Soalan:
SAYA ada membuat pinjaman bank melalui Skim Saham Amanah. Wang yang dipinjam ini akan dilaburkan terus ke dalam mana-mana saham amanah. Saya tidak boleh mengeluarkan wang itu atau pun dividennya sehinggalah tempoh matang 10 tahun.
Oleh itu, adakah saya wajib menunaikan zakat ke atas wang dalam akaun saham amanah itu?
Jawapan:
Pertamanya, eloklah dikenal pasti terlebih dahulu apakah saham amanah itu mematuhi piawaian syariah atau tidak. Ini demi mengelakkan saudara terjebak ke dalam isu riba dan sebagainya.
Kedua, pinjaman itu juga mesti dipastikan tidak bercanggah dengan syarak, jika ia melibatkan unsur riba, maka eloklah dihindarkan. Ini kerana, zakat hanya diwajibkan ke atas harta yang halal.
Seterusnya, zakat ke atas wang pelaburan itu pula, mesti dilihat kepada kemampuan saudara menggunakannya kembali. Iaitu, sempurna milik.
Jika selepas tempoh 10 tahun baru ada sempurna milik maka ketika itulah baharu datangnya wajib zakat ke atas nilai pelaburan di dalam saham amanah itu.
Selain itu, jika sepanjang 10 tahun itu saudara boleh mengeluarkan sebahagian daripadanya, maka ia akan tunduk kepada zakat jika wang yang saudara keluarkan itu melebihi paras nisab semasa.
No comments:
Post a Comment