Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
SELEPAS sukses dengan beberapa siri Optimus sebelum ini, LG terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaru telefon pintar mereka bagi portfolio yang sama.
Kali ini, syarikat teknologi itu mempertaruhkan pula model LG Optimus 4X HD dengan sokongan pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3, 1.5 GHz dikombinasikan bersama paparan definisi tinggi, True HD.
Menurut presiden LG Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, pengenalan produk selular dengan keupayaan pemproses empat teras itu bakal memberi keunikan daripada segi kelancaran operasi dan pengalaman multimedia terbaik.
Secara asasnya, NVIDIA Tegra 3 merupakan satu-satunya pemproses mobiliti 4-PLUS-1 empat teras yang menawarkan prestasi multimedia peringkat tinggi serta penjimatan bateri maksimum.
Daripada segi kualiti paparan pula, teknologi True HD bakal memberi kesan visual resolusi tinggi dan jelas tanpa sebarang gangguan warna atau bentuk.
Spesifikasi lainnya, Optimus 4X HD dipacu menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan memori binaan dalam 16 gigabit (GB).
Untuk fungsi multimedianya, peranti berkenaan dilengkapi kamera beresolusi lapan megapiksel dan lampu flash LED.
Mengiringi kecemerlangan fungsinya, reka bentuk luaran model itu turut tidak menghampakan di mana ia mengaplikasi material berkualiti dan mempunyai kemasan cukup elegan senipis 8.9 milimeter.
No comments:
Post a Comment