Like Blog Ini...

Tuesday, September 8, 2009

PNM tuan rumah Forum Perdana

STATISTIK menunjukkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM 1) menjadi program keagamaan pilihan seisi keluarga apabila ia ditonton oleh lebih 1.5 juta rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di Auditorium PNM, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Forum yang bertajuk '1Malaysia Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya' menampilkan tiga ahli panel.

Mereka ialah Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah (pakar motivasi), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (pendakwah bebas) dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail (pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)

Ia dipengerusikan oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah manakala perantara ialah Hafiz Hamidun.

Objektif dan matlamat penganjuran ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan menimba ilmu melalui pembacaan.

Forum ini menjadi platform dan landasan terbaik bagi memupuk sikap suka membaca di kalangan masyarakat dan seterusnya melahirkan modal insan yang berpengetahuan.

Selain bacaan al-Quran, majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.

Ia disaksikan oleh lebih 500 penonton termasuk dari Maktab Polis Diraja Malaysia (Cheras), Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Rukun Tetangga Taman Sentul Utama, Rumah Bakti Hulu Kelang, Malaysian Armed Forces Staff College Haigate, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

No comments: