Like Blog Ini...

Monday, August 10, 2009

PANDUAN MEMILIH DAN MENYEDIAKAN MAKANAN

Sumbangan Kementerian Kesihatan Malaysia

MEMBUAT PILIHAN YANG SIHAT
Hidangan makanan yang sihat bermula dengan bahan yang dipilih. Semua makana mengandungi khasiat. Yang penting ialah memilih makanan yang mempunyai khasiat yang lebih daripada makanan-makanan yang lain:
Utamakan makanan yang memebekalkan tenaga karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan ubi.
Utamakan juga makana yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih makanan yang membekalkan protien seperti ikan, ayam, daging dan kekacang.
Pilih juga makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih. Punca kalsium yang lain termasuklah ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, tamban dan sardin.
Kurangkan penggunaan lemak, minyak, santan, gula dan garam.
Gunakan susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan sebahagian daripada santan dalam masakan.
Pekatkan masakan dengan memasukkan ubi kentang yang telah dihiris nipis atau bawang yang telah ditumbuk halus.
Kurangkan membeli makanan-makanan yang banyak mengandungi lemak, minyak, gula dan garam termasuk makanan-makanan ringan dan makanan segera.
Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran
Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
Utamakan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.
Lebihkan buah-buahan berwarna dan sayur-sayuran yang berdaun hijau.
Gunakan lebih banyak bahan-bahan makanan seperti beras perang dan bijirin mil penuh serta bahan-bahan lain yang tidak diproses.

MERANCANG HIDANGAN
Rancang menu hidangan untuk keluarga:
Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut yang dicadangkan oleh Pakar Kesihatan / Kementerian Kesihatan.
Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
Hidangkan makanan yang baru dimasak.
Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersma-sama buah-buahan segar yang beranika warna bentuk.
Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak.
Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambahkan kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus.
Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut.
Hidangkan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk menggantikan minuman manis.
Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari.
Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Rancang waktu makan mengikut waktu biasa.
Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
Sajikan makananmengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.
MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SIHAT

Cara menyediakan dan memasak makanan yang baik boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat.
Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau masakan berkuah.
Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.
Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. Menutup kuali atau periuk apabila menggoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
Kurangkan pengunaan garam, kicap ,sos, bahan perisa dan soda .Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur - sayuran .
Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuanglapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu yang tinggi bagi jangkamasa yang lama.
Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging , ayam, ikan, susu ,telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan .Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.

No comments: