Like Blog Ini...

Friday, August 14, 2009

Bermain sambil belajar ilmu penghadaman

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

PERKARA yang paling menyeronokkan anak-anak kecil adalah apabila dapat bermain. Lebih bermanfaat jika permainan tersebut menyelitkan ilmu supaya kanak-kanak dapat memahami tentang sesuatu pelajaran dalam suasana yang mereka inginkan.

Memahami keperluan kanak-kanak maka Dumex melancarkan Dumex Dugro Adventure atau Pengalaman Pengembaraan Dumex Dugro.

Pengembaraan ini bermula dengan paparan interaktif yang inovatif, menyeronokkan dan memberi pendidikan tentang pentingnya sistem penghadaman yang baik.

“Dumex Dugro Adventure adalah hiburan berunsur pendidikan untuk seisi keluarga, yang membolehkan kanak-kanak dan ibu bapa belajar tentang sistem penghadaman dan pentingnya menjaga kesihatan dan persekitaran usus,” ujar Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd., Toni Brendish ketika berucap pada majlis pelancaran wajah baru Dumex Dugro di pusat beli- belah One Utama, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis pelancaran wajah baru turut dimeriahkan oleh duta Dugro, pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran.

Brendish berkata, program pengembaraan ini pada asasnya amat mudah. Kanak-kanak boleh berjalan menyusuri sistem penghadaman yang dibina dengan penuh interaktif dan menarik.


Berinteraksi

“Di samping itu mereka juga berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan keluarga Dugro Adventure yang terdiri daripada Dugro Boy, Digesto, T!ng dan Sweepy. Setiap karakter kartun tersebut memainkan peranan penting dalam proses penghadaman,” jelasnya.

Serentak dengan pelancaran program pengembaraan tersebut Dumex turut memperkenalkan wajah dan pembungkusan baru Dugro.

“Ini untuk memastikan ia terus relevan kepada pengguna dan untuk mengekalkan kelebihan daya saingannya. Logo jenama dan pembungkusan baru Dumex kini menampilkan rupa dan gaya baru yang lebih moden, dinamik dan kontemporari.

“Ia selaras dengan hala tuju jenama dan usaha mengekalkan warisannya untuk membekalkan pemakanan yang betul bagi pertumbuhan optimum kanak-kanak,” tambahnya.

Brendish berkata, pelancaran program interaktif Dumex Dugro Adventure untuk menerangkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang pentingnya sistem penghadaman yang baik.

“Wajah serta logo baru, menampilkan rupa yang lebih bergaya tetapi mengekalkan perkataan ‘Dumex’ dengan warna merah yang begitu dipercayai dan disayangi. Ia juga membawa ikon baru untuk menggambarkan sistem penghadaman yang baik dan pembungkusan dengan latar belakang hijau yang memberi rasa kesegaran dan menggambarkan keluarga yang sihat.

“Di samping itu kami menambah formulasi Dumex Dugro dengan lcF Activ yang mengandungi lc-FOS (frukto oligosakarida rantai panjang), serat makanan dan nutrien penting yang menyokong sistem penghadaman yang baik,” katanya.

Brendish menekankan bahawa dengan pengalaman dan kepakaran dalam pemakanan kanak-kanak yang terbukti selama lebih 50 tahun di Malaysia, Dumex terus melangkah jauh.

“Dengan usia hanya setahun lebih muda daripada penubuhan negara ini, kami berbangga mempunyai pelanggan yang merupakan generasi ketiga pengguna produk Dumex.

“Pelancaran identiti jenama baru kami adalah untuk memperlihatkan dan memperingati hubungan jangka panjang kami dengan ibu bapa dan kanak-kanak di negara ini,” ujarnya.

No comments: