Like Blog Ini...

Friday, August 7, 2009

Serunding Pucuk Ubi Kayu

Kiriman: Zaleha Hashim Shah

Bahan-Bahan:
500gms. pucuk ubi kayu
50gms. ikan bilis
1 biji kelapa parut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili kering (mengikut rasa pedas individu)
1 cm. kunyit hidup
1 sudu kecil (di ratakan) rempah ikan
1 sudu besar (di ratakan) garam kasar (mengikut rasa masin individu)

Cara:
Pucuk ubi kayu di buang tangkainya dan di potong 3. Basuh dan
dituskan airnya sehingga kering. Kelapa parut di campur sedikit air dan
di perah 3 kali sahaja unutk di jadikan pati santan. Bawang merah, bawang
putih, cili kering dan kunyit hidup di blend atau giling sekali gus. Panaskan kuali dan masukkan pati santan, bahan-bahan yang telah di blend/giling dan rempah dan garam. Kacau hingga keluar minyak. Rasa (test)
masin/pedasnya (jika hendak ditambah garam/cilinya). Masukkan ikan bilis
dan pucuk ibu kayu (pastikan betul-betul sudah ditus) dan kacau tampa henti
hingga kering dan kersing.(Biasanya mengambil masa 2 – 3 jam).
Tambahan:
Resepi tradisi Negeri Sembilan

No comments: