Like Blog Ini...

Monday, August 17, 2009

Pertaruhan demokrasi bermula

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

HARI ini bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N11 Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Dua tokoh menjadi taruhan untuk memastikan satu lagi proses demokrasi memilih wakil rakyat di kawasan DUN berlangsung mengikut tradisi undang-undang yang menjadi asas pembentukan kerajaan di negara ini.

Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala Pas pula memilih Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calon pilihan raya tersebut.

Kedua-duanya akan bertanding bagi menggantikan penyandang kerusi kawasan DUN itu Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu.

Dan jika segala-galanya berkaitan penamaan calon berjalan lancar maka bermulalah proses berkempen untuk merebut kerusi DUN Permatang Pasir yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Bermula hari ini juga semua undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya mesti dipatuhi untuk mengelak berlakunya sebarang ketidakadilan atau kecacatan yang kelak dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

No comments: