Bahan-bahan :
260 gm mentega
1 sudu besar gula aising
450 gm tepung gandum
75 gm susu tepung
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu besar minyak sapi QBB
1/2 sudu teh garam
Cara penyediaan :
Gaul rata mentega, gula, telur, minyak sapi dan garam. Masokkan susu tepung dan tepung gandum lalu di gaul lagi hingga sebati. Biarkan adunan selama 1/2 jam. Gunakan acuan bunga samperit dan pamkan ke dalam mangkuk kertas kecil yang telah disusun di atas loyang. Ambil secubit jem nenas dan bulatkan seperti guli. Letakkan jem nenas ditengah-tengah bunga tadi dan bakar.
No comments:
Post a Comment