Like Blog Ini...

Thursday, August 6, 2009

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
Gula digoreng dengan api sederhana besar.
Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup-letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila.
Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pula api atas & bawah.

No comments: