Like Blog Ini...

Tuesday, April 10, 2012

Penyediaan Spesimen Cytology Secara Direct Smear

Penyediaan Spesimen Secara Direct Smear:

-Sputum(Mucoid):

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Sediakan slaid berlabel.
3. Periksa spesimen dan pilih tempat yang mencurigakan seperti terdapat darah.
4. Letak spesimen ke atas slaid pertama dengan menggunakan pipet.
5. Letak satu slaid ke atas slaid yang mengandungi spesimen tersebut, tekan dan tarik perlahan-lahan ke atas spesimen hingga ke hujung slaid. Calitan boleh juga dilakukan dengan gerakan memanjang atau bulatan.
6. Ulang untuk slaid yang berikutnya.
7. Baki spesimen disimpan.
8. Awet slaid dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi calitan Wet Fixed.
10. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
11. Label stiker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
12. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
13. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slide folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Aspirat Fine Needle).

-Aspirat(Fine Needle Aspiration):

1. Sediakan slaid berlabel.
2. Letakkan spesimen di atas slaid.
3. Buat calitan dengan menggunakan spreader.
4. Beberapa calitan diawet di dalam 95% Ethyl Alcohol (Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit. Satu coplin jar untuk satu spesimen digunakan bagi mengelakkan percampuran sampel.
5. Keringkan beberapa calitan di udara (Air Dried).
6. Bagi pencelupan khas, buat calitan di atas slaid polysine dan diawet di dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Bagi pencelupan khas, slaid atau sel blok akan dihantar ke unit Histopatologi bersama-sama dengan borang permintaan untuk proses selanjutnya.
10. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi calitan Wet Fixed.
11. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi calitan Air Dried.
12. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
13. Labelkan sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
14. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slide folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Non-Gynaecological dan Gynaecological).
15. Sekiranya spesimen dalam bentuk cecair badan( cyst/fluid), proses mengikut prosedur cecair badan.

No comments: