Like Blog Ini...

Saturday, August 8, 2009

Rendang Daging

Sumber: Majalah Wanita Disember 2000

Bahan-Bahan:
600 gm daging lembu
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
2 biji kelapa
Garam secukupnya

Cara:
Bersihkan daging, kemudian potong sepanjang 2.5 cm atau 1.2 cm lebar.
Ambil kira-kira satu cawan daripda kelapa untuk dijadikan kerisik.
Perah santan dan ambil dalam anggaran 1 1/2 tin susu.
Giling halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Masukkan bersama kesemua bahan-bahan yang telah digiling bersama daging ke dalam kuali dan gaul hingga rata.
Panaskan kuali dan masukkan santan, daun kunyit serta kerisik. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Masakkan di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu sehingga pekat. Sesudah itu bolehlah diangkat.Hiris halus daun kunyit dan taburkan di atas rendang.

No comments: