Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
PANASONIC Malaysia baru-baru ini melancarkan Toughbook terbaru iaitu pembantu klinikal mudah alih tahan lasak Toughbook CF-H1 dan komputer tangan tahan lasak paling kecil dan ringan CF-U1.
Ini bersesuaian dengan keperluan dan permintaan kepada komputer mudah alih tahan lasak bagi kegunaan industri.
Sebelum ini, Panasonic telah memasarkan enam model komputer lasak bagi memenuhi keperluan pelbagai industri seperti petroleum, komunikasi, pembinaan, perkapalan dan perubatan.
Kini kedua-dua Toughbook terkini sebagai penyambung legasi dengan peningkatan keupayaan seperti hayat bateri lebih panjang, penggunaan dua bateri, skrin bebas silau, sambungan tanpa wayar, bersepadu dalam penyelesaian pengkomputeran kompak dan lasak.
Pengurus Besar Penasihat Strategik dan Projek Panasonic Malaysia, Yoshiyiko Tanabe berkata, pelancaran Toughbook terkini merupakan salah satu komitmen syarikatnya menyediakan teknologi pengkomputeran lasak dan mudah alih untuk pengguna dalam semua keadaan dan persekitaran.
"Dengan menggabungkan mudah alih dan saiz yang kecil di dalam cirinya, keupayaan, sambungan dan sistem operasi komputer riba, Toughbook membolehkan pekerja biasa menjadi pekerja berpengetahuan supaya menjadi lebih produktif," katanya.
Komputer mudah alih Panasonic Toughbook dibina bagi melindungi data dan keupayaan beroperasi dalam keadaan persekitaran pelbagai.
Komputer Toughbook boleh dibawa ke mana saja dan boleh beroperasi dalam persekitaran yang ekstrem dan pengendalian lasak.
Toughbook CF-U1 menggunakan pemprosesan Intel Atom yang paling kecil dan menggunakan kuasa paling rendah.
Komputer lasak ini lebih berkuasa berbanding PDA biasa.
Jangka hayat bateri lebih panjang sehingga sembilan jam dan beroperasi menggunakan dua bateri amat berguna bagi mereka yang bekerja di lapangan seharian.
Diselaputi seluruhnya dengan casis aluminium aloi menjadikannya lebih ringan serta lasak bagi kegunaan industri.
CF-U1 direka khusus bagi memberikan keselesaan kepada pengguna mengikut kesesuaian masing-masing.
Toughbook CF-H1 pula merupakan Pembantu Klinikal Perubatan (MCA) yang direka khusus sebagai memenuhi keperluan profesional dalam industri penjagaan kesihatan dan perubatan.
"Toughbook CF-H1 direka hasil maklum balas kami dengan pakar perubatan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
Hasilnya CF-H1 boleh meningkatkan produktiviti di kalangan doktor dan jururawat serta membolehkan mereka mengakses rekod pesakit pada masa sebenar.
Yoshiyiko berkata, CF-H1 banyak membantu dalam dunia penjagaan kesihatan di mana populasi warga emas yang meningkat, keperluan penjagaan kesihatan semakin tinggi dan kekurangan jururawat.
Komputer lasak yang ringan dan , ergonomik menjadikannya tahan dengan persekitaran ekstrem.
Jangka hayat bateri yang panjang dan penggunaan dua bateri membolehkannya digunakan sentiasa beroperasi.
Dengan pembaca RFID, kamera auto fokus 2.0 megapiksel dengan lampu LED, pembaca kod bar pembaca kad pintar tanpa sentuh dan pembaca cap jari menjadikan Toughbook CF-H1 MCA lebih selamat dan mudah digunakan.
Bagi pelanggan yang berminat, siri Toughbook kini diedarkan oleh Jardine OneSolution (JOS).
Toughbook CF-U1 boleh didapati pada harga bermula RM11,018 manakala CF-H1 pula pada RM13,428.
No comments:
Post a Comment