Like Blog Ini...

Friday, August 14, 2009

Songket penyeri tudung

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Satu ketika dulu songket yang pernah diberi jolokan Cloth of Gold hanya tertumpu kegunaannya sebagai persalinan di kalangan kerabat diraja atau para pembesar sahaja.

Namun pada zaman serba moden kini, songket digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat malah seni kraf itu sering menjadi pilihan utama sebagai persalinan perkahwinan tradisional dan majlis-majlis rasmi di pelbagai peringkat.

Oleh kerana kegunaannya kian meluas pada hari ini, terdapat permintaan dari kalangan masyarakat yang mahukan keistimewaan dan keunikan songket 'dihidupkan' kembali.

Seandainya batik dijadikan pakaian rasmi dan diwajibkan penggunaannya untuk majlis-majlis malam dan pakaian kakitangan kerajaan pada hari Sabtu, maka songket harus turut sama diketengahkan seperti mana batik.

Pelbagai trend

Sehubungan itu, kerana transformasi tudung yang semakin 'membara' pada hari ini dengan pelbagai trend, corak dan rekaan, maka Syarikat Glow Beau Resources telah melangkah setapak dengan memperkenalkan tudung sarung dengan hiasan songket pada bahagian hadapannya (awning)

Menurut pengasasnya, Siti Norashikin Syed Jalaluddin, idea untuk menggunakan songket Melayu sebagai fabrik awning bagi mewujudkan kelainan daripada pengeluar-pengeluar tudung yang lain.

Menurutnya, terdapat tiga jenis songket yang digunakan iaitu songket Melayu, songket Chiengmai dan songket India.

''Menggunakan kain spandex dan lycra di bahagian bawahnya, gabungan songket sememangnya memberi satu dimensi baru dalam penampilan tudung. Ini kerana corak tenunan songket itu sendiri telah menambah seri pada si pemakai.

"Corak dan motif songket yang ditenun dengan benang emas kebanyakannya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.

"Songket sememangnya mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Justeru itu, adalah tepat meletakkannya di bahagian paling atas di tubuh manusia,'' katanya ketika ditemui di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Siti Norashikin, selain tudung sarung berhias songket, Glowbeau turut memasarkan selendang corak, kosong, dua warna, yang diperbuat daripada fabrik sifon Jepun dan Korea, selendang bersulam dan berbatu, tudung Pasmina serta mini telekung.

"Kualiti yang ada pada tudung Glowbeau memang tidak boleh dinafikan kerana jahitannya yang kemas, kain yang bermutu tinggi dan pengeluaran tudung eksklusif.

"Penjagaannya penting bagi memastikan ia tahan lama dan tidak hilang seri atau awningnya terlipat. Oleh itu, pelanggan hanya perlu merendamkan dengan pencuci dan pelembut kain seketika dan menjemurnya dengan menggunakan penyangkut baju,'' katanya yang tidak berasa tergugat dengan persaingan pengeluaran pelbagai jenis tudung di pasaran.

Ujarnya, tudung Glowbeau turut menaja tudung untuk dipakai oleh beberapa orang personaliti televisyen di samping melantik artis Arni Nazira sebagai dutanya.

Kini dengan 42 orang pengedar di seluruh negara, Glowbeau masih membuka pintu kepada individu yang berminat untuk menghubungi 016-2374689.

No comments: