Like Blog Ini...

Thursday, August 6, 2009

Kek Mentega Lembap

Kiriman : Norlida

Minggu lepas, saya cuba buat butter cake resepi dari Puan Firza Nordin. Resepi ni saya ambil dari Forum Cari. Kek ni pada saya tersangat le sedap & lembut. First time saya bagi rasa yak office terus ada org order. Ni saya tempekkan resepinya.

Yang dalam gambar ni saya guna loyang 9 inc 4 segi, tapi saya terlupa yg kek letak ovallate ni kena bawa keluar terus dari loyang, saya telah membiarkan kek saya hingga sejuk di dalam loyang. Resultnya kek saya kecut tepi. Lepas tu, bila say abuat utk org order, saya letak dalam loyang 9 inci bulat & kek ni naik sama rata dgn loyang. Saya bawa keluar immediately & kek ni cantik sangat tak kecut pun.

Sumber : Firza Nordin

A : dipukul hingga putih
227 gm mentega (saya guna jenama Anchor)
1 sd teh esen vanila

B :
6 biji telur gred B - suhu bilik
80 gm gula icing
120 gm gula caster
1/4 sd teh baking powder
2 sd besar membumbung (atau 1 tub kecil) ovalette/super sponge

C :
210 gm tepung naik sendiri
1 sd besar esen butter vanila
1 sd besar susu cair ideal

Caranya:

Sapu tin pembakar 9" dgn sedikit mentega dan ratakan. Alaskan kertas ikut dasar acuan. Sapu lagi sedikit mentega...tepi bhgn dalam loyang juga..

B:

Pukul telur dan gula2 yg digunakan hingga hingga telur hancur...masukkan baking powder, pukul hingga ovalette larut dan seterusnya pukul hingga naik 3 x ganda-gunakan speed paling tinggi, masukkan bahan C : masukkan tepung sedikit2 (lebih kurang 4 kali masuk sambil dipukul pada kelajuan 1 dan bila dah sebati baru masukkan susu cair. Pukul lagi pada keljuan tinggi hingga naik selama 10 minit. Panaskan oven suhu 160C (oven dipanaskan 20 minit sblm membakar). Masukkan bahan A kedalam adunan B+C sedikit sambil dipukul pada kelajuan 3 hingga habis. Masukkan esen butter vanila dan pukul lagi selama 5 minit. Tuang dalam tin tersedia dan bakar selama 1 jam.

Sejukkan dulu...baru potong kepada 4 bahagian dan bungkus dgn kertas foil individually. Biarkan 1 malam utk rasa lebih kaya.

No comments: