Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya.
Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia.
Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi.
Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak.
"Apa yang pasti Ascend D mampu memenuhi semua kriteria tersebut dan pada januari lalu, pihak Huawei telah menerima anugerah untuk model Huawei Ascend P1 S di Pameran Peralatan Elektronik untuk pengguna bagi kategori telefon pintar ternipis di dunia.
"Ascend D quad memiliki skrin sesentuh pada kadar definisi 720p dan dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik mampu memberikan paparan yang jelas dan terang biarpun berada di bawah terik mentari. dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik," katanya.
Ia juga dilengkapi bersama teknologi suara Dolby 5.1 Surround Sound and Audience EarSmart™ untuk pengalaman mendengar lagu yang sebenar.
Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi bersama kamera pandangan belakang 8 dan 1.3 megapiksel bagi pandangan hadapan serta rakaman video penuh HD 1080p.
Dengan ketebalan hanya 8.9 milimeter (mm) dan panjang 64 mm, Ascend D membuktikan peranti yang terbaik tidak semestinya bersaiz yang besar.
Ia memiliki kerangka yang nipis di samping ringan, kompak dan skrin seluas 4.5 inci menjadikan 'kehadiran' Ascend D seolah-olah tidak terasa.
Bagaimana sekali pun hebat rekaan luarannya ternyata apa yang perlu atau penting dititik beratkan adalah sistem operasinya dan Ascend D dijana oleh Android 4.0.
Seterusnya Ascend D turut dikeluarkan bersama siri antaranya adalah Ascend D quad XL dan Ascend D1.
Ascend D quad XL didatangkan bersama saiz setebal 10.9 mm, bateri 2500mAh yang mana mampu bertahan selama dua hingga tiga hari secara berterusan dalam penggunaan yang normal.
Manakala Ascend D1 dijana oleh CPU 1.5 GHz dual-core dan bateri 1670mAh dan kedua-dua siri tersebut boleh diperolehi di China, Australia, Eropah, Asia Pasifik, Utara dan Selatan Amerika Syarikat juga di Timur Tengah bermula bulan ini.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Huawei di www.huaweidevice.com
No comments:
Post a Comment