Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm gula kastor
450 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 sudu besar nescafe - dicairkan
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
sedikit bijan - disangai tanpa minyak
Cara penyediaan :
Pukul gula dan mentega hingga sebati dan kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan Nescafe dan esen vanila. Akhir sekali masukkan campuran tepung tadi dan uli. Canai adunan tadi dan terap mengikut bentuk kesukaan anda. Letakkan bijan yang telah disangai tadi di atas biskut dan bakar di dalam oven selama 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment