BAHAN-BAHANNYA
1 kg daging lembu
2 biji kelapa diambil 8 cawan pati santannya
1/4 biji kelapa dijadikan kerisik
20 biji cili api
2 cm. lengkuas
5 batang serai
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 cm. kunyit hidup
1 cm. halia
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMBUATNYA
Daging lembu dipotong kecil (lebih kurang 2 cm.x 2 cm.), dibasuh bersih dan ditoskan airnya
Cili api, lengkuas, halia, kunyit dan 2 batang serai digiling sehingga lumat
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah digiling tadi
Masukkan daging, 3 batang serai, daun kunyit dan daun limau purut, biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala
Sesudah mendidih masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa dikacau sehingga rata
Sesuaikan rasanya
Masak sehingga hampir kering
Sesudah itu bolehlah diangkat dan dihidangkan
* Sesuai dimakan bersama ketupat nasi (segera)atau ketupat pulut.
No comments:
Post a Comment