Like Blog Ini...

Friday, August 14, 2009

Cadangan tambah baik bendung wabak

SEMAKIN ramai orang yang memperkatakan tentang selesema babi dan semakin ramai orang yang bimbang tentang penularan wabak tersebut. Pelbagai tindakan telah diambil namun masih tidak dapat membendung wabak tersebut.

Yang nyata usaha membendung wabak ini memerlukan penglibatan menyeluruh dari seluruh jentera kerajaan, swasta dan rakyat.

Mohon saya memberikan beberapa cadangan bagi menambah baik usaha-usaha membendung wabak selesema babi ini.

*Pada peringkat awal kawalan ketat terhadap pintu masuk adalah paling utama, tapi malangnya ramai yang bolos. Bahkan amat sedih apabila Menteri Pelancongan boleh meminta supaya kementerian Kesihatan tidak kuarantin pelancong yang mempunyai simptom H1N1. Adakah wang yang dibawa oleh pelancong yang sakit ini lebih bernilai dari nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia?

*Kebanyakkan rakyat Malaysia mengambil ringan arahan kuaratin di rumah lebih-lebih lagi jika mereka merasa badan mereka sihat. Sepatutnya mereka ini ditahan di satu tempat tertentu dengan prosedur kuarantin yang ketat, bukan sekadar arahan mulut.

*Saya cadangkan supaya pasukan Rela atau badan penguat kuasa yang lain bertindak memantau sesuatu rumah yang diberi arahan kuaratin, contohnya setiap sejam diadakan rondaan dan tandatangan buku lawatan.

*Apabila sesuatu sekolah/kolej/asrama/universiti terdedah kepada simptom tersebut maka sepatutnya seluruh pelajar/kakitangan tidak dibenarkan balik tetapi di kaurantin di dalam kawasan tersebut, tetapi apa yang berlaku mereka dibenarkan balik maka jadilah mereka ejen penyebaran yang amat berkesan

*Di hotel sebelum tetamu daftar masuk, lakukan pemeriksaan suhu badan dan pengisytiharan kesihatan. Ini sudah dilakukan di negara maju lain.

*Cecair nyah kuman perlu disediakan di tempat-tempat tumpuan awam.

*Di lif-lif perlu diletakkan plastik-plastik yang disapu cecair nyah kuman untuk dilekat di butang-butang lif dan plastik itu ditukar setiap sejam atau dua jam.

*Pusat membeli-belah dan pasar raya besar perlu membuat imbasan suhu, jika didapati pengunjung mempunyai risiko maka perlu diberi alat penutup mulut.

*Pihak pengangkutan juga mesti mengambil tindakan berani dan drastik. Mengapa mereka yang mempunyai simptom H1N1 masih dibenarkan menaiki pesawat?

*Pihak swasta perlu mengambil inisiatif melakukan imbasan suhu di kawasan premis mereka, sama ada untuk pekerja atau pengunjung. Tahniah kepada beberapa kilang yang telah mengambil langkah ini.

Perkara penting sekarang ialah kerajaan perlu berani membuat tindakan drastik demi kesihatan rakyat.

No comments: