Like Blog Ini...

Friday, August 14, 2009

Takziah kepada keluarga Asri

GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia dukacitanya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri, vokalis kumpulan Rabbani, di atas pemergian beliau, pulang ke rahmatullah.

Dikenali sebagai pendakwah dan penyanyi yang mempunyai suara emas, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada umat Islam dan industri hiburan tanah air.

Selain berdakwah melalui alunan nasyid yang mengetuk jiwa kesedaran mengingati Tuhan, akhlak dan personaliti beliau turut mencerminkan pantulan dakwah Islam yang beliau perjuangkan

Tunjuk ajar dan setiap didikan yang diberi kepada kami, adik- adik mahasiswa GAMIS sepanjang tempoh mengendalikan penganjuran bersama Konsert Antara Dunia 09 pada 1 Ogos lepas amat dirasai dan masih lagi hangat dalam ingatan.

GAMIS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diredhaiNya.

No comments: