Like Blog Ini...

Tuesday, April 3, 2012

Renal Profile (RP) : Ujian Fungsi Ginjal / Buah Pinggang

PENGENALAN

Renal Profile(RP) adalah ujian diagnostik yang direka untuk mengumpul maklumat tentang fungsi ginjal. Ujian ini mungkin diminta jika doktor mengesyaki bahawa pesakit mempunyai masalah buah pinggang atau sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh pesakit. Ujian ini memerlukan sampel darah untuk analisis dan boleh dilakukan sebagai sebahagian daripada panel darah penuh untuk menentukan penyebab masalah perubatan.

Dalam RP, pemeriksaan dijalankan untuk mengenalpasti tahap urea, kreatinin, natrium, klorida, dan kalium dalam darah. Juruteknologi makmal akan mengambil kira faktor seperti usia dan jantina pesakit bagi menentukan sama ada keputusan yang diperolehi berada dalam anggaran normal atau tidak. Berdasarkan maklumat ini, juruteknologi makmal akan menghasilkan laporan keputusan dengan senarai peringkat dan nota pada setiap penemuan yang abnormal dalam RP.

Apabila seseorang pesakit menemui doktor berkenaan masalah yang berkaitan dengan pembuangan air kecil, rasa haus yang berlebihan dan sebagainya, urinalisis biasanya dijalankan untuk pendiagnosan penyakit. Jika hasil urine tidak normal, ujian profil buah pinggang boleh diminta untuk mengumpul maklumat lebih lanjut dan melihat sama ada masalah berkaitan dengan ginjal. Profil ginjal juga boleh digunakan sebagai ujian diagnostik untuk pesakit gout.

Bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang kronik, termasuk penyakit buah pinggang dan kegagalan ginjal, ujian RP digunakan untuk pemantauan. Jika ada perubahan mendadak dalam profil ginjal, ini menunjukkan bahawa pesakit mungkin mmempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan. Selain itu, RP digunakan untuk memantau kesihatan buah pinggang selepas transplantasi atau pemindahan organ untuk memastikan pesakit sentiasa berada dalam keadaan baik dan untuk mengenal pasti komplikasi penyakit sebelum berkembang menjadi masalah yang lebih besar.