
Al quran dan al-sunnah
Kekal terpelihara di mashaf-mashaf
di dada dada huffaz
di lembaran-lembaran kitab
dalam bahasa-bahasa
dan prosa zaman 1000 tahun lalu.
apakah kita sedang beramal
apakah kerja kita hari ini menepati objektif syarak
apakah wujud rahmat Islam
pada individu-individu yang hilang identiti iman
apakah wujud rahmat pada keluarga yang lupa pada tujuan syarak
apakah wujud rahmat Islam dalam masyarakat
yang diikat hubungan mereka dengan tali-tali sekular
apakah umat merasai rahmat islam
dalam kerajaan yang tidak beriman
dengan tuntutan syarak ini.
apakah wujud rahmat Islam
pada dunia yang dipimpin oleh
Bush...
Hak-hak manusia untuk beriman
hak-hak manusia untuk mendapat syurga diakhirat
hak-hak manusia untuk mendapat hidup yang rahmat didunia
Segala hak-hak yang terabai ini
Bagaimanakah akan berubah?
Dimanakah harus dimulakan amal kita ini?
Apakah menjadi tugas NGO,s Islam
memelihara anak yatim
memelihara janda-janda miskin
memelihara pengidap-pengidap aids
memelihara gadis-gadis yang mengandung anak tak sah taraf
memelihara orang-orang kurang upaya
Siapakah mereka?
Daripada mana mereka mendapat para petugas?
Daripada mana mereka akan mendapat dana?
APakah jika berjuta-juta kita sumbangkan wang kita
untuk memelihara mereka
setiap tahun
setiap bulan
setiap hari
setiap saat
masalah mereka akhirnya akan selesai?
Sedarlah realiti kita
sedarlah kemampuan kita
sedarlah cabaran yang kita tempuhi
Umat Islam tidak ada kuasa politik
untuk melaksanakan cita-cita Islam
Masyarakat Islam tinggal nama
Keluarga-keluarga Islam
tidak menjadikan cita-cita Islam objektif hidup mereka
individu muslim
sudah lalai dengan perutnya sendiri..
sehinggalah mereka menziarahi kubur..
MAKA APAKAH KERJA KITA???
No comments:
Post a Comment