KUALA LUMPUR 20 Ogos - Berpidato sambil berjenaka. Cara itu bukan sahaja mencuit khalayak, malah berjaya mengangkat nama Mohd. Ikhwan Roselli, 20, pada pertandingan Pidato Kemerdekaan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Penuntut jurusan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu diumumkan juara selepas gayanya berpidato yang tersendiri berjaya mencuri perhatian panel juri pertandingan.
Walaupun menyelitkan unsur-unsur humor, Mohd. Ikhwan tidak mengetepikan elemen patriotik yang menjadi prasyarat tema pertandingan '1Malaysia Membina Negara Bangsa'.
Kemenangan itu membolehkan mahasiswa itu membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil dan cenderamata.
Seramai 21 peserta daripada 12 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam Pertandingan Pidato Kemerdekaan yang dianjurkan oleh kementerian berkenaan dan Perpustakaan Negara.
Tempat kedua dimenangi oleh pelajar Universiti Malaya, Azri Zahier Azm dan ketiga oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Habibah Judin.
No comments:
Post a Comment