Like Blog Ini...

Thursday, August 6, 2009

Samperit Resepi Lama

Dipetik daripada:
http://icookwithlove.blogspot.com

Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur.
Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk...

1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g
1 tin mentega golden churn 454 g
7 kuning telur( ayam kampung )
1 1/4 cawan gula; ( ***)

1 1/2 cawan tepung gandum

***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. ***

Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , bila sebati baru saya masukkan kedua-dua jenis tepung. Menteganya saya masukkan 3/4 sahaja, kemudian tambah sedikit-sedikit. Ingat pesan Anis , tak payah uli terlalu lama, takut nanti kembang, Bila cukup sebati, saya tekan dengan jari guna nozzle open star. Boleh juga guna acuan samperit yang ada penekan kayu tapi pada saya saiznya nampak gagah sikit. Saya suka samperit comel-comel sebesar syiling 20 sen. Sebiji sesuap. Ayu gitu.. tak payah buka mulut besar-besar...he he he, malu la.. sebab bila masuk mulut tak boleh buka, gebu.....membelai lidah dan tekak.

No comments: