Like Blog Ini...

Tuesday, April 10, 2012

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Bagi Pesakit Talasemia

Rawatan Bagi Pesakit Talasemia:

Talasemia minor

Rawatan tidak diperlukan.


Talasemia major

1. Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat.

2. Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.

3. Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.

4. Pemindahan Sel Stem daripada darah tali pusat bayi(ahli keluarga).

Nota :

Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

2 comments:

sally nor said...

salam,
anak sulung sy telah disahkan mempunyai talasemia beta dan doktor telah memberikan kepadanya asid folik untuk diambil setiap hari. sy ingin bertanya, apakah fungsi asid folik kepada pembawa talasemia?tq

Syahrizal said...

Fungsi asid folik untuk pesakit thalassaemia adalah untuk membina sel-sel darah merah yang baru. Untuk pesakit thalassaemia, pemindahan darah secara berterusan dapat meningkatkan taraf kesihatan pesakit. Akan tetapi, transfusi whole blood secara berterusan akan meningkatkan jumlah kandungan iron dalam darah daripada darah penderma. Jadi, pemindahan sum-sum tulang (BMT) adalah langkah pemulihan yang lebih baik terutamanya kepada pesakit Leukemia.
Dengan teknologi perubatan pada masa kini, pesakit thalassaemia dapat menikmati rawatan yang lebih baik. Penyakit thalassaemia juga tidak terlalu berisiko dan berbahaya berbanding penyakit leukemia. Jadi, puan tidak perlu terlalu bimbang akan keadaan anak puan.

Saya harap, anak puan akan cepat sembuh...