Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

Melegakan Kesakitan Artritis Rheumatoid

SEBAGAI seorang pengamal holistik yang berpengalaman merawat pesakit Artritis Rheumatoid (RA), ingin dikongsikan di sini bagaimana kita boleh membantu para penghidap RA melalui pemakanan, nutrisi, ubat semula jadi dan terapi. RA boleh menjadi suatu penyakit yang membawa kelumpuhan amat mengerikan serta menyebabkan kesakitan dan penderitaan tidak terperi kepada pengidapnya.

Apa itu Artritis Rheumatoid?

Artritis Rheumatoid (RA) ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah autoimun di mana badan anda mula membinasakan dirinya sendiri. Ramai pesakit RA mengalami kehilangan upaya secara beransur-ansur. Lebih daripada 50 peratus para pesakit RA akan hilang upaya selepas lima tahun menghidapinya. Terdapat juga peningkatan dalam kadar kematian.

Kadar gaya hidup dalam tempoh lima tahun bagi pesakit yang mempunyai lebih tiga puluh sendi terlibat dalam penyakit ini, adalah kira-kira 50 peratus. Ini adalah sama dengan penyakit koronari arteri yang teruk ataupun penyakit Hodgkin Peringkat IV. Kaedah rawatan moden sedia ada sebenarnya tidak mempunyai sebarang jawapan terhadap penyakit yang menakutkan ini. Kebanyakan pendekatan yang diambil untuk merawati penyakit ini sebahagian besarnya menumpukan terhadap gejalanya sahaja.

Pendekatan semula jadi untuk merawat penyakit ini ialah sesuatu yang bukan hanya menumpukan kepada tindakan melegakan gejalanya sahaja tetapi juga meneliti secara lebih mendalam terhadap semua aspek pesakit tersebut. Kita perlu mengambil pendekatan yang boleh membantu pesakit beransur pulih melalui amalan diet yang wajar, senaman, pengambilan ubat dan teknik perubatan yang telah terbukti berkesan.

Penjagaan Pemakanan

Batasan pemakanan untuk pesakit Artritis Rheumatoid (RA) termasuklah gandum dan produk berkaitan gandum, susu dan produk berkaitan susu, tomato, kapsikum dan ubi kentang. Semuanya ini akan menambahkan lagi kesakitan penyakit ini. Memakan makanan yang kaya dengan vitamin C didapati boleh melindungi daripada satu bentuk RA yang menjejaskan dua atau lebih sendi.

Pastikan anda memperolehi cukup asid lemak omega-3 EPA dan DHA daripada sumber ikan atau suplemen minyak ikan kerana ia mempunyai ciri-ciri anti radang yang mujarab dan boleh mengurangkan kesakitan serta memperbaiki keupayaan menggerak sendi-sendi terbabit.

Di klinik holistik, lazimnya pesakit dinasihatkan menjalani ujian selama dua jam bagi mengenalpasti jenis metabolisma mereka. Mengetahui jenis metabolisma dapat membantu menyelaraskan diet pesakit mengikut jenis keperluannya, membuatkan pH darah menjadi lebih beralkali dan dengan itu membantu penyerapan makanan dengan baik.

Kerap bersenam

Senaman yang kerap penting untuk meningkatkan tona otot pada sendi yang tidak menanggung beban. Pakar memaklumkan jika otot tidak digunakan ia akan menyebabkan atrofi otot dan kelemahan. Jika sendi itu kaku, kita seharusnya melakukan gerakan mengunjur serta menyapu minyak panas terlebih dahulu sebelum bersenam. Jika sendi bengkak, letakkan ketul ais selama sepuluh minit sebelum bersenam mungkin dapat membantu.

Jika kesakitan itu berlanjutan lebih daripada satu jam selepas berhenti senaman, maka pesakit hendaklah memperlahankan senaman ataupun pilih bentuk senaman yang lain. Alat bantu senam juga boleh menolong untuk mengurangkan tekanan ke atas sendi yang terlibat.

Terapi Bowen

Terapi ini adalah sistem urutan badan tanpa suntikan yang melibatkan teknik pengenduran otot gentian-songsang untuk melegakan kesakitan dan tekanan. Sesi terapi Bowen yang kerap membantu mengimbangkan sistem saraf autonomik, memperbaiki pengaliran darah dan limfa. Kesakitan dan kekakuan lazimnya akan beransur pulih setelah menjalani sesi rawatan susulan.

Herba dan suplemen

Sebagai ganti kepada ubat penghilang kesakitan tradisi, terdapat herba lain yang telah terbukti dapat membantu pesakit untuk melegakan kesakitan mereka tanpa menderita kesan sampingan. Kulit pokok willow dan Cat's Claw lebih menonjol di kalangan herba anti radang dan pelega kesakitan lain seperti biji saderi, akar halia dan boswellia.

Terdapat kira-kira 300 hingga 500 spesies pokok willow yang boleh dijumpai daripada jenis yang berbentuk pokok renek menjalar sehingga ke pokok yang lebih besar. Sesetengah pokok willow telahpun digunakan berabad lamanya sebagai ubat untuk melegakan kesakitan dan anti radang.

Kini, terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow yang boleh didapati di seluruh dunia tetapi kebanyakannya diperbuat untuk mengandungi Salacin sahaja sebagai ramuan aktif. Ini didapati tidak begitu berkesan berbanding produk kulit pokok willow tradisi yang menggunakan keseluruhan kulitnya. Frutarom dari Switzerland menggunakan kulit pokok willow sepenuhnya yang diambil daripada berbagai jenis spesies pokok willow termasuk Salix purpurea, Salix fragilis dan Salix daphnoids, yang mempunyai jumlah ramuan aktif yang lebih tinggi. Frutarom juga telah berjaya membangun dan mempatenkan proses Polyshield untuk mencegah kemusnahan terhadap ramuan aktifnya.

Kajian mendapati kulit pokok willow EFLA 462 yang dipatenkan oleh Frutarom dapat melindungi rawan sendi. Ini merupakan kelebihan yang nyata berbanding ubat konvensional kerana ia bukan sahaja melegakan gejala tetapi juga merawat penyebab masalah itu. Oleh kerana kulit pokok willow merupakan produk semula jadi dan tidak mempunyai kesan sampingan, ia menjadi pilihan yang lebih selamat untuk pengurusan kesakitan jangka panjang dan radang berbanding ubat konvensional.

Berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, pokok Cat's Claw (Uncaria tomentosa) telah digunakan sejak beratus tahun dalam perubatan tradisi rakyat untuk merawat berbagai keadaan kesihatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, saintis di Amerika Syarikat dan juga negara lain mendapati pokok Cat's Claw mempunyai tindakan anti radang dan antioksidan yang amat mujarab. Ia boleh menampung kesihatan sendi dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang rawan sendi. Ia juga didapati membantu membina fungsi imun dan menolong proses nyahtoksik.

Sebagai seorang pakar herbal klinikal bertauliah dalam pengurusan kesakitan, hanya pati herba yang dipiawaikan dipilih kerana kemujarabannya terjamin dan kesan yang lebih baik. Oleh itu, adalah wajar anda mengambil suplemen yang mengandungi gabungan bersinergi ini melalui pati kulit pokok willow yang dipiawaikan bersama dengan Cat's Claw untuk melegakan kesakitan dan juga sebagai anti radang yang lebih berkesan dan selamat.

Artikel ini disumbangkan oleh Pahang Pharmacy Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai Kulit Pokok Willow dan Cat's Claw, sila e-mel ke livewell2u@pahangpharmacy.com.my atau hubungi talian Stay-well to Live-well INFOline 03-61407605 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang).

No comments: