Like Blog Ini...

Tuesday, April 10, 2012

Penerimaan Permintaan Bagi Stok Darah & Komponen Darah

Penerimaan Permintaan Bagi Stok Darah & Komponen Darah

Apabila makmal tabung darah menerima permintaan bagi pembekalan stok darah dan komponen darah daripada hospital, unit Inventori hendaklah memastikan dua borang permohonan & pembekalan darah diterima sama ada melalui faks ataupun melalui porter hospital. Makmal tabung darah menerima permintaan bekalan darah daripada hospital kerajaan & hospital swasta. Nama hospital yang melakukan permintaan bekalan darah hendaklah diketahui.

Borang permintaan yang lengkap dan memenuhi kriteria sahaja yang akan diterima. Borang permintaan hendaklah memiliki maklumat berikut:
-Nama hospital
-Nombor daftar
-Nama pegawai yang membuat pesanan
-Nama pegawai yang boleh dihubungi
-Kod MO(Medical Officer Code)
-Nama pesakit
-R/N (Registration No.)
-Diagnosis
-Kumpulan darah(Blood Group)
-Nama Porter

Borang permohonan & pembekalan stok darah hendaklah ditandatangani dan dicop. Maklumat berkaitan seperti tarikh hendaklah turut sama ditulis pada borang. Rekodkan maklumat penting dan tarikh pada borang permohonan & pembekalan stok darah.


Jenis Perkhidmatan Pembekalan Darah Yang Disediakan Adalah Seperti Berikut:

1. Untuk Simpanan Stok:
-Diluluskan untuk hospital-hospital yang mempunyai kemudahan simpanan yang lengkap dalam makmal ‘Grouping & Crossmatching’ termasuk Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlatih.

2. Case By Case:
-Diluluskan untuk hospital yang mempunyai makmal ‘Grouping & Crossmatching’ termasuk Juruteknologi Makmal yang terlatih, tetapi tidak mempunyai kemudahan simpanan stok bekalan darah yang lengkap.

3. Pembekalan Termasuk ‘Grouping & Crossmatching’:
-Diluluskan untuk hospital-hospital yang tidak mempunyai makmal ‘Grouping & Crossmatching’. Tabung Darah akan membekalkan darah termasuk ujian ‘Grouping & Crossmatching’. Bagaimanapun, hospital ini perlu juga mempunyai sekurang-kurangnya satu Counter Top Blood Fridge.

No comments: